Ahad, 25 Mac 2012

Perjalanan Yang Dinantikan....

10/03/2012
Akhirnya....akhirnya... visa lulus dan akan bermulalah perjalanan yang cukup indah bagi menjadi tetamu Allah dan Rasulullah....
Antara keluarga yang bersama2 ke KLIA bagi meraikan kami 4 beranak... Saat ni, perut memang berkeroncong gila sebab dari pagi tidak makan sebab sibuk berkemas. Tak sabar rasanya menantikan jam 2 pagi untuk terbang..terbang..

Lena sepanjang penerbangan apatah lagi selepas makan makanan yang cukup lazat di dalam fligt dan akhirnya kami sampai ke dhaka jam 6pg waktu Dhaka sementara 8pg waktu Malaysia. Alhamdulillah, berkesempatan menunaikan solat subuh tanpa qada. Kepenatan menunggu di imigresen memang tergambar pada wajah masing2. Sungguh slow..sangat slow..teramat sangat.. memang tak terlawan dengan KLIA yang serba moden lagi pantas.

Puteri aku nampak sangat seronok naik bas..maklumlah..tak pernah naik bas kecuali apabila mengikuti rombongan..kami dalam perjalanan ke hotel yang entah bagaimanalah rupanya....

Inilah Dhaka. Berada di sini, menjadikan aku rasa bersyukur menjadi rakyat Malaysia.. Kasihan.. baru lepas dari musibah banjir ketika itu. Manakan tidak, sistem perparitan tak betul, aku tak nampak ada parit... yang ada hanyalah debu, pengayuh beca yang semuanya berkain pelikat.. becanya pula bukan macam di malaysia tetapi hanyalah basikat tua yang diubahsuai sikit pada bahagian tempat duduk penumpang...syukurnya aku aku dilahirkan di bumi bertuah Malaysia dan tidak hairanlah kenapa Malaysia menjadi tumpuan rakyat Bangladesh...

Inilah dia penginapan sementara kami bermula 8pg waktu Dhaka sehingga 9 mlm kerana pada malanya kami seramai 25 org akan meneruskan perjalanan ke Madinah. Di hantar Allah ke Bangladesh hanyalah kerana Allah mahu kami menjadi orang yang bersyukur dan sentiasa merasakan nikmat Allah. Sungguh hebat dididik Allah.... Alhamdulillah.
1 yang hebat di hotel yang serba sederhana ini ialah layanan yang cukup baik.hilang rasa penat dengan layanan mereka.setiap kali waktu makan, pintu bilik kami akan diketuk untuk mempersilakan makan.air mineral akan di hantar ke bilik. mereka akan datang bertanyakan kami keadaan bilik dan apa lagi yang kami perlukan dan yang lagi best... tidaklah mereka minta imbalan kecuali kami mahu berikan. Hebat! makanan mereka lazat..sederhana tapi sedap!

Bertamu sementara...kami kembali ke airport dan di sini..sekali lagi kami menjadi 'tetamu' nyamuk. Nyamuk punyalah banyak...MasyaAllah! AKu pula tak habis2 dengan pakaian hitam aku.. terus menerus diserang kiri kanan,depan belakang, atas bawah... hehehhe... 12t/mlm...terbanglah kami menuju ke Jeddah... aku datang ya Rasulallah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan