Memaparkan catatan dengan label ISTERI IDAMAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISTERI IDAMAN. Papar semua catatan

Jumaat, 26 Oktober 2012

Hak-hak Wanita Muslimah Dari Suami 2


  1. Dipergauli dgn baik dan bersabar dgnnya…Firman Allah : Dan bergaullah dgn  mereka scra patut. Kemudian jika kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlh) kerana mungkin kamu tidak mnyukai sesuatu,padahal Allah menjadikan pdnya kebaikan yg banyak (An-nisa:19).
           Rasulullah bersabda : seorang mukmin tidak boleh membenci wanita mukminah(isterinya), jika ia tdk 
            mnyukai darinya slh 1 perilakunya, maka dia myukai darinya perilakunya yg lain (HR Muslim)….
           Sabda Baginda : berwasiatlh kpd isteri dgn kebaikan,krn mereka diciptakan dr tulang rusuk yg 
           bengkok, dan sesuatu yg paling bengkok dlm tulang rusuk adlh yg paling atas. Jika kamu 
           meluruskannya maka akan memecahkannya dan bila kamu biarkan maka ia akan terus menerus 
           bengkok. HR Muslim).

      2.  Hak untuk dicumbu dan dimanjakan iaitu isteri berhak untuk mdpt hak ini dgn syarat tak mnjatuhkan 
           kewibawaan suami disisinya. Isteri berhak untuk bersenang-senang dgn hal yg mubah yg bole 
           menyenangkan hatinya selagi terbebas dr hal yg dibenci Allah…
           Rasulullah bersabda : orang mukmin yg plg sempurna imannya adlh yg paling baik akhlaknya n
           sebaik-baik mereka adlh yg paling baik thdp keluargannya (HR Muslim).

      3.   Cemburu yg professional.
            Rasulullah bersabda : sesungguhnya Allah Ta’ala cemburu dan orang mukmin jg cemburu. 
            Kecemburuan Allah bila seorang mukmin melakukan apa yg diharamkan oleh Allah (HR Muslim).
            cemburu yg disyariatkan adlh jgn berpunca dr prasangka yg mendorong untuk melakukan hal yg
             berlebih-lebihan dlm keraguan,mencari kesalahan n berburuk sangka…

      4.   Menerima pembahagian yg adil diantara isteri-isterinya iaitu si suami hendaklah adil dlm memberikan 
             nafkah dan bermalam JIKA memiliki lbh dari 1 isteri…Rasulullah bila nak pergi berperang, beliau
             akan mengundi antara para isterinya. Jika yg keluar pilihannya,beliau akan membawa isterinya itu.

      5.   Mendapatkan kepuasan seksual iaitu isteri berhak  mendapatkannya..pada budh( hubungan dgn 
            isteri) salah seorang diantara kalian adalah sedekah (HR Muslim). 

Khamis, 24 November 2011

Hak-hak Wanita Muslimah Dari Suami

Apakah antara Hak seorang isteri dari suaminya?

Pertama : Redha isteri terhadap suaminya iaitu seorang gadis atau janda berhak untuk melihat calon suaminya dan si gadis/janda boleh menerima atau menolaknya. Rasullah bersabda:Tidak boleh menikahkan seorang janda hingga ia diminta persetujuannya dan tidak boleh dinikahkan seorang gadis hingga diminta izinnya. Mereka  bertanya; Ya Rasullah, bagaimana izinnya? Baginda menjawab: Dia diam (HR Bukhari & Muslim).
 
Kedua: Menerima mahar dari suami...Firman Allah: Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu  maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya (An-Nisaa:4). 
Rasulullah bersabda: Sesungguhnya persyaratan yg paling harus dipenuhi adalah apa yg kamu halalkan kemaluan (mahar) (HR Bukhari & Muslim).

