Ahad, 13 November 2011

Hati

- Rumah besar macam tu sekali padahal gaji bukan banyak pun.  Mesti buat keja tak elok!

- Apa la bos percaya sangat dengan dia tu. Bos tak tahu ke time bos tak de, dia selalu keluar?

- Kalau tak sabit guna bomoh..tak de le kedai dia maju sampai macam tu sekali....

Kenapa agaknya ayat2 terebut keluar dari mulut kita?
DENGKI, kan?
Tak suka tengok orang senang, hati sakit je....
Lalu dapatlah kita penyakit hati.


Sabda Rasulullah :
"... ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad ini ada seketul daging.  Seandainya dia baik,maka baiklah jasad seluruhnya dan seandainya dia rosak maka rosaklah jasad seluruhnya.  Ketahuilah, dia adalah HATI"

Hati kita kan raja... Raja yang berkuasa perintahkan tentera2nya seperti akal, nafsu dan anggota. Tentera tunggu arahan je... bila raja larang....tentera berhenti le dari melakukan.  Bila disuruh, tentera pun mulakan le tugas.  Mudah,kan?

Buat apa nak dengki2... Orang yang kita dengkikan tak de apa2pun malah terus maju dan maju, harta tak kurang sedikitpun kerana dengki kita tapi kita... bukan saja dapat penyakit hati, selain kemurkaan Allah malah boleh dapat sakit darah tinggi...tak pun jantung.  Mana taknya, malam tak boleh tidur...asyik dok fikir macammana nak buat supaya orang yang kita dengkikan jatuh! Rugi kita,kan.  Bukan saja rugi kat dunia ni malah akhirat jua. 

Ayuh...kita kuatkan raja kita.  Tak payahlah dengki2... tak dapat untung satu sen pun... hehehehhe.....

BILA KITA DAH MAMPU KENAL HATI KITA, KAWAL HATI KITA.... MENANGLAH KITA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan