Memaparkan catatan dengan label NAK MENANG?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NAK MENANG?. Papar semua catatan

Ahad, 13 November 2011

Ada Peringatan Ke Tentang Bahaya Ikut Nafsu Ni?

Mahunya tak ada... ! ada...ada...

"Nampakkah engkau (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhan yang dipuja lagi ditaati?  Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?" - Al Furqan :43

Mana satu Tuhan ni??? Allah ke nafsu??? Fikir...fikir...


Kenapa kita jadi zalim?  Dera anak., bunuh orang, sepak binatang, tinggalkan mak bapak tepi jalan.....

"Bahkan orang2 yang zalim itu menurut hawa nafsu mereka dengan tidak berdasarkan ilmu pengetahuan." - Ar Rum : 29

Cukup? Nak lagi...boleh...yang ni lebih best dan ramai yang buat...

"...Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami berikan kepadanya pengetahuan mengenai ayat2 (kitab) kami.  Kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar daripada mematuhinya, lalu ia diikuti oleh syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah ia daripada orang2 yang sesat.
Dan kalau kami kehendaki nescaya Kami tinggikan darjatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat2 itu.  Tetapi ia bermati2an CENDERUNG KEPADA DUNIA dan MENURUT HAWA NAFSUNYA.  maka bandingannya adalah seperti anjing.
Jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya termengah2 dan jika engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya termengah2...." - Al A'raf : 175-176

Panjang sangat ye...tak boleh nak buat apa lah... sebab ini ayat al Quran...tak best la potong2... baca dan fahamkan... tentang apa ni?


sikit lebih kurang, tidak akan hilang sesuatu jalan hidayah yang dibukakan oleh Allah kepada hambaNya dan
tak juga ditarik semula sesuatu kebaikan yang dikurniakan ke atasnya melainkan....
dia turut hawa nafsu...
Salah sendirilah,kan.....???
Ringkasnya.... perbuatan yang tak sahut seruan hidayah dan kebenaran sebabnya kerana ikut hawa nafsu.... jalan dah terbuka tapi tak mau ikut sbb nak jadi kaldai.... apa nak buat!

Bahaya Ke Nafsu Ni?

Bahaya ke? Lagi mau tanya.... Mau tak bahayanya.... hancur hidup dunia akhirat....


ce tengok bahaya tak bahaya....


Katakanlah kita beriman...bole le setakat nak buat yang wajib2 tu contohnya solat....
Ingat nafsu nak biar? Oho...tidak..tidak.. nafsu takkan biarkan!  Kita dah boleh solat, nafsu sudah hampa tapi dia tak putus asa!   Dia akan buat kita jadi riak, jadi takbur, besar diri,, 'ujub... tak ke bahaya tu?????
Ingat! Syaitan sentiasa ada di belakang nafsu....


Dok sembang2... cerita le tentang buat itu, buat ini, malam bangun buat tahajjud 12 rakaat, tambah sunat tasbih lagi, baca quran lagi..pergghhhh.... kiranya dia sorang je le yang bangun beramal....(apatah lagi yang dengar dia cerita tu orang kurang amal)..  ermmm... nampak tak bahayanya nafsu ni???


Yang malas nak bangun dari meja makan sedangkan azan dah bunyi setengah jam yang lalu tu punca dari apa kalau bukan dari nafsu yang suka berehat2....


Dah lelap mata, jam loceng bunyi tanda dah jam 3 pagi... boleh ke bangun... boleh..kalau raja bertegas nak bangun tapi nafsu kata tidur...maka tidurlah kita..kerana kita sedang ditunggangi nafsu.. huhuhu.... cedih!


Tu pasal solat....kalau harta?
mana datangnya rasuah kalau bukan dari nafsu nak kaya...??? betul?


eh....paling mudah...bab makan je le....
contoh sy le yang konon2 nak diet hahahahhaha.....
dah berazam ni, tak nak makan malam...
tetiba
nampak sambal tumis sardin...alamak aiiii....itu kegemaran nafsu...jadi... apa lagi
pulun le makan jangan tak pulun hheheheh...
tak ke itu iktu nafsu namanya...
jadi apa bahayanya...makan je le...
bahayanya dah tentu badan bertambah kembang...akan jadi malas, badan berat....
bila badan berat..nak tido je...jadi bila masa nak beramal...


yeeeeeeeehhhaaaaaaaa  syaitan mula menjerit...

Macammana nak buat ek supaya senang bangun malam?  Nak tolak nafsu ni jauh2?  biar nangis syaitan2. 
Ala... mintalah pertolongan Allah...sape lagi boleh tolong?
Bacalah La haulawala quwataillah billah hil a'li yil'azim... baca, baca dan baca terus baca sampai kita dapat kekuatan.
Tak percaya? Cuba buat!

JANGAN BIARKAN NAFSU MENANG KERANA KITA HARUS MENANG DEMI MENDEKATKAN DIRI DENGAN PENCIPTA KITA!

nafsu

Nafsu sangat berkait rapat dengan hati.   Kan ke nafsu ni tentera hati... :)


Sebut nafsu....pasti nampak kejahatan
Nafsu ni tamak...kikir..ishhhh.... buangkan le nafsu ni jauh2....


Jahat nafsu ni...suka ambil kesempatan...apatah lagi dapat sokongan padu daripada syaitan.
cuba tengok maksud dari surah Yusuf :15
"Dan tidaklah aku berani membersihkan diriku, sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan."

Nafsu ni pandai memujuk...dia akan pujuk hati (Raja)... kalau raja tu lemah, tak kuat... habislah!

Tak de orang yang bertengkar melainkan untuk memenangkan nafsu sendiri
Tak de orang yang bermusuhan melainkan dengan orang yang memusuhi nafsu dia

Nak tengok contoh HAMBA NAFSU?
 Orang ni akan gembira dengan apa yang nafsu dia suka
sedih dengan apa yang nafsu dia sedih
selalu harap sesuatu yang diharapkan nafsu
perasaan pun sama le gayanya.... bak kata...bersahabat baik dengan nafsu le kiranya.. BFF heheheh
Akhirnya jadilah dia hamba nafsu yang patuh dan taat pada suruhan dan bergerak dengan ditunggangi hawa nafsu sendiri.....
jadi mcm keldai la pulak gayanya kita... kan...kan....

Doa Aabdul Rahman bin 'Auf r.a
"Ya Allah, jauhkanlah daku dari kebakhilan nafsuku."


maksudnya, bila dijauhkan dari kebakhilan nafsu, tidaklah dia mencuri, tidak berzina dan tidak akan melakukan apa kejahatan pun...


P/S
raja kita kan ada tentera bernama aqal... gunakanlah aqal ni betul2 buat lawan nafsu...mesti nafsu kalah punya..... baru hati yakni raja jadi sihat...

DAPAT KAWAL NAFSU... MENANGLAH KITA!

Hati

- Rumah besar macam tu sekali padahal gaji bukan banyak pun.  Mesti buat keja tak elok!

- Apa la bos percaya sangat dengan dia tu. Bos tak tahu ke time bos tak de, dia selalu keluar?

- Kalau tak sabit guna bomoh..tak de le kedai dia maju sampai macam tu sekali....

Kenapa agaknya ayat2 terebut keluar dari mulut kita?
DENGKI, kan?
Tak suka tengok orang senang, hati sakit je....
Lalu dapatlah kita penyakit hati.


Sabda Rasulullah :
"... ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad ini ada seketul daging.  Seandainya dia baik,maka baiklah jasad seluruhnya dan seandainya dia rosak maka rosaklah jasad seluruhnya.  Ketahuilah, dia adalah HATI"

Hati kita kan raja... Raja yang berkuasa perintahkan tentera2nya seperti akal, nafsu dan anggota. Tentera tunggu arahan je... bila raja larang....tentera berhenti le dari melakukan.  Bila disuruh, tentera pun mulakan le tugas.  Mudah,kan?

Buat apa nak dengki2... Orang yang kita dengkikan tak de apa2pun malah terus maju dan maju, harta tak kurang sedikitpun kerana dengki kita tapi kita... bukan saja dapat penyakit hati, selain kemurkaan Allah malah boleh dapat sakit darah tinggi...tak pun jantung.  Mana taknya, malam tak boleh tidur...asyik dok fikir macammana nak buat supaya orang yang kita dengkikan jatuh! Rugi kita,kan.  Bukan saja rugi kat dunia ni malah akhirat jua. 

Ayuh...kita kuatkan raja kita.  Tak payahlah dengki2... tak dapat untung satu sen pun... hehehehhe.....

BILA KITA DAH MAMPU KENAL HATI KITA, KAWAL HATI KITA.... MENANGLAH KITA!