Ketiga  :Mendapatkan nafkah dengan adil. Firman Allah: Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan. (At-Tallaq;7).
Rasulullah bersabda:  satu dinar yg kamu nafkahkan di jalan Allah, satu dinar yg kamu nafkahkan untuk memerdekakan budak, satu dinar yg kamu berikan kpd orang miskin dan satu dinar yg kamu nafkahkan kpd keluarga, yg paling besar pahalanya adalah yg kamu nafkahkan untuk keluarga (HR Muslim).
Keempat : Penjagaan dan bimbingan agama dengan baik. Firman Allah: Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.( Thaha:132).
Firman Allah: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.( At-Tahrim:6).
Suami wajib mengajar isteri tentang agama atau mengizinkannya untuk menghadiri majlis ilmu.. Waallahu Alam..

Khamis, 17 November 2011

Perilaku Isteri Idaman di Rumah?

Bagaimana ya perilaku isteri idaman di rumah??? ermmm....jom check

Pertama : Membantu suami membuat kebaikan dengan mendorong suaminya berlaku ihsan dan berbakti kepada kedua orang tuanya. Firman Allah : Kami perintahkan kepada manusia
supaya berbuat baik kepada ibu bapanya. Ibunya  telah mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah (Al-Ahqah:15).

Kedua : Membantu suami dalam menjalin hubungan baik dengan saudara-saudaranya (ada je adik-beradik bergaduh tak bertegur sapa...huhu...cuba elakkan bersikap begini).

Ketiga : (Penting sgt nie..) ISTERI membantu Suami dalam KETAATAN....
 
Keempat : Berdedikasi ( semangat hidup ) yang tinggi..... ( kata-kata semangat dari isteri amat penting diiringi dengan DOA yg tulus )

Kelima : Pandai mengatur rumah tangga dan bijak mengawal perbelanjaan isirumah ( bahagia hidup kalau dpt isteri yang bukan kaki shoppingg..hehe )
 
Keenam : Isteri bagus di dalam mendidik anak-anak sama ada dr aspek duniawi atau ukhrawi....

Ahad, 13 November 2011

Akhlak Isteri Idaman ???

Semua wanita yang bergelar isteri mesti nak jadi isteri idaman kan? TAPI Bagaimanakah akhlak & aqidah isteri idaman tu??? Mari kita teliti akhlak-akhlak isteri idaman...

Pertama : Berusaha berpegang teguh kepada akhlak-akhlak Islam seperti ceria, pemalu, sabar, lembut tutur katanya dan selalu jujur.

Kedua : Tidak banyak bicara, tidak suka merosakkan wanita lain, tidak suka ghibah dan namimah (mengadu domba).




Ketiga : Berusaha  menjaga hubungan baik dengan isteri suaminya yang lain (madu dia)..*boleh ke kita???

Keempat : Tidak menceritakan rahsia rumah tangga, antaranya hubungan suami isteri dan pergolakan dalam rumah tangga..Rasulullah bersabda : " Sesungguhnya di antara orang yang terburuk kedudukannya di sisi Allah SWT pada hari kiamat iaitu suami yang mencumbui isterinya dan isteri mencumbui suaminya, kemudian ia sebar luaskan rahsianya (HR. Muslim 4/157)..

* Adakah kita termasuk dalam golongan isteri idaman??? hehehe....

Jumaat, 11 November 2011

Macam Mana Nak jadi ISTERI IDAMAN???


Macam mana nak jadi ISTERI IDAMAN??? Hehe...pertama, kena la tengok tingkah laku seorang isteri yg aqidahnya benar, misalnya:

1)      Dia hanya bersahabat dengan wanita yang baik.
2)      Selalu bersungguh-sungguh dalam beribadah kpd Rabbnya.
3)      Boleh menjadi contoh bagi wanita lainnya...


Bab Penampilan pula......

Isteri yg solehah harus selalu memperhatikan penampilannya di rumah,lebih-lebih jika suaminya berada di sisinya. Maka Islam sangat menganjurkan untuk berhias dengan hal-hal mubah sehingga menyenangkan hati suaminya.

Jika keluar rumah pula...isteri solehah perlulah meneliti hal-hal ini:-

  • Harus minta izin suami
  • Harus menutup aurat
  • Tidak menampakkan perhiasannya
  • Tidak memakai wangi-wangian
  • Tidak banyak keluar kecuali untuk tujuan syari atau keperluan yang sangat mendesak...