Memaparkan catatan dengan label DOA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DOA. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Oktober 2014

Hanya PadaMu Wahai Allah

Bismilahirahmanirahim
Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan segala isi di langit dan dibumi
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw

Wahai Allah, aku ini hanya hamba yang dalam perjalanan menuju kepadaMu tanpa kutahu apakah jalan ku rintis ini atas redaMu atau dalam murkaMu.  Allahumma ya Allah... janganlah hendaknya aku Kau pandang dengan kemurkaan, pandanglah aku dengan kasih wahai Rabb.  Pandanglah aku dengan pandangan rahmatMu, pandangan kasih dan cintaMu, pandangan redaMu juga pandangan maghfirahMu. Allah hu Allah, tak terdaya rasanya hamba ini dalam mengatur langkah demi langkah, ternyata lemahnya hamba wahai Rabb, tak terdayanya hamba.  Berilah pertolonganMu kepada hamba untuk teguh atas jalanMu wahai Allah

Allah hu ya Allah, hamba ini sedang mencari cinta, hamba ini sedang menanti bahagia...
hamba ini sedang bertarung dengan duka, hamba ini sedang menentang segala derita.
Demi keranaMu wahai Allah, hamba harus tegak berdiri, hamba harus pantas berlari biarpun dengan deraian air mata tanpa henti.

Allah ya Allah, tiada hamba berkecil hati pada kata nista umpat keji, tiadalah hamba peduli pada saat hamba dikhianati, tiadalah goncang hamba tatkala semua pergi tinggal hamba sendiri, tiadalah hamba berhenti mencari bila dicaci...semua hanya kerana izin dan kekuatanMu tapi sungguh hamba peduli pada saat hamba menaikkan dosa padaMu tanpa henti.  Allah ya Allah, betapa lemahnya hamba untuk tidak menitipkan dosa buatMu, bodohnya hamba sering2 menuruti nafsu... anugerahilah hamba kekuatan wahai Rabb untuk mengendalikan kuda yang meliar ini, biar dia tunduk pada hamba sehingga hamba mampu mengendarainya, mengendalikannya.  Tolonglah dengan kasih sayangMu wahai Allah, jangan biarkan hamba dihenyak kuda liar ini hingga akhirnya hamba hilang diri.

Allah ya Allah.. izinkan hamba untuk teguh atas jalanMu. Izinkah hamba untuk kuat untuk terus meraih cintaMu. Izinkan hamba untuk menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain. Izinkan hamba meraih redaMu dengan menjadi hamba yang sentiasa reda padaMu. Jadikanlah hamba sebagai hamba yang pemaaf dan sentiasa memaafkan.  Tiba masa dan ketika yang hamba nantikan, panggillah hamba pulang dengan yaa ayyuhan nafsul mutmainnah, irji'i ila rabbika radhiyatam mardhiyyah, fad khuli fi ibadi, fadkhuli jannati

Astaghifirullah alazeem li wali waa lidaiya wali jami il muslima wal muslimat wal mukmina wal mukminat al ahya immin hum wal amwat.



Isnin, 5 November 2012

Hanya Ini Yang Kupunya

Ya Allah
Aku serahkan diriku kepadaMu
Aku serahkan urusanku kepadaMu
Aku serahkan perlindungan tubuhku kepadaMu
dengan penuh kecintaan
dan ketakutan kepadaMu
Tiada tempat berlindung
dan tempat keselamatan dari musibahMu
kecuali hanya kepadaMu
Aku beriman kepada kitab suciMu
yang telah Engkau turunkan
Aku beriman kepada nabiMu
yang telah Engkau utuskan
 
 
Apa lagi yang aku punya
kalau tidak hanya doa
aku miskin, faqir lagi hina
meminta pada yang kaya lagi mulia
MilikMu segala yang dilangit dan dibumi
Aku perlu menumpang kasih...

Jumaat, 11 November 2011

Sebut Nama Allah yang Hebat

HEBATNYA BERDOA DENGAN NAMA2 ALLAH YANG HEBAT

ya Allah ya Fatah
yang maha membuka,
bukakan pintu hatiku supaya kebaikanMu ya Rahman yang maha pemurah
ya Rahim yang maha penyayang
ya Barr yang maha baik
dan kemuliaanmu ya Majid yang maha mulia
ya Karim yang maha mulia
ya Dzal Jalali wa al-Ikram yang maha mempunyai kemuliaan dan kebesaran

mampu masuk dan mengalir ke dalam jiwa ini sehingga jiwa ini mampu melihat
akan kebesaran dan kekuasaanMu

Mampu berasa kasih sayangMu yang hebat,
tidak tergambar oleh fikiran manusia itu dan
seterusnya daku mampu mengalirkan kebaikan dan kemuliaanMu ini
kepada manusia lain sebagai menunaikan tugas dan amanah khalifah di atas muka bumi ini.

Mohon Kedekatan




SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERIKAN KITA JALAN.....


Ya Allah, Ya Fattah
Engkau yang maha membuka, daku ini hambaMu yang mengharapkan pertologanMu dan mahu mendekatkan diri kepadaMu.
Daku memohon kepadaMu supaya dibuka jalan menuju kepadaMu,
hanya apabila Engkau membuka jalanMu ya Fattah
baru daku mampu melihat dan melaluinya.

Sekiranya Engkau menutup pintu jalan menujuMu
pasti daku tidak mampu bagi mendekatiMu dan sekiranya Engkau menjauh daripadaku
pasti hidupku dalam keadaan yang sukar dan tidak berdaya.

Bukakan jalan menuju kepadaMu
tunjuk dan sinari jalan itu ya Allah, ya Hadi, ya Nuur
supaya daku mampu melaluinya dengan mudah untuk sampai dekat kepadaMu.

Penyerahan Kepada Allah

SEUSAI SOLAT SUBUH...BERMUNAJATLAH

Ya Allah Ya Baari'
Engkau adalah Allah yang maha mengatur agenda hidup manusia.
Daku ini hanya hamba kepadaMu yang menyedari pada kelemahan diri dan ketidakupayaan diriku ini.

Ya Allah Ya Baari'
Daku mahu menyerahkan seluruh jiwa dan ragaku kepadaMu untuk Engkau aturkan dengan agendaMu.
Daku sedar,tidak wajar aku sebagai hamba mempunyai agendanya yang tersendiri dan daku sedar,
Engkau sudah pun menetapkan agenda hidupku.
Namun
selama ini daku tidak menyedarinya sehingga daku mengatur agenda hidupku sendiri.  daku juga menyedari sekiranya Engkau yang mengatur agenda,
sudah pasti penuh dengan kebaikan,
kebajikan dan
ketaatan.

Namun, sekiranya Engkau membiarkan daku mengatur agenda hidupku sendiri, pasti daku mengikut hawa nafsu dan kepentingan diri.
Oleh itu, daku rela dan reda mengikut agendaMu ya ALlah, ya Baari'

Mohon Semangat / Kekuatan

TATKALA RASA TIDAK TERDAYA...BERDOALAH

Ya Allah ya Ba'its
yang maha membakar semangat
bakarkan semangatku supaya daku sentiasa bersemangat dan kuat
bagi mengaharungi ujian dan rintangan dalam apa jua keadaan.
Tanpa semangatMu, pasti jiwa ini berasa berat dan sukar bagi melakukan
apa saja usaha

Mahu Anak Berakhlak

MAHU ANAK BERAKHLAK...

Ya Allah, Ya Kholiq, Ya Barari', ya Musowwir
Sesungguhnya Engkau yang maha mereka cipta, dan kreatif
kami memohon kepadaMu,
sedikit daya cipta,daya reka, dan kreativitiMu bagi membolehkan kami memikirkan dan melaksanakan pelbagai pendekatan,cara dan kaedah yang berkesan dan praktikal untuk kami membentuk akhlak anak2 kami.

Kami sudah tidak berdaya lagi, kami sudah berusaha pelbagai cara namun tidak berhasil.
Engkau ya Basir melihat bagaimana hebatnya musuhMu daripada kalangan syaitan dan manusia yang mahu menyesatkan anak2 kami. Kami berharap sepenuhnya kepadaMu
Ya Allah, Ya Kholiq, Ya Barari', ya Musowwir.

Bukakan kami jalan ya Fatah yang maha membuka dan kurniakan anak2 kami hidayahMu ya Hadid, ya Nuur, Allah yang maha memberi hidayah dan memancarkan cahaya. Kami bersyukur kepdaMu atas pertolonganMu ya Allah


Gambar Orang Berwudhu