Jumaat, 11 November 2011

Penyerahan Kepada Allah

SEUSAI SOLAT SUBUH...BERMUNAJATLAH

Ya Allah Ya Baari'
Engkau adalah Allah yang maha mengatur agenda hidup manusia.
Daku ini hanya hamba kepadaMu yang menyedari pada kelemahan diri dan ketidakupayaan diriku ini.

Ya Allah Ya Baari'
Daku mahu menyerahkan seluruh jiwa dan ragaku kepadaMu untuk Engkau aturkan dengan agendaMu.
Daku sedar,tidak wajar aku sebagai hamba mempunyai agendanya yang tersendiri dan daku sedar,
Engkau sudah pun menetapkan agenda hidupku.
Namun
selama ini daku tidak menyedarinya sehingga daku mengatur agenda hidupku sendiri.  daku juga menyedari sekiranya Engkau yang mengatur agenda,
sudah pasti penuh dengan kebaikan,
kebajikan dan
ketaatan.

Namun, sekiranya Engkau membiarkan daku mengatur agenda hidupku sendiri, pasti daku mengikut hawa nafsu dan kepentingan diri.
Oleh itu, daku rela dan reda mengikut agendaMu ya ALlah, ya Baari'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan