Memaparkan catatan dengan label SOMBONG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SOMBONG. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Mac 2013

Perlukah Sombong?

Bila tiba masa untuk ke pengajian, aku rasa nak terbang seawal mungkin atas 3 alasan
1.   Aku nak duduk di hadapan sekali dan menghadap Ustaz
2.   Aku tak mahu ketinggalan untuk mengaminkan doa Ustaz
3.   Aku nak dapatkan parking dengan mudah hehehhe.... (sungguh tak patut alasan ni)

Bila time balik...aku akan bergegas untuk keluar... sebaik salam dengan orang belakang, kiri dan kanan dan yang aku jumpa ketika nak keluar... aku akan menonong ke kereta sehingga pernah ditegur oleh seorang yang datang jual insurans di sekolah... "cikgu kalau jalan tak pandang kiri kanan!"  OOhhh... aku memang akan jalan selaju boleh...( Rasulullah kan jalannya laju... :-D ) sebab aku nak segera sampai ke kereta...
Alasannya:
1. Kereta aku di hadapan, nanti kalau lambat, orang belakang akan terhalang... zalim sungguh kalau aku pentingkan diri sendiri.
2.  Aku malas...nnti org tanya... sorang je ke? ergghh... ayat yg malas nk dengar (skrg p dgn kakak...selamatttt....tp kak... haiiilah... asyik tak terpilih ja semenjak 2 menjak ni,kak.. )

Demi nampak je kereta... aku terpandang sebuah kereta melintang di hadapan kereta aku.  OOhhhh... tidak! Kenapa dengan kereta ni! Aku pandang kakakku... "Haii lah... nak marah, baru habih kelas ni hehehhe... ujian kita ni! sabarq..sabarq.. orang ni nak cepat agaknya sebab dah terlambat sampai lagipun parking penuh!"  Kakakku hanya " haahlah za... !!!"  Dok la melengung sat... tapi tak sat la... lama sungguh aku menunggu dengan penuh sabar. huhuhuhu...sabar ka????

Tiba-tiba datanglah seorang ibu dan anak serta nenek...buka pintu kete dan masuk dalam kete.  Pandang kita pun idak... ye lah... mungkin nak cepat.  Datang pula si suami, duduk kat seat driver.  Tak berjalan lagi... rupanya dok tunggu sorang lagi.  Aku hanya mampu geleng2 kepala dan dok ingatkan diri... aku baru lepas belajar... tak boleh marah2...mesti sabar dan sabar!!!  Masuk ja perempuan tu dalam kete... kete pun bergerak pergi dan beri aku laluan untuk pulang.  Harusnya aku gembira sebab dah boleh balik tapi tak...aku tak gembira pun...aku jadi sedih pulak huhuhuhuhu.....Aku pandang kakak, kaka pandang aku...aku geleng kepala dia geleng kepala...aku kata "Ada jugak orang macam ni!" kakak kata apa pun aku tak ingat dah heheheheh... 

Begitukah ragamnya manusia....???  Aku tak berhajat pun ucapan terima kasih tapi salahkah kalau sekadar mengangkat tangan.... kalau pun nak jaga pandangan...tak nak terpenjara dengan melihat wanita, suruh isteri yang angkat tangan...atau angguk...atau cukup sekadar senyum!!! Ini tak...pandang pun tak... dahsyatnya si pencari ilmu.  Aku tak berhajat untuk membuka aib orang (aku tak sebut nama, tak bermakna buka aib la kot eh...) tapi aku berhajat untuk yang membaca jadikan ini pengajaran...jangan dok buat macam ni... tak elok!

tak naik jerawat aih kalau senyum sket tanda ukhuwah... tak stroke aih tangan tu kalau sekadar di angkat tanda terima kasih... aku tak faham dengan orang hadir ke majlis ilmu tapi tinggalkan majlis tanpa aplikasikan apa yang dipelajari sebentar tadi tentang tawadhuk...tentang ukhuwah... tentang hormat menghormati...

KENAPA MACAM NI ORANG KITA????

Selasa, 25 Disember 2012

Sombong Sungguh Kamu!

Sampai kepada ayat Katakanlah (Muhammad), "bersenang2lah kamu kerana sesungguhnya tempat kembalimu ke neraka" - 14:30

Serta merta terimbau kenangan lalu... suatu saat aku dikunjungi oleh seorang hamba Allah...
"Ustazah, saya ni tak sembahyang, tak posa tapi perniagaan ayam goreng saya kat pasar malam tak pernah tak laku.  Saya ada beberapa buah kereta, saya ada 2 buah rumah setakat ni, duit simpanan banyak juga!" (Jangan salah sangka, aku ni hanya cikgu tapi kerana pakaian aku, aku dipanggil ustazah)
"Maaf encik, saya ni bukan ustazah...tapi kenapa nak marah2 ni?" Berderau darah aku orang datang marah2 ni... tak tau apa sebab apa punca.
"Isteri saya datang sini,kan? Mengadu macam2 pasal saya,kan?"
Baru teringat.... 2 hari lepas ada isteri dia datang mengadu tentang keadaan rumahtangga yang sungguh tak tenteram dan aku yang direzekikan Allah 2 telinga ni...dengar sajalah apa yang diluahkan....

Aku terangkan satu2 kenapa dan mengapa isteri dia datang dan pelan2 aku cakap pada dia tentang kebesaran Allah n bila2 masa saja Allah tarik semua rezeki yang Dia beri kalau kita tak tahu bersyukur.  Tapi sebenarnya memang payah bercakap dengan orang yang telah terkunci hatinya ni....Dan Allah mengunci hati mereka sehingga mereka tidak mengetahui (akibat perbuatan) mereka - 9:93.

Aku sedar, cakap apapun dia akan tetap dengan melihat harta benda yang banyak walaupun dia tak melakukan taat kepada Allah Dan hati mereka telah tertutup sehingga mereka tidak memahami (kebahagiaan beriman dan berjihad) - 9:87

Penyudahnya aku hanya mampu katakan....kalaulah dengan harta itu buat encik rasa bahagia sehingga tak perlu bersyukur pada yang memberikan harta tersebut, encik teruskanlah dengan pendirian encik dan bersedialah untuk kehilangan anak dan isteri.  Nanti encik akan lihat, harta yang encik miliki lebih hebat atau yang menganugerahkan harta itu lebih kuat!"  Aku hanya tersenyum dan meminta diri untuk berlalu masuk ke dalam rumah. 
"Orang yang sembahyang pun tak hidup senang la,ustazah. Macam2 ujian juga diaorang dapat, sudahlah hidup susah!"

Biarkanlah mereka (di dunia ini) makan dan bersenang-senang dan dilalaikan oleh angan-angan (kosong) mereka, kelak mereka akan mengetahui (akibat perbuatannya) - 15:3

Aku berpaling dan merenung jauh ke dalam matanya:
"Orang beriman tidak pernah merasakan hidup susah kerana mereka sentiasa gembira dengan merasakan kehadiran Allah.  Encik diuji dengan anak isteri, encik hidup tak pernah tenang, encik sering naik angin tak kira masa, encik tak dapat tido malam dengan nyenyak, encik selalu rasa diri tak sihat, selalu rasa diri dikhianat orang... tidakkan itu penderitaan encik yang encik tak mampu nak lahirkan kerana sombongnya encik pada Allah? Saya tak berhak nak nasihat encik sebab diri saya pun tak ternasihat, encik banyak duit dan harta sedang saya hidup sederhana tiada harta.  Encik balik, encik lihatlah apa harta encik boleh buat untuk encik dan encik bahagia tak dengan segala harta yang encik miliki hari ni! Masa encik terlantar sakit beberapa bulan hari tu, apa harta encik boleh buat?  Masa tu baru encik sebut Allah hu Akbar,kan? Fikirkan eh....Saya minta maaf ye kalau saya berkasar dan tak dapat jemput encik masuk ke rumah.  Assalamualaikum"

Membulat matanya merenung aku dan aku hanya mampu mendoakan dia agar terima taufik dan hidayah Allah.

Entahlah eh... berhadapan dengan situasi begini dapat menginsafkan diri...betapa bongkaknya seorang hamba...Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang sombong - 16:23 semoga tidaklah termasuk kita dalam kategori mereka yang sombong yang dibenci Allah.
Bagi mereka yang melihat harta itu segalanya...terserahlah.  Tak perlulah kita cemburu pada kekayaan yang dimiliki oleh orang2 kafir dan mereka yang tidak beriman
Makan dan bersenang2lah kamu (di dunia) sebentar, sesungguhnya kamu orang2 durhaka - 77:49


Ahad, 22 Januari 2012

Sombong Ke Aku???

"Eh.... mana ada kita sombong...suka2 hati je nak cakap macam tu!" sambil menjeling marah...

Itulah antara ayat yang keluar bila orang kata kita sombong...eh...ye ke tak sombong.  Rasa macam tak sombong tapi orang kata sombong.  Kenapa ek...


Sombong maksudnya orang tu anggap diri dia hebat, besar la sangat... orang lain semua tak dak apa2..semua hina dina...semua orang dipandang rendah...dia je le yang segalanya!

Sabda Rasulullah:
"Sesungguhnya Allah swt adalah maha indah dan menyukai keindahan.  Sifat sombong adalah mengabaikan kebenaran dan memandang rendah manusia yang lain"

Kita pasti pernah jumpa kan...orang yang selalu pandang orang tak betul...orang tu tak betul..orang ni tak betul.. sampai ada yang berani..ulama' pun tak betul. erkkkk.... memang le ada ular dalam semak tapi orang yang tawadhuk tu... orang yang tak de apa2 pun dalam hidup dia tu...rumah dia pun biasa2 je sedangkan dia orang luar biasa... kita nak kata macam2 ke?? OOpppssssssss... memang le, kan... dia je yang betul, ilmu dia je yang betul! Apa nak katakan! tadah je le telinga hahahha... tunggu kat neraka sok...telinga kita dituang timah cair... ermmmm... orang macam ni selalu memandang perkataan orang lain tu satu yang melucukan.. meski dalam hati penuh bara!  kenapa nak begitu?  sebab dia sudah pasti tak mau mengakui perkataan orang lain kerana padanya...tiada suatu pun yang baik melainkan perkataanya sendiri.  susah jugak, kan?

Kadangkala boring dengan orang macam ni... kalau kita makhluk ni pun boring...Allah apatah lagi,kan.  Berani2 dia nak pakai selendang Allah...eh..tak takut ke ambil hak Allah... ??? Allah marah karang...macam2 musibah lak Allah turunkan demi nak sedarkan kita yang kita dah buat salah.  Bila Allah bagi sakit, kena le muhasabah diri... kenapa Allah berikan ujian sebegitu.  Allah sedang nak naikkan darjat kita ke, Allah sedang berikan peringatan ke.. muhasabah..muhasabah!  Kalau sebelum ni kita asyik muhasabah orang lain, cuba hari ni kita muhasabah diri kita pulak.  Janganlah kita salahkan orang lain kerana kita sakit.  Orang tu buat le, orang ni kirim barang le... ergghhhh... fikiran Melayu ni kadangkala kena buang... Allah tak pernah jadikan sesuatu tu sia2...percayalah!

Sombong ni tak ke mana pun, bukan kita boleh tembus bumi...setinggi gunung pun kita tak sampai!   Allah tak suka orang sombong...bila Allah tak suka, susahlah! Zikir siang malam pagi petang, ke sana sini cari ilmu, kadangkala rasakan diri kita sudah sampai tahap guru tapi sombong kita tak boleh nak dibuang.  Zikir dah meresap ke hati ke,sayang????

Firman Allah:
"Masuklah kamu ke pintu2 neraka jahanam sedang kamu kekal di dalamnya.  Maka itulah seburuk2 tempat bagi orang2 yang sombong."



JOM...BILANG TIDAK PADA SOMBONG....  SMILE! ;)