Memaparkan catatan dengan label TETAMU ISTIMEWA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TETAMU ISTIMEWA. Papar semua catatan

Isnin, 11 Februari 2013

Tetamu Istimewa Kembali...

Di asak dengan pertanyaan berkaitan istighfar yang tak perlu dilafaz..TAK YAH NAK SUCI BAGAI LER..HR2 MMG BERDOSA. 1ST BILA BERZIKIR, KITA KNA INGAT... KRN ALLAH... hati aku memang jadi marah, demi Tuhan, marahku kerana Allah.  Dikatakan lagi, ITU HANYA MAQAM SYARIAT DAN IKUT JLN SYARIAT KENA HARAP PADA SYAFAAT RASULULLAH UNTUK SAMPAI ITU JALANNYA... lagilah aku tak faham!

Saat jiwa aku bergelora, nafasku tertahan, hatiku mendidih.. aku hubungi sobat yang sudah lama tiada kedengaran khabar berita.  Aku tanyakan dia, wajarkah ayat di atas di sebut!!!  Aku memang perlukan dia untuk kepastian, apakah salah jalan yang kubawa...sudah menyimpangkah sudah gerakku....

Sebaris ayatnya yang seperti air dingin membasahi hatiku jangan geram2...nanti terhijab.  Relax je. Sebelum takbir maghrib di angkat, dia membalas pertanyaanku dengan jawapan yang memang aku harapkan....
Tak patut.  Sedangkan cawan bersih yang disimpan dalam almari akan dibersihkan sekali lagi atau di lap supaya bersih sebelum dituan air ke dalam cawan tersebut dan dihidangkan kepada tetamu.  Apatah lagi kalau cawan kotor.  BEGITU JUGA DENGAN HATI.  Walau bagaimana bersih pun hati tersebut, ia perlu disucikan melalui istighfar sebelum di isi dengan zikir.  Kerana hati yang dipenuhkan dengan zikir akan dihadapkan dan dihidang pada Allah Tuhan Rafiqul A'la sendiri.

Banyak ilmu yang aku kumpulkan....besarnya rahmat Allah...hebat betul hikmah di sebalik persoalan ini.  Kalau tak kerana soalan yang menyempitkan dada ni, aku memang tak berutus pesan dengannya meski hati nak berbuat demikian... Aku tahu bahawa kami harus menyantuni Allah.  Alhamdulillah...

Kami saling berbalas pesan tentang pesoalan ini yang dipanjang lebarkan tentang pelbagai ilmu ketuhanan yang tikanya sungguhnya menyesatkan.  Terkesan aku pada ayat pedasnya...bikin menyentak tangkai hati hamba yang alpa pastinya...Maaf... mereka umpama orang yang menyelam di lopak tetapi berbicara seolah menyelam di laut dalam.  Orang yang menyelam di laut dalam tak pernah meninggi diri....atau merendahkan orang lain.

Terakhir pada bicaranya sebelum aku ucapkan na'am... ntahlah, pelik2 orang ni..makin tinggi ilmu, makin pelik bawaannya!
Allah swt Maha Kaya.  Sifat Maha Kaya bermakna tidak berkehendakkan pada sesuatu.  Sifat kaya insan pula adalah tidak mengkehendaki sesuatu melainkan Allah Ta'ala.  Jika masih terhegeh2 mengejar duit, nama, harta, rumah besar,  bini cantik dll...maknanya orang tu belum sampai pada Allah. Kalau belum sampai, bagaimana nak dikatakan yang dia tau cara untuk cepat sampai pada ALlah.  ORANG KAYA ADALAH ORANG YANG SAMPAI SEBAB ORANG KAYA DAH TAK PERLUKAN APA PUN DI DUNIA INI MELAINKAN ALLAH.

Meskipun aku terlewat tidur...tidurku pulas...
aku lena dalam senyuman... bukan kerana aku menang tapi kerana aku bahagia...bahagia punya seorang sobat yang boleh menenangkan...
Inilah anugerah Allah yang terindah... 
Memiliki butir hikmah dari bicara itu adalah jauh lebih hebat dari memiliki sekujur jasadnya yang bakal menjadi makanan ulat... demi Allah dan Rasul

Terima kasih Allah..menjadikan aku hamba berbahagia..


Ahad, 9 Disember 2012

Pesanan Tetamu Istimewa Kedua(3)

Dititipkan lagi peringatan
pada diri yang leka....

Oh manusia....
tidak aku jadikan engkau
jika tidak kerana untuk dijadikan insan
bukannya haiwan

Tatkala kamu bergelimpangan dengan dunia
ingatkanlah akan kamu jalan pulang
Di masa kamu kegelapan

tatkala kamu di hujung kesesatan
di masa tiada tempat
untuk diminta pertolongan
ingatlah pada Allah jua
kamu sembah
dan padaNya jua
kamu memohon pertolongan

Kenangkanlah dosamu
sewaktu kamu ketundukan
agar kamu tidak mendabik diri
dan gah dirimu
yang sesungguhnya kamu itu lemah
tiada kuasa
tiada qudrat dan iradat
dan tiada semata
melainkan Aku jua

Dan inilah tempat
yang dinamakan dunia
tempat Ku ujikan padamu akan segala
untuk kamu mengetahui
dan sedar akan kewujudanNya
maka rebahkan
matikanlah dirimu wahai insan
dengan serah segala kekuasaanNya
tiada yang hidup melainkanNya
yang tidak dihidup
dan dimati
yang tiada di awal
dan diakhirkan

Yang menjadi rahsia segala rahsia
tidak akan diketahui rahsiaNya
melainkan diberitahu akan Dia
ketahuilah kamu semua akan Dia
hak Dia segala
walaupun duka
atau gembira
akan terhapus jua
Maka haruslah kita berserah segalanya
InsyaAllah bahagia

*********************
Semoga ini permulaan yang indah...
InsyaAllah



Pesanan Tetamu Istimewa Kedua (2)

Kuterima titipan dari seorang insan
yang seolah mengerti aku lagi mencari
dimana diri hanyut terbuang...

Hai insan
sudah Ku berpesan
sudah Ku kirimkan
Rasul dan Quran untuk panduan
ikutlah ia segala jalan
selagi berpanduan
InsyaAllah pasti terang
dan gemilangan

*******
Aku melawan bicara
pada Dia
menghantar lara

aduhaiii
itulah pegangan
meski datang pelbagai ujian
pesanan aku teliti
jalannya aku turuti

Pernah aku hampir tersungkur
lantaran kejamnya makhluk
tapi tidaklah diriku teruji
andai aku tiada dikasihi

Berpaling sejenaknya aku
dari Dia Ilahi
justeru aku dicuit dicubit
demi mengembalikan aku padaNya Dia
Kini
aku berdiri
meski tak mampu berlari
terima kasih wahai teman
hadir saat aku perlukan

Hanyalah dia yang mendengar
apa jua yang aku bisikkan
saat orang lain diulit mimpi indah
aku tersedu di ribaanNya
merayu meminta belas kasihan
Bawa aku pergi
kerana jiwa sudah tiada tertahan
aduhai hati
kenapalah walang
semua yang datang hanyalah ujian!




Pesanan Tetamu Istimewa Kedua (1)

Sedang asyik melayan rasa
menyelami apa mahunya jiwa
di mana titik bermula
di mana akhirannya
terdengar pesanan diterima

Deng
amalkan surah al kahfi deh...
Moga dijauhkan fitnah dajjal
dijauhkan u dari kesesatan
dan fitnah agama yang sesat

U ingat deh...
mulut membaca... lidah mengucap... hati bertasdiq
getaran jiwa terasa
apabila terucap
getaran tubuh menafikan segala
air mata mencucuri
hati dan jiwa bertaut
Moga dengan Allah u berpaut
***************
Setelah sekian lama
munculnya tiba2
kirimkan pesanan tidak terduga
buat hati tertanya2

Ini kejutan kedua
terdahulu menerima tetamu istimewa
setelah kunafikan pergantungan pada manusia
dia pula datang mengetuk rasa..

