Memaparkan catatan dengan label UMRAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UMRAH. Papar semua catatan

Sabtu, 14 April 2012

Masjidil Haram Mendidik Tawadhuk




Makkah al Mukaramah.... pasti semua orang bercita2 untuk datang ke sini, menjadi tetamu Allah.  Sudah pasti, tetamu Allah itu adalah pilihan....tak semua orang akan sampai mesti duit dalam bank berkepuk2.  Ada orang yang susah...akhirnya menjadi tetamu Allah dengan pelbagai jalan yang Allah lorongkan...tanpa disangka.  Mereka yang tido bertilam dan berbantalkan duit, hanya mampu berangan tapi tak mampu untuk sampai kerana mereka bukan pilihan... ada saja yang menghalang sehingga akhirnya dibungkus tanpa punya kesempatan!  Memandang keadaan ini, aku sangat bersyukur kerana diterima menjadi tetamu Allah dan menyaksikan kebesaran Allah di sini.  Lebih membahagiakan, umrah kali ini telah memberikan aku kesempatan membawa putera dan puteriku... Alhamdulillah.  Nikmat Allah yang tidak mampu untuk kuhitung.....



Ini adalah ruang solat ... masjidil haram memang cantik...indah...

Orang datang ke Mekah punya pelbagai alasan...nak menemani mak, nak berniaga, teman rakan kongsi, suka2 je sebab duit banyak dah tak tau nak melancong ke mana dan bagi orang yang tak berduit seperti aku sudah tentu hasratnya adalah untuk beribadah di sana... sebanyak mungkin. Maklumlah, bukan senang nak pergi ke sana  dan tentu rugi melepaskan ganjaran pahala 100k pahala solat di Masjidil Haram. Seboleh mungkin, aku cuba hadiahkan ibadah yang terbaik buat tuan aku..... aku hanya ingin berkongsi bagaimana bersolat di sini boleh mengajar erti TAWADHUK....

Kalau rasa diri sombong, rasa besar diri, sentiasa rasakan diri saja betul... eloklah datang ke sini kerana di sini kita akan rasa, betapa kita ni tak punya apa terutama ketika sedang mendirikan solat.  Kenapa aku berkata demikian....?  Kalau di Malaysia, kita bersolat di surau masjid dalam keadaan yang cukup selesa, saf kita ada jarak bagi memudahkan kita sujud dengan selesa tapi di sini.....

Saat kita berdiri tegak...sungguh seronok kerana memang cukup rapat antara satu sama lain...bahu ke bahu, kaki juga hampir bertemu... tapi kalau saat rukuk... masa ni kita akan rasa, besar mana pun pangkat kita, sepandai mana pun kita, banyak mana pun ilmu kita, besar mcmmana pun kita, kepala kita tetap akan cecah punggung orang di hadapan.  Kalau kita rendah berbanding orang di hadapan, harus kepala masuk kelangkang orang...
saat kita bersujud, lagi tenat... mencari2 kita tempat untuk bersujud kerana ruang kita sujud dah terdapat kaki orang... ciumlah kaki orang berkenaan... itulah kejadiannya.  menyondol2 kepala kita mencari ruang untuk sujud.

Hal ini terjadi kerana sepatutnya ruang di hadapan kita tak boleh ada saf baru tapi diaorang datang lambat... tak de tempat...main berdiri saja di depan kita dan mengangkat takbir. Bila mereka dah angkat takbir, mereka tahu bahawa mereka tak akan diusir dari situ.  Allah hu Akbar...ketika ini berlaku, rasa mahu meraung...kerana memang tak tahu kualiti solat masa tu...

Nak marah....memang mahu marah tapi bila difikir balik... hebat macammna pun aku...tetap juga kepala aku pada punggung orang dan tetap juga aku cium kaki orang... jadi..tak lah hebat macammna pun aku..... tak usahlah nak bangga2 diri... tawadhuk je lah.. tak rugi pun!

