Khamis, 5 Oktober 2023

PESAN SANG GURU

 SAAT BERSEDIH :

Layani ia dengan doa sehingga tiada siapapun tahu bahawa dirimu sedang bersedih.
Sorok dalam2 sebagaimana kau cuba menyorokkan dosa2mu daripada dihidu manusia.
Kemenangan itu adalah pada saat tiada siapapun tahu yang kau lagi bersedih & kau sedang dilayan mesra Tuhanmu sehingga kau berasa tenang seolah2 berada dalam dakapan ibumu

SAAT MARAH:
Diam… Layani amarahmu dengan diam
Usah berkata2  kerana pasti yang akan kau hamburkan nanti memenangkan nafsumu & menambahkan dosa!
Natijahnya hatimu pasti tak akan pernah tenang

DIAM… itu adalah jawapan kepada mereka yang membuatkanmu marah

SAAT GEMBIRA:
Bersyukur & tersenyumlah..
Banyakkan sedekahmu tanda syukur!
Bukan dicanang2 sini sana tentang bahagiamu

Ingat : Bukan semua orang senang dengan bahagia orang lain!

UNTUK BAHAGIA : bersederhanalah!!
Orang yang sederhana, kemuncaknya sentiasa tenang & sering berlapang dada


Saat ini : Aku rindu pada semua pesan sang guru
🥹

Isnin, 5 Ogos 2019

Petua Kesihatan Menggunakan Jintan Hitam

PETUA KESIHATAN


Makan 7 biji Jintan Hitam sebelum tidur dan 7 biji selepas bangun tidur.
Kebaikan: menjaga kesihatan menyeluruh, memberi tenaga pada tubuh, mengurangkan kolesterol, membanyakkan susu ibu.

Goreng 1 sudu kecil Jintan Hitam dan kisar menjadi serbuk. Campur dalam air suam dan tambah 1 sudu besar madu.
Kebaikan: masalah kencing tidak lawas, melancarkan keluar haid bagi wanita.

Rebus susu segar atas air mendidih. Campur 1 sudu teh Jintan Hitam. Campur 1 sudu besar madu. Kemudian minum suam sebelum melakukan hubungan suami isterii.
Kebaikan: kesihatan tenaga batin.

Campur serbuk Jintan Hitam dengan air suam dan berkumur.
Kebaikkan: mengurangkan sakit gigi.

Campur 1 sudu besar cuka dan 1 sudu kecil Jintan Hitam.
Kebaikkan: membunuh cacing dalam perut.

Campur 1 sudu kecil Jintan Hitam, 1 sudu kecil perahan limau dan 1 sudu besar madu. Makan 2-3 kali sehari.
Kebaikkan: menghilangkan demam selsema dan sakit tekak.

Nak kreditkan kepada siapa pun saya tak tahu sebab dah terlupa dari sumber mana saya ambil.  Apa pun, jika ada kebaikan daripada perkongsian ini, semoga Allah ganjari penulis asal dengan seluruh kebaikan dunia dan akhirat

Sabtu, 3 Ogos 2019

Ubat Penghapus Dosa


Bismillahirahmanirahim
Segala puji bagi Allah yang menjadikan alam alam semesta
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw


Tak pernah seinci pun kita hamba yang lemah ini dapat lari daripada dosa tapi tak tahulah jika ada yang mendakwa dia tidak melakukan dosa. Sering-sering kita naikkan maksiat kepada Allah tapi sungguh Dia Yang Maha Baik tidak pernah menghukum kita segera sebaliknya dengan kasih sayang-Nya tetap menurunkan rahmat buat kita.  Tidak pernah terputus rezeki, tidak hidup dalam kepayahan melainkan semakin hari perut semakin membulat diisi dengan rezeki yang tidak pernah putus.Tak ada nikmat pun untuk kita dustakan.

Sabda Rasulullah saw dalam satu hadith qudsi:
"Telah berfirman Allah swt : Wahai anak Adam! Setiap kali engkau memohon dan mengharap kepada-Ku, Aku tetap mengampuni segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tidak peduli.
Wahai anak Adam! Andai kata dosa-dosamu sampai setinggi langit, kemudian engkau memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku akan ampunkan.
Wahai anak Adam! Andai kata engkau datang kepada-Ku dengan dosa sepenuh bumi, kemudian engkau menemui-Ku sedang engkau tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sepenuh bumi pula
(Riwayat Tirmizi)

MAHA BAIK ALLAH

Saya kongsikan di sini ubat penghapus dosa yang mudah-mudahan jadi manfaat. Saya ambil initipati kuliah tuan guru Ustaz Ahmad Rizam, guru kesayangan saya.  Yang daripadanya saya belajar tentang YAKIN dan TAWAKAL.


9 UBAT HAPUS DOSA:
===================

1. TAUBAT
Maksudnya kembali taat kepada Allah swt dan menyesal dengan bersungguh-sungguh terhadap dosa yang dilakukan serta memohon keampunan daripada Allah. Kesal sungguh² hati.  Dulu saya ingatkan taubat itu dengan solat taubat. Setelah Allah izinkan ke pengajian, baru dikurniakan faham oleh Allah bahawa taubat itu ialah PENYESALAN dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi.  Solat taubat? Solat taubat tu perbuatan yang sangat cantik untuk kita iringkan dengan rasa kesal kita yang sungguh-sungguh. Allah, jahil sungguh saya.  Syukurlah Allah tak biarkan mati dalam keadaan jahil murakab.  

Allah suka orang yang bertaubat
"Dan Dialah (Allah) yang menerima taubat daripada hamba-Nya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang telah mereka lakukan).  Dan Dia mengetahui apa yang kamu semua kerjakan
QS as Syura : 25

2. ISTIGHFAR
Lafaz ASTAGHFIRULLAH...Terhasil daripada rasa kesal yang sungguh² tadi. Apabila kita berasa sangat kesal+pilu+rasa bersalah, pasti akan terpancul astaghfirullah dari lisan.  Nah, itu istighfar yang dikira Allah.Tidak cukup sekadar istighfar di lidah yang tidak dibawa daripada hati kerana istighfar sebegitu pasti ada pahala di sisi Allah cuma gerak perlakuan sebagai orang bertaubat, agak payah nak berlaku kot!  Tuan-tuan fikir,bagaimana?

Berkata Ibnu Qayyim:
"Apabila engkau berdoa sementara waktu yang dimiliki begitu sempit padahal dadamu dipenuhi dengan begitu banyak keinginan, maka jadikanlah SELURUH ISI DOAMU ISTIGHFAR agar ALLAH MENGAMPUNKAN KAMU.  Apabila engkau diampuni, maka semua keperluanmu akan dipenuhi oleh-Nya tanpa engkau memintanya"

3. AMAL SOLEH
Bukan ke perbuatan baik tu boleh hapuskan jahat² yang kita buat.

Sabda Rasulullah saw:
"Bertakwalah kepada Allah di manapun anda berada.  IRINGI PERBUATAN DOSA DENGAN AMAL KEBAIKAN kerana kebaikan itu dapat menghapuskannya serta bergaullah dengan orang lain dengan akhlak yang baik"

Cakap kawan-kawan atau orang lain kita boleh ragu-ragu tapi kalau datang dari kalam Nabi, tak akan ada keraguan padanya kerana tidak Nabi berkalam melainkan daripada wahyu Tuhan

4. SOLAT MALAM
Carilah waktu yang afdhol meski istilah solat malam tu bermula lepas isya' ☺️ Tahajud... tahajud..
SubhanAllah... solat tahajud yang terlalu banyak kelebihannya.  Rugi jika kita tidak berusaha untuk merebutnya.

Sabda Rasulullah saw:
"Solat tahajud dapat MENGHAPUSKAN DOSA, mendatangkan ketenangan dan menghindarkan daripada penyakit"

5. BERSALAMAN
Gugur dosa dari celah² jari. Sombong² tak nak salam nak ke mana? Beruntung mereka yang sering berjemaah di masjid.

Sabda Rasulullah saw:
"Tidaklah dua orang muslim yang bertemu lalu berjabat tangan melainkan dosa keduanya sudah diampuni sebelum mereka berpisah"

Dan lagi, bersalaman itu sebenarnya dapat menambahkan kecintaan mengikut Iman al Hassan al Bashri.  Amalkanlah, bukan susah sangat pun kecualilah hati tu teringin nak terus membesarkan EGO

6. BANYAKKAN LANGKAH KE MASJID/SURAU
Allah berfirman :
"Sesungguhnya orang yang memeriahkan masjid-masjid Allah hanyalah ORANG YANG BERIMAN DENGAN ALLAH DAN HARI AKHIRAT"
QS atTaubah : 18

Rugi kalau tak nak jadi orang yang dipuji Allah.... Hai, malang nasib!!

Sabda Rasulullah saw:
"Sesiapa yang pergi ke masjid berjemaah, maka pada SATU LANGKAH DIHAPUSKAN DOSA, pada langkah lain dicatatkan pahala baik semasa pergi atau balik"

7. SEMPURNAKAN WUDUK
Sabda Rasulullah saw:
"Tidaklah salah seorang dari kalian mendekati air wuduknya, kemudian berkumur-kumur memasukkan air ke hidungnya lalu mengeluarkannya kembali melainkan GUGURLAH DOSA-DOSA di (rongga) mulut dan rongga hidungnya bersama air wuduknya"

Mulut kita bukan baik sangat pun kan...ada je silap orang yang jadi perbualan kita. Telinga kita pun apa kurangnya, mendengar yang tak sepatutnya.
Berpesan tuan guru, time ambil wuduk jangan malas, buat segala yang sunat-sunat.  Akhirnya saya faham kenapa....
Dulu malas juga, ambil anggota wajib je hehehhe Teruk lagi jahil yang bernama Ku Azmiza ni...

Wuduk kekalkan. Batal ambil semula. Jangan malas! Jangan sayang makeup

8. TUNGGU SOLAT
Baca² quran dulu... Wirid² dulu... Bawa amalan dulu. Dapatlah solat awal waktu.
Sepanjang menantikan solat, para malaikat akan mohonkan ampun untuk kita.  Para malaikat tak pernah melakukan dosa, sudah tentu doa para malaikat mustajab

Sabda Rasulullah saw:
"Tidaklah seseorang di antara kalian duduk menunggu solat selama ia berada dalam keadaan suci melainkan para malaikat akan mendoakanya. 'YA ALLAH, AMPUNILAH IA. YA ALLAH, SAYANGILAH IA'"

9. SEDEKAH
Payah orang nak buat walau duit berkepuk². Dengan sedekah bukan saja dosa diampun, badan sihat, yang sakit sembuh juga doa maqbul insya Allah

Sabda Rasulullah saw:
"Sedekah itu dapat MENGHAPUS DOSA sebagaimana air itu memadamkan api"


***********


Nampak seperti mudah, kan
Tapi nak buat tu susahhhhhh sebenarnya kecuali mereka yang dimudahkan Allah


BERDOALAH AGAR KITA ANTARA YANG DIPILIH ALLAH UNTUK BERAMAL DENGAN ILMU 
❤️