Aku enggan menjadi burung helang
kerana bebasnya dia
mendatangkan sifat memunya
sedang aku ini dipunya
Aku melihat melalui mata halusku
tidak dengan bulat membesar kantaku
Tiadalah aku terkilan
tiadalah aku rawan
pada setiap perkataan
kerana itu makhluklah jua
sedang yang kusembah Tuanku semata
tiada sedikit aku terkesan
kerana hati sudah penuh terisi
hanya Dia dan Dia
Tiada kupandang makhluk
melainkan hanya seperti habuk
diterbangkan angin
menghilanglah ia
Kupandang yang satu
Dia segala
kerana aku ingin dipunya
********
Aku merasa Dia dengan qalbiku
alangkah malangnya aku
jika kumasukkan selainNya
Tiada pernah aku disakiti
tiada sesaat merajuk di hati
diamku bukan benci
tapi diamku mencari
diamku meneliti
diamku memahami
diamku mengukuri
diamku menyendiri
lantas mensyukuri
Kau takkan mengerti
betapa bagaimana aku berdiri
sehingga lenguh terasa sendi
namun tak jua aku mahu berlari
Dengar adikku
andai kita terbang bebas
saat itu kita mendabik dada
kita tak mampu kenal tuan
kerana kita punya kehebatan
Percaya kataku
terkurung itu lebih indah
kerana disitu lahir mahabbah
kau akan mengerti suatu saat
ketika kau merasakan Dia hanya Dia
bersemadi diqalbimu kau merasa
Aku dipimpin ALlah
aku dibimbing Rasulullah
tiada lari aku dari keduanya
sehingga aku menutup mata
Datangkan padaku makhluk bercerita
pelbagai bahasa
pelbagai gaya
tetap jua kulihat Allah
kutatap Rasulullah
Andai dia jua bersama beserta
aku pasti bersedia
bersamanya melayar bahtera
dilautan cinta
sehingga kami karam
dilautan kenikmatan
adikku
tiada aku berpaut pada makhluk
melainkan kebergantunganku pada yang satu
cemburulah adanya Tuan ku
andai Dia aku sekutu
aku berjalan penuh adab
demi menuju Dia yang satu
dan Dia pasti berlari mendapatkanku
justeru Dia tahu aku merindu
Tak pernah sekali Dia berdusta
andai aku berjalan menujuNya
Dia akan berlari mendapatkanku jua
maafkan aku...
keterlaluan aku di sini
dadaku telah sesak
jiwaku telah sempit
diriku telah kaku
hidupku seolah membeku
lantaran cinta dan rindu
kini
telah aku serahkan diriku
untuk Dia tanpa ragu
Telah aku selubungkan wajahku
diriku
zahirku
bathinku
aku enggan dilihat sesiapa
enggan melihat apa-apa jua
melainkan Dia...
********
uhibbuki fillah