Selasa, 27 Mac 2012

Ziarah di Madinah

Ustaz Hassan yang menjadi pembimbing, telah membawa kami ke banyak tempat di Madinah dan ada tempat yang tidak pernah aku kunjungi ketika aku menjadi tetamu Rasulullah 2008 dulu
  



Masjid Quba'.  Ambil wuduk di rumah/hotel dan bersolat di sini, ganjarannya bersamaan dengan satu umrah.  Hebat,kan?  Hajat hati nak datang ke sini setiap hari tetapi ada je program yang kena ikut menyebabkan hanya datang 2 kali sahaja.  InsyaAllah, lain kali datang, aku berazam untuk datang ke sini setiap hari walaupun perlu berbelanja lebih sket.  Naik teksi, SR50 pergi balik.  Oklah...apatah lagi mengenangkan ganjaran yang Allah beri...
.



 Perjalanan ke Gunung Uhud.....





berlatarkan Gunung Uhud yang menjadi tempat pemanah pasukan Rasulullah.



Makam syuhada' perang Uhud. 




Di sinilah masyarakat Madinah mengalu2kan kedatangan Rasulullah. Mereka bernyanyi2 menyambut ketibaan baginda,  Baginda berhenti seketika bersolat Jumaat sebelum tiba di sini. Berada di sini buatkan air mata tak berhenti mengalir mengenangkan hijrah baginda dan bagaimana baginda diterima ditempat orang tetapi terseksa di bumi kelahiran sendiri.



Siapakah bisa membantuku....masjid apakah ini?? Aku sedang keliru lagi lupa...ini masjid Jumaat atau Qiblaitain (2 kiblat) Itulah,kan.... tidak membuat catatan.. InsyaAllah...pasti ada yang boleh membantu



Ini rumah seorang Yahudi dan mihrab dia. Menurut Ustaz Hassan, mihrab ni menghadap ke Masjidil Aqsa Dengan  kelembutan dan kehalusan Rasulullah, Yahudi ini akhirnya memeluk Islam.







Rumah/kubu Ka'ab yang merupakan musuh Allah dan musuh Rasulullah.  Bukan mudah nak menangkap si Ka'ab ni tetapi akhirnya dia dipancung.  Besar betul rumah dia, walaupun sudah hancur tapi boleh nampak rumah ni luas dan punya lebih dari 5 bilik agaknya.  Batu yang digunakan memang hebat dan memang susah nak dihancurkan.





 Ini telaga milik Ka'ab.  Sungguh dalam dan sekarang tinggal kenangan.




 Baqi...Bersemadinya para shuhada'.....

 Baqi'.... Disinilah juga bersemadinya 9 isteri nabi dan anak2 baginda.....

Bersemadinya Halimatus Saadiah dalam rahmat Allah....



Universitas Madinah.... Melahirkan ilmuan, ulama'.. tentu seronok belajar di sini...punya anak2 yang belajar di sini...



Tempat kereta api dari Madinah ke Turky...cantik,kan.... Hebat sungguh!

 Masih ada beberapa tempat lagi yang kami lewati tapi tak dapat di upload kerana aku sendiri lupa di mana gambar tersebut di ambil hehehhe... Allah hu Akbar...memang pelupa sungguh aku ini...
apapun, inilah ziarah kami ketika di Madinah sebelum kami berangkat menjadi tetamu Allah...







Aku Datang Ya Rasulullah...



Alhamdulillah, aku bersama ahli rombongan selamat tiba di Jeddah. Urusan imigresen lebih cepat berbanding dhaka dan kami sempat untuk bersolat subuh. Bilik air yang lebih bersih, surau yang lebih selesa... menjadikan nikmat Allah lebih aku rasai.. Tak sabar rasanya aku menyaksikan kubah hijau....

