Selasa, 27 Mac 2012

Aku Datang Ya Rasulullah...



Alhamdulillah, aku bersama ahli rombongan selamat tiba di Jeddah. Urusan imigresen lebih cepat berbanding dhaka dan kami sempat untuk bersolat subuh. Bilik air yang lebih bersih, surau yang lebih selesa... menjadikan nikmat Allah lebih aku rasai.. Tak sabar rasanya aku menyaksikan kubah hijau....

Sekali lagi merasai nikmat punya driver... (saat ini aku teringat, yang hari ini aku naik bas dengan penumpang yang ramai dan dipandu seorang pemandu. Suatu saat, aku hanya menaiki kenderaan bersendirian, dengan dipandu oleh ramai orang. Terfikir sejenak, alangkah indahnya jika bertemu Allah di bumi Madinah...dikebumikan di Baqi' kerana penghuni di sini akan dibangkitkan selepas Rasulullah dan semuanya di sini akan menerima syafaat Rasulullah. Juga seronoknya, jumlah yang menyembahyangkan jenazah aku, pasti ramai. Rasulullah pernah bersabda, Tidak seorang muslim yang meninggal dunia lalu disolatkan oleh 3 saf kaum Muslimin maka dia akan masuk syurga)

5 jam perjalanan, sampailah ke tempat untuk dijadikan persinggahan. Inilah hotel yang jadi persinggahan selama 4 hari setengah...

Berehat sebentar di lobi hotel sementara menantikan kunci bilik.

Kunci lambat sgt dapatnya...bergegas ke masjid untuk tunaikan solat zohor. Cantik sungguh Masjid Nabawi...melangkah masuk ke kawasan masjid membuatkan aku terkesima...cantik sungguh. Tidak lagi berpanas orang yang mahu berada di luar.. jauh berbeza dengan ketika aku ke sana 2008 dahulu.

Apabila petang menjelang, tiada lagi terik mentari, payung tertutup... hebat sungguh Allah menciptakan manusia yang punya aqal yang sebegitu.... boleh memikirkan itu dan ini...yang bukan sahaja mencantikkan dan mengindahkan sekitar tapi mampu melindungi manusia yang berkunjung ke masjid nabi dari terik mentari. Hebat sungguh ciptaan Allah.

Nah...inilah kubah hijau yang tak pernah luput dalam ingatanku..malah terus segar dan segar.
Berada di sini, buatkan air mata mengalir tanpa dapat kutahan. Di sinilah tempat laluan Rasulullah dan para sahabat, di tempat kami berdiri itulah sahabat2 saling menyapa, di situlah mereka lalu setelah pulang dari jihad, di situ juga mungkin Rasulullah, Abu Hurairah r.a menahan kelaparan...

Inilah pintu masuk ke makam Rasulullah.. beruntung orang lelaki...mudah je masuk!

Madad ya Rasulallah. Pintu emas makam Rasulullah. Di sebelahnya sayidina Abu Bakar diikuti sayidina Umar. Sahabat yang tak pernah terpisah di dunia dan disemadikan juga berhampiran. Melalui perit getir bersama2...mereka tidak pernah terpisah! Selawat ke atasmu, ya Rasulullah.

Sebelum menjejakkan kaki ke Madinah, aku memang berazam untuk berada setiap waktu di masjid Nabawi dan Alhamdulillah, aku mengambil tiap kesempatan untuk berada di sana setiap waktu. Syukur Allah memberi kudrat, memberi kesihatan apatah lagi hotel yang aku singgah, memang berhampiran sangat dengan masjid. Berada di sana sungguh mendamaikan. tetapi suasana sekarang agak bising dengan teriakan, tangisan anak2 kecil dalam masjid. Ekonomi agaknya semakin baik, ramai yang datang mengerjakan umrah membawa bersama2 anak yang masih kecil. Ramai sungguh umat Muhammad di sini, pelbagai warna kulit, pelbagai cara dalam mendirikan solat (ada yang tak kisah rambut terkeluar, tak pakai stoking, nampak leher,tak pakai cover hand dan aku hanya mampu memandang tanpa berkata. Serasa dan setahu aku, setiap mazhab sependapat tentang aurat wanita. Wallahu'alam)

Pintu 25...inilah pintu yang menyambut kedatangan kami setiap waktu solat.
.
Mimbar Rasulullah... Orang lelaki je le yang berkesempatan berada di sini

Rawdhah.  Bukan main payah nak masuk. Kali pertama aku masuk, lepas solat isyak. Isyak di sana kul 8.01 malam. Usai solat sunat dan solat jenazah, aku dan puteriku bergegas masuk kumpulan Malaysia untuk masuk ke rawdhah.  Jam 10.50 barulah aku boleh sampai ke karpet hijau dan meletakkan dahiku sujud di atasnya.  Bayangkan lamanya menunggu untuk masuk ke sana. Baru saja menadah tangan berdoa, aku sudah 'diusir'. sudahlah ketika bersujud, kepala dilangkah2.  Memang tak selesa bersolat tapi apa nak katakan... memang sangat padat kerana masing2 nakkan keberkatan rawdhah. Aku pandang puteri aku dan aku isyarat pulang..lain kali datang balik. Tak terdaya rasanya nak melawan asakan orang2 yang berbadan besar...main tolak je..Adddeeiihh.  Aku melangkah pulang dengan rasa yang sangat bersyukur kerana berkesempatan sujud di situ tetapi pada masa yang sama  aku juga melangkah pulang dengan rasa kesal kerana tak dapat berdoa dengan kusyuk di situ.  AKu berazam untuk kembali ke situ sebelum berangkat ke Mekah.

Selang sehari, aku kembali menunggu dalam kumpulan Malaysia untuk masuk ke Rawdhah. Jam 8pg aku sudah menunggu selepas bersarapan di hotel. Jam 10.30pg, kumpulan Malaysia dipanggil masuk. Rabbi yaasir, wala tu 'assir, ya karim.. aku dapat tempat dan aku mula bersujud lama. tangan ku tadah memohon doa. Aku bangun dan berikan ruang kepada orang lain pula.  Allah berikan aku tempat lain untuk bersujud malah lebih lapang dari tempat tadi. usai solat tangan kutadah dan aku dapat berdoa dengan lebih lama.  Aku bangun untuk memberi ruang pada orang lain.  Rupanya, ada lagi tempat yang lebih lapang untukku dan puteriku sebelum kami keluar dari ruang karpet hijau.  Kami ambil kesempatan untuk bersujud lebih lama, berdoa lebih banyak.  Alhamdulillah... Alhamdulillah..ALhamdulillah... Itu saja yang mampu kulafazkan. Aku memandang puteriku sambil tersenyum aku memberikan isyarat untuk pulang.... Terima kasih ya Allah...

Bahagia sungguh aku...diterima menjadi tetamu Rasulullah.  Terasa tidak mahu kakiku melangkah keluar dari masjid Nabawi..terasa setiap saat  aku mahu berada di sini tapi apakan daya... Sudah adat orang bertamu.. InsyaAllah..aku akan kembali lagi ke sini, mahu lagi mengulang memori indah ketika di sini...Kali ini, aku mahu khatam Quran di sini pula....di masjid nabi...kekasihku.

Selamat tinggal wahai Rasulullah.  Berpisahlah kita wahai nabi ALlah.  Amanlah dikau wahai kekasih Allah.  Semoga Allah tidak menjadikan pertemuan ini sebagai pertemuan terakhir denganmu untuk menziarahimu ataupun berada disisimu.  Kecuali Allah mengurniakan kebajikan sihat dan afiat serta selamat.  Jika ada umur panjang, InsyaAllah aku akan datang menziarahimu semula tapi jika aku mati dulu, maka sekarang aku tinggalkan disampingmu ikrar sumpah setiaku dari hari ini sehinggalah hari kiamat iaitu pengakuan yang bersungguh-sungguh bahawa TIADA TUHAN YANG LAIN DISEMBAH DENGAN SEBENAR-BENARNYA KECUALI ALLAH TUHAN YANG MAHA ESA, TIDAK ADA SEKUTU BAGINYA DAN AKU BERSAKSI DENGAN SESUNGGUHNYA BAHAWA NABI MUHAMMAD ADALAH HAMBA DAN PESURUHNYA. Maha suci TuhanMu, Tuhan yang mempunyai kemuliaan dari segala yang mereka sifatkan.  Salam sejahtera ke atas para Rasul.  Segala puji untuk Allah, Tuhan yang mentadbirkan seluruh alam.

SELAMAT TINGGAL WAHAI KEKASIH....

6 ulasan:

  1. InsyaAllah..akan pergi ke sana lagi...

    BalasPadam
  2. InsyaAllah... sedang kumpul duit....
    Kalau dapat pergi Haji lagi bagus...

    BalasPadam
  3. kan senang p haji terus...

    BalasPadam
  4. nak ikut tabung haji 2031... masa tu dah kena bungkus agaknya. Pegi Mekah usia tua, lebih baik tak usah..buat sedih je sebab tak boleh nak buat banyak benda yang orang buat... tak de kudrat. nak pegi haji elok time muda dan sihat. InsyaAllah, cukup tabungan, sy ikut ustaz Halim.. best juga agent yang sy ikut hari tu..

    BalasPadam
  5. hehe...p berdua aje ler..insyaAllah bole p...saving lebih cikit :)

    BalasPadam
  6. positif boleh.... InsyaAllah!

    BalasPadam