Melangkah ke hadapan....
Bergerak ke belakang...
Langkah ke kanan
Langkah ke kiri...
yang ada cuma mereka yang berpakaian putih bersih... tapi dalam 2 keadaan yang berbeza. Sebahagian mereka yang ke sana ke mari membawa ubatan, alat suntikan, alat mengepam darah...
Sebahagian lagi..muka yang resah..wajah yang gelisah...riak yang bosan..
Memandang dan terus memandang..yang kelihatan cuma ada tubuh yang berselirat dengan wayar, ada tubuh terbaring lesu sedang di urut lembut anak yang berbahagia, ada yang bertopeng dgn topeng oksigen... aduhai...semua keadaan ini meruntun hati dan jiwa...
kupandang wajah ibu mertuaku...yang ternyata pucat merenung lemah. Saat kupandang wajahnya dan wajah2 lesu yang lain...teringat aku akan pesan Rasulullah kesayanganku...
Pergunakan masa mudamu sebelum datang masa tuamu
Pergunakan masa luangmu sebelum datang masa sibukmu
Pergunakan waktu sihatmu sebelum datang waktu sakitmu
Pergunakanlah waktu kayamu sebelum datang waktu miskinmu
Pergunakan hidupmu sebelum datang matimu
Ya Allah...Rasulullah tak pernah berdusta...pesan Rasulullah tak boleh dipandang mudah.
Saat terbaring lemah begini, dengan wayar berselirat di tubuh, dengan jarum yang ada di belakang tapak tangan, dengan pampers yang tak pernah kering...bagaimana dapat mereka menghadap Allah yang Esa sebagaimana biasa!
kubisik pada ibu mertuaku, "dah zohor,mak...kita solat ya?"
Sayu aku dipandangnya, "dah berapa waktu solat mak tinggalkan, za?"
Perlahan aku khabarkan, "10 waktu,mak."
"Macammana mak dan solat, mak tak bersih..najis!"
"Za bersihkan, za amikkan mak wuduk, bahagian tangan yang ada jarum tu, kita tayamum, mak dah boleh solat." aku pujuk dan pujuk...
"Tak bersih... kalau dapat mandi, mak yakin sikit. Kalau basuh kat atas katil ni, hati mak syak" kata ibu mertuaku perlahan
Allah hu Akbar... apa lagi yang mampu aku katakan..melainkan tersenyum dan berseloroh aku kata aku akan catat dalam buku hutang... berapa banyak hutang dia dengan Allah! Dia tersenyum dan dengan yakin berkata bahawa dia akan qada sebaik sahaja wayar2 tersebut dibuang. Dan aku cukup yakin akan ibu mertuaku kerana dia adalah hamba Allah yang tak pernah culas dengan ibadah dan akan khatam ada ketikanya seminggu sekali. Semoga Allah merahmatimu,mak dan kembalikan kesihatan yang baik agar dapat terus menjalankan ketaatan.
Aku panggil anak2ku dan nyatakan ada pengajaran yang berguna untuk mereka sekiranya mereka mahu mengambil ingat. Aku katakan pada mereka...lihat keadaan nenek..pandang diri sendiri. Kalau hari ini, semasa tubuh kuat lagi sihat tidak mahu beramal...nak tunggu bila lagi.. Bila dah sakit dan lemah begitu..apa lagi mampu kita lakukan? Allah bagi kita ruang dan kesempatan....rebutlah kerana kalau tidak...kita akan menyesal seumur hidup bukan saja sesal ketika lemah di atas katil tapi sesal jua saat kita di negeri kekal. Insaflah,anak2!
Ya Allah... sentiasalah beserta kami semua... teruslah mendidik hati kami agar kami sentiasa melakukan ketaatan