Memaparkan catatan dengan label MURAQABAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MURAQABAH. Papar semua catatan

Rabu, 14 Disember 2011

Perincian Tingkatan Muraqabah

Kalau dah faham apa tu muraqabah...kita kembangkan sket pada tingkatan muraqabah.  Bukan rumah je bertingkat2...muraqabah pun ada tingkatnya hehehhee

Kita sentiasa berwaspada, kita sentiasa ingat supaya tidak tergelincir daripada kehadiran kita kepada Allah....ini namanya MURAQABAH QALBI

Kita sentiasa berwaspada serta peringatkan roh supaya selalu merasa kita dalam pengawasan serta diintai Allah... ini namanya MURAQABAH ROH

Pengawasan dan peringatan rahsia, kita selalu ingatkan diri kita supaya selalu tingkatkan amal ibadah serta perbaik tingkah laku...ini namanya MURAQABAH SIRR

Carilah guru yang boleh mengajarkan kita muraqabah...bersendirian melakukannya agak payah kerana muraqabah perlukan cara,perlukan latihan. Sehinggalah kita semakin kusyuk melakukan ibadah...saat itu kita pasti merasakan kehampiran kepada Allah.  Kalau mendalami tasawuf, InsyaAllah... akan dapat cara yang betul dalam bermuraqabah.  Adab, akhlak dengan Allah nak kena jaga...kalau tak jaga...kita bukan semakin mendekat dengan Allah sebaliknya...kita akan semakin jauh!

Kita melakukan ibadah, pada masa yang sama harus jaga adab atau akhlak atau perilaku kita di hadapan Allah..InsyaAllah..itu akan jadi wadah kedekatan dan dapat hubungkan hamba dengan Khaliq.  Last sekali, puncak dia...kita akan dapat rasakan bahawa Allah di hadapan kita setiap detik.... bestkan?  Pasti malu untuk buat yang tidak2 waima nak asyik masyuk ngan kekasih hati hehehehhe...

InsyaAllah... nanti akan kucatatkan apakah hasil muraqabah... Semoga Allah memudahkan dengan memberikan tubuh badan yang sihat, aqal yang afiat
tambah akan aku ilmuMu, ya Allah...

Cerita Berat Sket Tapi Semoga Bermanfaat

Mungkin agak berat catatan kali ni tapi rasanya... dapat menjawab tentang muraqabah sebab ini perlu sebenarnya.  Bermuraqabah tidaklah mudah tapi memerlukan latihan sebenarnya.  buat berkali2 sehingga capat tingkatan jiwa.  Ni dari pengalaman sendirilah...ambil masa tetapi nikmat bila mendapatkannya.  Nak2 bab mematikan diri ketika solat... apapun..aku cuba bagi serba ringkas tentang muraqah ikut apa yang aku faham dari ilmu yang diturunkan pada aku.  Kalau sahabat2 ada tambahan, silakan....

Kenapa orang berzina?  Kenapa orang mencuri?  Kenapa orang menipu? semua kerana kelalaian manusia...terlupa bahawa mereka sedang diawasi!  Kenapa manusia lalai? Punca utama sibuk uruskan hal dunia selain terlalu banyak dosa yang telah biasa dilakukan.

Guru aku cakap mudah, muraqabah itu fahamnya mengawasi... ada juga yang sebut intai mengintai.  Susah juga nak faham mulanya...mengawasi yang bagaimana.  (otak lembab le sket) Cerita punya cerita punya cerita...aku akhirkan dapat kaitkan dengan maqam Ihsan.  Kalau fahamkan bebetul, muraqabah ini bersumberkan dari ajaran Ihsan (Ingatkan kan, cerita Jibrail yang turun bertemu Rasulullah? tingkatan iman kita capai kesempurnaan bila kita melaksanakan ihsan tersebut)

Kita tahu dan yakin Allah itu ada dan selalu melihat kita dan dengan demikian kita meyakini bahawa Allah tu Maha Melihat dan selalu mengawasi kita.  Tak de sorang pun dalam dunia ni yang terlepas dari pengawasan serta penglihatan Allah.  Kita je... sama ada sedar atau tidak kita ni sedang diawasi!

Bila kita bermuraqabah, pasti akan tertanam dalam hati kita yang paling dalam bahawa Allah itu selalu melihat, mengawasi, memantau dan meneliti kita sebenarnya di mana pun kita berada, dalam tidur atau jaga...

Bila sampai satu tahap, kita nak buat yang salah...kita mula fikir, eh..orang tak nampak tapi Allah nampak apa aku buat nih...
atau
ada orang hulur duit bawah meja...orang tak nampak pun tapi kita takut nak ambil sebab kita tahu yang Allah tu sedang melihat kita
nah... kita sudah menghayati muraqabah kerana kita merasa di awasi, diteliti dan dilihat Allah...

bersambung......