Memaparkan catatan dengan label SAKITNYA UJIAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SAKITNYA UJIAN. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Oktober 2014

Ujian Itu Hadiah Daripada Allah

Bismillahirahmanirahim
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw


Kejadian pada syurga dan neraka menunjukkan manusia ada dua kategori...  yang taat dan derhaka. Bukan tercipta neraka menunjukkan zalimnya Allah swt tapi itulah keadilanNya.  Pilihan di tangan kita, arah mana mahunya kita.

Demikian jua manusia ni dalam menerima ketentuan Allah.  Ada melihat ujian itu tanda Allah murka, ada melihat dari sisi Allah cinta.

Errrmmm... awat macam serius sangat bunyinya entri kali ni?  Sesungguhnya, menyebut tentang murka Allah, neraka Allah sungguh aku geruni.  Semoga Allah jauhkan kita semuanya dari siksa kubur juga siksa neraka yang tak terperi azabnya.

Ada sahabat yang sering merintih rasa sedihnya akan aku... melihat aku di uji saban waktu, dari usia remaja hinggalah tua sebegini (lom lagi bangka dan mudah2an tak sempat jadi tua bangka dengan kasih sayang Allah).  Kenapa perlu bersedih, kenapa perlu merintih.  Bukankah ujian Allah itu tanda Dia kasih?

Sebut saja apa ujian.... percintaan? Pertunangan? Perkahwinan? Persahabatan? Fitnah? Di umpat? Anak? Sihir? Gangguan jin? Gangguan manusia? Sakit? Duit yang banyak? Pekerjaan yang baik? dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan - QS 21 :35 Alhamdulillah...semua telah aku harungi.  Susah itu ujian, senang juga ujian.  Air mata?  Bohong kalau aku kata tak pernah gugur.  Aku pernah tidur dengan air mata, makan bersulam air mata, solat dengan air mata tetapi.... aku sentiasa cuba bertahan untuk titiskan air mata sedih aku pada suami atau kawan.  Tatkala rakan mengadu perihal mereka, sesekali air mataku bergenang sambil dalam hatiku berbisik, "aku juga sama.... cuma saja aku malu untuk mengadu pada awak".  Aku pernah berbalas pesanan dengan seorang sahabat tatkala aku sangat duka tapi kemudiannya aku menyesal dengan apa yang aku lakukan dan aku berjanji dengan Allah untuk tidak akan mengulanginya lagi kerana Allah.  

Susah?  Demi Allah dan Rasul aku menanggung kesusahan dan keperitan yang amat sangat pada semua yang aku lalui.  Ada ketikanya rasa tak tertanggung tapi mengenangkan pada pesanan Allah bahawa Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya - QS 2 : 286, hati aku menjadi sedikit lunak.  Aku telan dan telan semua keperitan tetapi sesungguhnya, aku peroleh kemanisan sesudahnya.  Benarlah janji Allah bahawa sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan - QS 94 : 5.  Allah bungkus ujian dan dikirimkannya kepada aku bersama2 dengan kemudahan padanya, subhanAllah.

Kini aku berhadapan dengan masalah sakit.  Adakah ini tanda kemurkaan Allah?  Tidak, aku tidak pernah merasakan Allah itu sedang murka tetapi aku sentiasa merasakan aliran kasih sayang Allah pada setiap aliran darahku, turun naik nafasku dan pada setiap denyut jantungku.  Barangkali ada yang terlupa, mari aku ingatkan tentang pesanan Kekasih agung Rasulullah saw :
Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala yang menimpa.  Dan sesungguhnya ALLAH ITU APABILA MENCINTAI SESUATU KAUM, MAKA AKAN MEREKA ITU DIBERI DUGAAN.  Oleh itu barangsiapa yang reda dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.
MasyaAllah tabarakAllah... tidakkah hadith ini mendamaikan, sayang.  Tidak hadith ini menyamankan, sayang... subhanAllah.  Allah kasih pada kita, justeru Dia titipkan ujian tanpa henti,  Sememangnya kita dihantar ke dunia untuk diuji Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk MENGUJI dan menzahirkan keadaan kamu : siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya - QS 67 : 2

Allah...Allah...Allah... ruginya wahai sahabat andai melihat Allah itu tiada kasihNya pada kita.  Ruginya kita salah faham pada percaturan hidup yang telah Allah rencanakan.  Istighfarlah.... Mohonlah kefahaman daripada yang memberi ujian, mudah2an kita menjadi hamba yang bersyukur. Yang kita hadapi ini hadiah Allah... hadiah!!! Raikanlah......

Para nabi, para Rasul... kehidupan mereka penuh dengan ujian.  Rasulullah melalui kehidupan baginda bagaimana?  Baginda kekasih Allah.... adakah Allah murka pada baginda sehingga baginda diuji tanpa henti?  Jadikanlah perjalanan baginda suri teladan... Siapalah kita ini jika dibandingkan dengan Rasulullah sehinnga kita enggan diuji?  Muhasabahlah....

Wahai para sahabat,
Bantulah aku dengan doa kalian, agar diberikan Allah untuk terus teguh bersama kesabaran, kekuatan dan kesyukuran.  Aku hanya mampu minta pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat - QS 2 :45.  Titipkanlah doa buatku tanpa pengetahuanku kerana doa seorang muslim untuk saudaranya (sesama muslim) tanpa diketahui olehnya adalah doa mustajabah.  Di atas kepalanya (orang yang berdoa) ada malaikat yang telah diutus.  Sehingga setiap kali dia mendoakan kebaikan untuk saudaranya maka malaikat yang diutus tersebut akan mengucapkan, "Amin dan kamu juga akan mendapatkan seperti itu" - HR Muslim

Buat sahabat2ku yang sedang diuji, diuji dengan kesenangan mahupun kesulitan, teguhkan kesabaranmu.  Kita hamba yang ternyata lemah, justeru rendahkanlah hati untuk memohon pertolongan dari yang memiliki kekuatan.  Marilah kita terus teguh dengan kesyukuran biar apa jua yang Allah titipkan. Ingat wahai sahabat2 yang diuji :
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang2 yang terdahulu sebelum kamu?  Mereka telah ditimpakan kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh).  Sehingga berkatalah Rasul dan orang2 yang beriman yang ada bersamanya :" Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" KETAHUILAH SESUNGGUHNYA PERTOLONGAN ALLAH ITU DEKAT (ASALKAN KAMU BERSABAR DAN BERPEGANG TEGUH KEPADA AGAMA ALLAH) - QS 2 : 214

Reda dan tersenyumlah.......

Selasa, 18 Disember 2012

Si Dia Beralih Kasih?


Membaca pertanyaan seorang sahabat tentang suami yg asyik dgn org lain sedang isteri sgt setia.....rasanya tidaklh aku hairan kerana itu lumrah kehidupan.  Lelaki sering diuji dgn 3TA  yg sulit untuk mereka kendalikan diri.  Ujian mereka, harTA, takhTA, waniTA.  Mereka sanggup berbuat apa sj demi mengumpul seberapa bnyk harta, memiliki takhta dan menakluk hati wanita.  Tak hairan kalau lelaki curang (wanita juga tak terkecuali) kerana masing2 gagal mengendalikan nafsu.  Hari2 makan nasi...mesti rasa jemu... nak juga makan mi atau western food.. hehehe... jadi macammana tu?

Isteri nak kena main peranan lebih dalam hal ni bg memenangi hati suami.  Lumrah, manusia mmg cepat jemu meski isteri tu baik macam malaikat!Kena lah agaknya hari ni bg suami nampak kita macam nasi, esok macam mi, lusa macam western food n tulat macam lain pulak.  Biar dia hari2 pandang berselera... nak buat macammana... tu teman idak le tahu sebab teman mcm gini je.... kalau suka, sila makan...kalau makanan di luar lebih sedap pergilah cari kalau tak sedar dosa pahala.  Bukankah Allah dah betfirman hanya kepadaNya kamu semua akan kembali.  Itu merupakan janji Allah yang benar dan pasti. 10 : 4

Kita ni kena la banyak muhasabah diri,kan...jangan asyik melihat salah suami.. pasti ada silap di mana2 dan kemudian boleh betulkan diri nak bawak2 berbincang kemelut dalam rumahtangga. Ye ke?? entahlah..hahahha... aku pun sekadar teori je nih...

Kita isteri, kalau suami curang...tenang2  je....sesungguhnya orang yang berbuat dosa itu tidak akan beruntung 10 : 17.  Kita nak kena berserah total kepada Allah..bangun malam, bertahajud, solat hajat..mintalah pertolongan daripada Allah... merayulah drngan Dia bersungguh2  agar kita d beri kesabaran. Kesabaran tu sangat penting..sangat ... supaya kita teguh menghadapi ujian Allah.


Harus kita ingat bahawa syaitan mendekati manusia dari pelbagai arah dan sentiasa mengindahkan perkara yang salah.  Syaitan jugak, kan yang selalu halang kita dari melihat kebaikan dalam segala hal.  Dengan sebab tu para isteri... suami jadi khianat dan habiskan hidup dengan mengejar kesia-siaan.  Kita nak buat apa ni? Nak menangis ke... eh..tak payahlah buang air mata cik nuuunnn... Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat  2:45

Allah yang sungguh pengasih, penyayang dah bagitau dah...tak usah sedih2 la sayang... ceriakan hidupmu.  Kita bergerak atas satu landasan yang dah ditentukan.. kita ni menurut perintah je... ayuh teruskan berjalan hingga sampai ke tempat yang dituju.. onak duri dan segala rintangan tu..harung je.. minta Allah tolong maka Dia pasti tolong la,sayang.

Kita cuba latih untuk sabar supaya kita dapat melihat kebaikan dalam semua peristiwa justeru dapat menunjukkan ketundukan dan percayanya kita kepada Allah.  Kalau rasa nak marah, nak baling segala apa yang ada di rumah, rasa nak bunuh diri... ingat.. syaitan sedang mengawal kita.  Jadi, nak buat apa? Dan jika datang syaitan menggodamu, maka berlindunglah kepada Allah.  Sungguh, Dia maha mendengar, maha mengetahui 7 : 200. Baca a'uzubillah banyak2..minta perlindungan dengan Allah... syaitan tu bukan sesapa pun...mahkluklah jua...lemah je dia..jadi pancung, kakak...pancung!


Ingat wahai diri... bila terlalu bergantung pada makhluk, asyik2 nak cerita kat kawan, bila kawan tak de untuk dengar masalah kita, kita lagi rungsing... kita telah ketepikan Allah.  Tanyalah pada diri wahai diri, yang nak selesaikan masalah kita ni, kawan ke Allah? Kalau jawapannya Allah, berpautlah dengan Dia kuat2.  Letakkanlah Dia di tempat teratas berbanding apa jua.  Kawan kita, Dia juga yang jadikan, sama macam kita jua... jadi berbaloi ke makhluk bersandar pada makhluk? Boleh cerita tapi berpada2lah... kawan boleh jadi lawan...tapi ALlah... kita lawan Dia, Dia tetap turunkan rahmat Dia.  Lebih baik..mengadu pada Dia.. orang tak tahu, bila orang tak tahu...cerita kita akan tersimpan kemas dan rapi tanpa sesiapa jua tahu kerana Dia tak akan sebarkan rahsia kita pada orang lain tapi kawan...kawan akan jadi lawan bila kita berbuat sedikit kesilapan.  Aku telah merasakan...ngeh...ngeh...ngeh... Apapun, ok la..sekurang2nya kawan begitu memberikan kita pengalaman untuk menjadi lebih baik... yeeeehhhaaaaaaaaaaa


Jadi wahai isteri yang telah dicurangi...Maka bersabarlah, sungguh kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa" 11 : 49


Terakhirnya...buat diri aku sendiri teristimewanya...buat yang membaca yang lara hatinya khususnya...

JAGALAH KECANTIKAN JIWA BUKAN SAHAJA KECANTIKAN FIZIKAL AGAR SUAMI MENJADI SAYANG...

psss.... memang sakit menghadapinya tapi ingat eh... Allah tu ada.. dekat sangat dengan kita. la tahzan Innallaha ma'ana.
Jangan jadi lemah hanya kerana lelaki,ok.. cool babe

Jumaat, 25 November 2011

Sekadar Berpesan2 Kepada Adik2

Firman Allah : "Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kedekut.  Apabila dia ditimpa kesusahan, dia berkeluh kesah dan apabila dia mendapat kebaikan, dia amat kedekut"

Amat benarlah firman Allah itu...


Begitulah kita manusia.. tanpa segan silu berkeluh kesah apabila diuji tanpa kita sedar...kita diuji kerana kita sedang diperhatikan.  Seharusnya kita bersyukur seadanya kerana masih dipandang Allah.  Apakah hilang semua masalah apabila kita berkeluh kesah... tidak...tidak sama sekali malah masalah akan bertambah dan bertambah.


Apa yang harus dilakukan?  Bukankah lebih baik, kita bermuhasabah...kenapa dan mengapa aku diuji.. tidak ada sesuatu kejadian pun yang Allah turunkan tanpa hikmah...


Aku bukan sesiapa...aku cuma seorang guru yang masih tercari2 sinar... aku pernah berada di lorong yang maha gelap...dan aku teraba2 mencari cahaya.  Dalam aku meraba2 laksana orang yang kehilangan mata, aku sering bertanya Allah... dimana cahayamu, Ya Allah...?


Hari ini, aku sering dikunjungi adik2 yang masih mencari2 diri (kunjungan mereka sebenarnya adalah ujian Allah untuk aku...aku sedar tu!).  Masing2 dengan masalah tersendiri tapi sebenarnya sama...MEREKA SEDANG DIUJI!


Aku tak terkecuali adik2...malah ujian aku amat berat sekali tapi aku sentiasa ingatkan diri aku akan firman Allah bahawa ujian yang Dia turunkan berdasarkan kemampuan hambaNya.  Jadi meski ujian itu amat berat, aku selalu katakan pada diri aku...Allah tidak pernah berdusta.  Aku direkrut dengan dahsyat sekali bersesuaian dengan permohonan aku... "tunjukkan aku cahaya dan aku terlalu ingin berkasih denganmu"


Ermmmm... kesudahannya...aku kehilangan suami, anak2, ibu bapa dan saudara, kehilangan pekerjaan jua.   aku hilang semuanya! Yang tinggal hanya aku...aku sendirian!  Boleh anda bayangkan????  Anda tak ada rumah untuk berteduh...rumah anda hanya kereta.. anda ke hulu ke hilir berkereta cuma untung saat itu...wang simpanan anda masih bersisa.  Ke mana anda nak tuju? Kepada siapa anda nak mengadu? Apa yang anda punya saat itu?


Ujian yang begitu berat aku lewati menjadikan aku semakin mengerti...sms aku sedang dibalas oleh Allah... Saat bersendirian begitu, aku punya masa yang sangat banyak dengan Allah...aku punya banyak masa untuk bertafakur..setiap saat aku hanya dengan Dia!


Kalau anda dizalimi, anda marahkah?
Tentu sangat marah,kan??
Tentu rasa ingin membalas segala keburukan orang pada kita,kan??