Haiiissshhh...
apapun..
bersyukurlah adanya
terima kasih, Allah
Semua yang datang dan pergi
sungguh indah.
Semakin cinta terasa
hanya padaMu jua
tiada kedua ketiga
dan seterusnya.....


Khamis, 1 November 2012

Tetamu Istimewa

Semakin mencari kedekatan dengan Allah...semakin diri diusik,dicuit...  Allah hu Akbar... semakin mencari reda..semakin banyak masalah menghimpit.  Hebat sungguh cara Allah mendidik...sehingga kadang-kadang fikiran ini menjadi sempit..tak boleh berfikir!
Bila masalah menghimpit, rasa seperti diri terbuang...lupa selama ini yang dibanggakan bahawa Allah tu amat sayang.. aduhai hati...kenapalah harus walang..
Bila istiqamah beramal..boleh membuat macam-macam kebaikan..terasa bahawa Allah itu sangat dekat lagi sayang...tapi bila datang macam-macam wayang.. Allah hu Rabbi... tak de hati pun dalam sembahyang.  Setakat menggerakkan lidah dan tubuh... ntah macammana la kamu ni....
Hari ini hati diusik pilu.. setelah lama tiada sendu.. hentakan ini sungguh keras bagi aku ... terasa tak mampu menanggung malu pada Penciptaku..  Aku mencari-cari diri...kenapa aku diuji... apa silap aku sampai begini.. 1 jari yang kupunya tak mahu aku tuding pada sesiapa kerana aku tak mahu lagi yang 4 lebihan menerpa.  Aku cari silap aku, cari di mana lalai aku sehingga air mata bertamu tetap jua punca tak aku temu...Aku harus berpaut kuat dengan Allah...tak putus lafaz la hawlawala quwatailla billah hil'ali yil'azeem.. itu penguat..itu pembakar.. enak sungguh bila diuji... lafaz seiring dengan air mata.. semakin kuat hentakan pada hati...semakin laju air mata mengalir... bukan senang nak menangis berterusan.. ermmm...hikmah..hikmah.. Alhamdulillah
Dalam kekalutan aqal mencari
Maha suci Allah, menghantar dia tetamu istimewa..
"kenapa awak hitamkan hati awak dengan kelalaian?"
"Hati hitam bukan setakat masalah hati, hati juga boleh hitam
kalau tak buat apa yang patut dibuat.
Syaitan dok suntik belalai selalu nanti"
Dalam kutuk dia memujuk...dalam ketawa dia mengena...dalam usikan dia mendidik...
Hari ini aku sedar...betapa mudahnya aku merajuk dengan keadaan
betapa mudah aku terlena dalam alpa
"Awak dah hidupkan hati, dah gerakkan roh
tapi lalai.... tidorq roh awak....
kena pulak tak bagi makanan roh..."
Hari ini aku dikejutkan dari lena yang panjang... terima kasih Allah menghantar dia tetamu istimewa..
Masalah telah terketepi...kerinduan pula menerpa...pada Allah kuserahkan segala...
Aku mahu menjadi seperti asiyah ...
segalanya diserahkan kepada Allah 100%
sebab dia tahu dia hambaNya
lemah, tiada daya
tiada upaya
tiada kuasa....
Aku merasakan keindahan bersahabat kerana Allah.....
"kalau saya...sy akan mohon Allah selesaikan masalah saya sebab Allah yang cipta masalah tu...saya tak berdaya langsung, hanya Allah tempat bersandar"
Alhamdulillah...ada orang mahu mengejutkan saat terlena,
mahu mengingatkan saat terleka
mahu memukul tika tersalah
mahu memujuk lantaran kecewa...
itulah nikmat yang Allah beri pada saya
hamba yang kerdil tiada upaya
rahmat jua yang aku pinta
untukku, dia dan kita semua
~uhibbuka fillah~