Sekali lagi merasai nikmat punya driver... (saat ini aku teringat, yang hari ini aku naik bas dengan penumpang yang ramai dan dipandu seorang pemandu. Suatu saat, aku hanya menaiki kenderaan bersendirian, dengan dipandu oleh ramai orang. Terfikir sejenak, alangkah indahnya jika bertemu Allah di bumi Madinah...dikebumikan di Baqi' kerana penghuni di sini akan dibangkitkan selepas Rasulullah dan semuanya di sini akan menerima syafaat Rasulullah. Juga seronoknya, jumlah yang menyembahyangkan jenazah aku, pasti ramai. Rasulullah pernah bersabda, Tidak seorang muslim yang meninggal dunia lalu disolatkan oleh 3 saf kaum Muslimin maka dia akan masuk syurga)

5 jam perjalanan, sampailah ke tempat untuk dijadikan persinggahan. Inilah hotel yang jadi persinggahan selama 4 hari setengah...

Berehat sebentar di lobi hotel sementara menantikan kunci bilik.

Kunci lambat sgt dapatnya...bergegas ke masjid untuk tunaikan solat zohor. Cantik sungguh Masjid Nabawi...melangkah masuk ke kawasan masjid membuatkan aku terkesima...cantik sungguh. Tidak lagi berpanas orang yang mahu berada di luar.. jauh berbeza dengan ketika aku ke sana 2008 dahulu.

Apabila petang menjelang, tiada lagi terik mentari, payung tertutup... hebat sungguh Allah menciptakan manusia yang punya aqal yang sebegitu.... boleh memikirkan itu dan ini...yang bukan sahaja mencantikkan dan mengindahkan sekitar tapi mampu melindungi manusia yang berkunjung ke masjid nabi dari terik mentari. Hebat sungguh ciptaan Allah.

Nah...inilah kubah hijau yang tak pernah luput dalam ingatanku..malah terus segar dan segar.
Berada di sini, buatkan air mata mengalir tanpa dapat kutahan. Di sinilah tempat laluan Rasulullah dan para sahabat, di tempat kami berdiri itulah sahabat2 saling menyapa, di situlah mereka lalu setelah pulang dari jihad, di situ juga mungkin Rasulullah, Abu Hurairah r.a menahan kelaparan...

Inilah pintu masuk ke makam Rasulullah.. beruntung orang lelaki...mudah je masuk!

Madad ya Rasulallah. Pintu emas makam Rasulullah. Di sebelahnya sayidina Abu Bakar diikuti sayidina Umar. Sahabat yang tak pernah terpisah di dunia dan disemadikan juga berhampiran. Melalui perit getir bersama2...mereka tidak pernah terpisah! Selawat ke atasmu, ya Rasulullah.

Sebelum menjejakkan kaki ke Madinah, aku memang berazam untuk berada setiap waktu di masjid Nabawi dan Alhamdulillah, aku mengambil tiap kesempatan untuk berada di sana setiap waktu. Syukur Allah memberi kudrat, memberi kesihatan apatah lagi hotel yang aku singgah, memang berhampiran sangat dengan masjid. Berada di sana sungguh mendamaikan. tetapi suasana sekarang agak bising dengan teriakan, tangisan anak2 kecil dalam masjid. Ekonomi agaknya semakin baik, ramai yang datang mengerjakan umrah membawa bersama2 anak yang masih kecil. Ramai sungguh umat Muhammad di sini, pelbagai warna kulit, pelbagai cara dalam mendirikan solat (ada yang tak kisah rambut terkeluar, tak pakai stoking, nampak leher,tak pakai cover hand dan aku hanya mampu memandang tanpa berkata. Serasa dan setahu aku, setiap mazhab sependapat tentang aurat wanita. Wallahu'alam)

Pintu 25...inilah pintu yang menyambut kedatangan kami setiap waktu solat.
.
Mimbar Rasulullah... Orang lelaki je le yang berkesempatan berada di sini

Rawdhah.  Bukan main payah nak masuk. Kali pertama aku masuk, lepas solat isyak. Isyak di sana kul 8.01 malam. Usai solat sunat dan solat jenazah, aku dan puteriku bergegas masuk kumpulan Malaysia untuk masuk ke rawdhah.  Jam 10.50 barulah aku boleh sampai ke karpet hijau dan meletakkan dahiku sujud di atasnya.  Bayangkan lamanya menunggu untuk masuk ke sana. Baru saja menadah tangan berdoa, aku sudah 'diusir'. sudahlah ketika bersujud, kepala dilangkah2.  Memang tak selesa bersolat tapi apa nak katakan... memang sangat padat kerana masing2 nakkan keberkatan rawdhah. Aku pandang puteri aku dan aku isyarat pulang..lain kali datang balik. Tak terdaya rasanya nak melawan asakan orang2 yang berbadan besar...main tolak je..Adddeeiihh.  Aku melangkah pulang dengan rasa yang sangat bersyukur kerana berkesempatan sujud di situ tetapi pada masa yang sama  aku juga melangkah pulang dengan rasa kesal kerana tak dapat berdoa dengan kusyuk di situ.  AKu berazam untuk kembali ke situ sebelum berangkat ke Mekah.

Selang sehari, aku kembali menunggu dalam kumpulan Malaysia untuk masuk ke Rawdhah. Jam 8pg aku sudah menunggu selepas bersarapan di hotel. Jam 10.30pg, kumpulan Malaysia dipanggil masuk. Rabbi yaasir, wala tu 'assir, ya karim.. aku dapat tempat dan aku mula bersujud lama. tangan ku tadah memohon doa. Aku bangun dan berikan ruang kepada orang lain pula.  Allah berikan aku tempat lain untuk bersujud malah lebih lapang dari tempat tadi. usai solat tangan kutadah dan aku dapat berdoa dengan lebih lama.  Aku bangun untuk memberi ruang pada orang lain.  Rupanya, ada lagi tempat yang lebih lapang untukku dan puteriku sebelum kami keluar dari ruang karpet hijau.  Kami ambil kesempatan untuk bersujud lebih lama, berdoa lebih banyak.  Alhamdulillah... Alhamdulillah..ALhamdulillah... Itu saja yang mampu kulafazkan. Aku memandang puteriku sambil tersenyum aku memberikan isyarat untuk pulang.... Terima kasih ya Allah...

Bahagia sungguh aku...diterima menjadi tetamu Rasulullah.  Terasa tidak mahu kakiku melangkah keluar dari masjid Nabawi..terasa setiap saat  aku mahu berada di sini tapi apakan daya... Sudah adat orang bertamu.. InsyaAllah..aku akan kembali lagi ke sini, mahu lagi mengulang memori indah ketika di sini...Kali ini, aku mahu khatam Quran di sini pula....di masjid nabi...kekasihku.

Selamat tinggal wahai Rasulullah.  Berpisahlah kita wahai nabi ALlah.  Amanlah dikau wahai kekasih Allah.  Semoga Allah tidak menjadikan pertemuan ini sebagai pertemuan terakhir denganmu untuk menziarahimu ataupun berada disisimu.  Kecuali Allah mengurniakan kebajikan sihat dan afiat serta selamat.  Jika ada umur panjang, InsyaAllah aku akan datang menziarahimu semula tapi jika aku mati dulu, maka sekarang aku tinggalkan disampingmu ikrar sumpah setiaku dari hari ini sehinggalah hari kiamat iaitu pengakuan yang bersungguh-sungguh bahawa TIADA TUHAN YANG LAIN DISEMBAH DENGAN SEBENAR-BENARNYA KECUALI ALLAH TUHAN YANG MAHA ESA, TIDAK ADA SEKUTU BAGINYA DAN AKU BERSAKSI DENGAN SESUNGGUHNYA BAHAWA NABI MUHAMMAD ADALAH HAMBA DAN PESURUHNYA. Maha suci TuhanMu, Tuhan yang mempunyai kemuliaan dari segala yang mereka sifatkan.  Salam sejahtera ke atas para Rasul.  Segala puji untuk Allah, Tuhan yang mentadbirkan seluruh alam.

SELAMAT TINGGAL WAHAI KEKASIH....