Memaparkan catatan dengan label AYAT AL-QURAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AYAT AL-QURAN. Papar semua catatan

Isnin, 10 Disember 2012

Peringatan Allah

"dan sekiranya Kami menghendaki nescaya Kami akan tinggikan (darjat)nya dengan (ayat2) itu TETAPI DIA CENDERUNG KEPADA DUNIA DAN MENGIKUT HAWA NAFSU, maka perumpamaannya SEPERTI ANJING,  jika kamu menghalaunya dijulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya ia menjulurkan lidah (juga).  Demikianlah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat2 Kami.  Maka ceritakanlah kisah2 itu agar mereka berfikir" - Al A'raf : 176

Errmm... sampai pada baris ni, rasa macam semacam...rasa bermacam2..
Sangat buruk perumpamaan yang Allah buat eh... ku ulang2 baca nak dapatkan faham...
ANJING? . termenung seketika.

Inilah klu menurut tafsir, perumpamaan kepada seorang alim Bani Israel yg mustajab doanya bernama Bal'am bin Ba'ura. Hanya kerana harta dunia...dia sanggup doakan nabi Musa dan akhirnya  dia mati kufur dgn lidah terjelir hingga ke dada seperti anjing.

Pernah tok guru baca kitab...bila sampai bab dunia...kena zuhud.. katanya... "dunia ni umpama bangkai... yang dok kejar bangkai ni, anjing saja.  Bukan saya kata, tapi Rasulullah yang kata.  Jadi tuan2 cuba ambik fahamlah apa yang Rasulullah nak sampaikan.  Kerapkali anjing yang rajin dok pi kais sampah2...cari apa2 bangkai yang boleh dimakan... " Masa ni bodoh lagi...masuk telinga kanan, keluar telinga kiri... muhasabah tu kurang!

Tertangguh pembacaan pada ayat tu agak lama... aku cuba menilik2 diri.. kecenderungan diri di mana.  Adakah aku terlalu mengejar dunia hingga melupakan akhirat. 
Apakah aku ni tunduk pada hawa nafsu hingga cenderung kepada dunia dan segala kemewahan yang ada di dunia ni..
Hai lah...malang sungguh kalau asyik sangat diulik dunia...

Tak salah pun nak kaya, nak hidup mewah...jadi tak perlu meminta2.  Bukankah kita kena kerja bersungguh2 seolah2 nak hidup 1000 tahun lagi.  Tak salah pun, duit banyak, boleh infak banyak... seronok juga tapi masalahnya kalau kita tak boleh nak imbangkan antara dunia dan akhirat.  Pulun punya pulun nak kaya...akhirat ntah ke mana...

Bagus juga sesekali kena kejut macam tu eh... baru rasa nak muhasabah diri... dah muhasabah... memang muhaBASAH le jawabnya...cedih hehehhe

Tetapi apapun...baca baris berikutnya...resah terubat bila Allah memujuk... Aduhaiii manis sekali... 

"Barangsiapa diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk dan bagi siapa disesatkan Allah, maka merekalah orang2 yang rugi " - Al  A'raf : 178

Allah itu sebagaimana yang kita sangkakan...maka aku berdoa dengan harap semoga aku adalah antara mereka yang memperoleh petunjuk dan akhirnya mampu berbuka puasa dengan bahagianya sehingga mataku boleh memandang wajahNya jua....