Apa yang boleh aku nasihatkan, jangan marah! yakinlah...bahawa Allah izinkan kita dizalimi kerana Allah ingin mendidik kita...Allah ingin memberikan kita sesuatu!  Andai kita reda, andai kita ikhlas... kita pasti akan menikmati buah sabar yang cukup lazat.. percayalah!


3 tahun aku dalam ujian... perit!!..tetapi aku tak pernah berkeluh kesah jauh sekali menyalahkan takdir .  Sudah tertulis, aku diuji sedemikian tupa... itu tarbiyah Allah swt...dan aku terima dengan reda meski aku hilang semuanya!  Allah tak pernah berdusta dalam janjiNya untuk orang2 yang bersabar... hari ini aku dapat menikmati semuanya... dengan lebih indah dari dulu!  Aku hanya berasa sakit, perit 3 tahun tetapi InsyaAllah...Allah akan memberikan aku kebahagiaan sepanjang usiaku... (aku sentiasa berbaik sangka dengan Allah)


Aku sangat bahagia hari ini dengan keadaan aku sekarang...
Bukan sahaja berkaitan hubungan dengan Allah tetapi dengan manusia jua...
Hari ini, aku semakin menikmati apa jua ujian yang Allah turunkan,InsyaAllah
kerana kekuatan aku untuk menikmati ujian itu cuma 1...
"Allah uji kita berdasarkan kemampuan kita"
Itu satu motivasi untuk aku terus kuat mengharung takdir...
Tiba saatnya, ujian itu pasti ternoktah!


Adik2... kenapa harus ditangisi pada masalah?
andai....kita kehilangan kasih sayang dia yang bernama kekasih..ingatlah dik... Allah mahukan yang terbaik untukmu.  Lelaki itu pasti bukan yang terbaik..Bukankah ALlah lebih tahu,  Kita sangkakan sesuatu itu baik untuk kita tetapi dalam pengetahuan Allah itu tidak...justeru Dia terbalikkan! jadi..la tahzan.. pandang af'al Allah dik...kamu akan lebih kuat.


Kenapa sehingga hari ini saya tak boleh ada anak sendiri kak?
Sulit sangatkah kamu mahu faham mesej Allah,dik...
Apa masalahmu sekarang?  Kamu sering sakit2,kan? Ada ketikanya kamu terbaring berhari2?  Suami sering ke luar kota kerana bertugas.  Bukankah Allah itu lebih tahu daripada apa yang kamu tahu jika kamu mengandung..jika kamu punya anak dalam keadaan kamu sekarang ni.


Kenapa ibu mertua saya tak boleh nak terima saya,kak?
Allah mahu mendidik hatimu,dik.
Allah mahu berikan kamu syurgaNya. Syurga Allah tu mahal harganya.
Lihat keadaanmu hari ni,dik... kamu kasar sangat meski kamu baik sebenarnya. 
Tidakkah dengan demikian, kamu berusaha memenangi hati ibu mertuamu.
Kamu akan masakkan dia makanan yang enak2, kamu akan berlemah lembut dengannya demi tidak mahu memancing masam wajahnya.  Kamu akan berusaha mengambil hatinya bersungguh2 dan hasilnya...nah! tidakkah berbeza kamu yang dulu dan sekarang?  Yang penting, kamu sudah bertudung dengan manis sekali demi memenangi hati ibu mertuamu hahahahha.... (bertudung dgn niat untuk mertua pada awalnya..InsyaALlah...akan datang buat semua tu kerana ALlah nanti. Ibu mertua hanyalah asbab) 


Allah mahu memberikan kita yang terbaik...justeru redalah pada apa jua yang Dia turunkan. Nikmatilah!  Kalau mahu menangis...menangislah tapi jangan berkeluh kesah.  CUba cari...apa Allah nak beri sebenarnya.. Allah tak pernah zalim,dik... yang zalim itu kita! Diri kita sendiri... Ayuh... kita belajar untuk reda...


Ingat...ada orang di luar sana yang sedang mengharungi ujian yang lebih hebat dari kita!