Rabu, 2 Disember 2015

Kepentingan Ilmu

Sedikit  perkongsian dari kuliah dhuha tadi...kuliah akidah. sikit je drp 7 muka surat saya conteng
Saya berkongsi kerana takzim akan  ilmu, kasih akan guru. Mudah-mudahan  berpanjangan pahala beliau.
Setiap orang dari kita berbeza cara fikir, cara membuat pertimbangan dan cara menilai sesuatu sebab keempat-empat perkara itu dibuat atas ILMU.  Apa yang kita fikir, buat pertimbangan dan buat penilaian bergantung kepada SEJAUH MANA KITA BERILMU

Tak hairan kalau ada orang islam berperilaku seperti orang kafir.
Orang berilmu sangat MENGAMBIL BERAT HAL SYARIAT, keimanannya sihat,akidahnya salim dan sentiasa beradab dengan Allah

Orang syariat memang membosankan (kata saya)... mana tak bosan... itu tak boleh... ini haram... itu jangan... asyik-asyik syubhah

Dah memang gitu peelnya sebab dia memang menjaga halal haram dan mengambil berat hal hukum

Ustaz ada cakap:
Nak tengok orang itu soleh atau tidak, jangan pandang pada ibadah.  Pandang juga pada sedekahnya.
Tangan terbelenggu di leher atau tidak
Ibadahnya cantik, tangan ringan bersedekah... insya Allah soleh orangnya.
Ibadah cantik tapi kodukut... errrmmmm... apa nak buat!!
INI HARTA ANA YANG PUNYA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan