Rabu, 14 Disember 2011

Perincian Tingkatan Muraqabah

Kalau dah faham apa tu muraqabah...kita kembangkan sket pada tingkatan muraqabah.  Bukan rumah je bertingkat2...muraqabah pun ada tingkatnya hehehhee

Kita sentiasa berwaspada, kita sentiasa ingat supaya tidak tergelincir daripada kehadiran kita kepada Allah....ini namanya MURAQABAH QALBI

Kita sentiasa berwaspada serta peringatkan roh supaya selalu merasa kita dalam pengawasan serta diintai Allah... ini namanya MURAQABAH ROH

Pengawasan dan peringatan rahsia, kita selalu ingatkan diri kita supaya selalu tingkatkan amal ibadah serta perbaik tingkah laku...ini namanya MURAQABAH SIRR

Carilah guru yang boleh mengajarkan kita muraqabah...bersendirian melakukannya agak payah kerana muraqabah perlukan cara,perlukan latihan. Sehinggalah kita semakin kusyuk melakukan ibadah...saat itu kita pasti merasakan kehampiran kepada Allah.  Kalau mendalami tasawuf, InsyaAllah... akan dapat cara yang betul dalam bermuraqabah.  Adab, akhlak dengan Allah nak kena jaga...kalau tak jaga...kita bukan semakin mendekat dengan Allah sebaliknya...kita akan semakin jauh!

Kita melakukan ibadah, pada masa yang sama harus jaga adab atau akhlak atau perilaku kita di hadapan Allah..InsyaAllah..itu akan jadi wadah kedekatan dan dapat hubungkan hamba dengan Khaliq.  Last sekali, puncak dia...kita akan dapat rasakan bahawa Allah di hadapan kita setiap detik.... bestkan?  Pasti malu untuk buat yang tidak2 waima nak asyik masyuk ngan kekasih hati hehehehhe...

InsyaAllah... nanti akan kucatatkan apakah hasil muraqabah... Semoga Allah memudahkan dengan memberikan tubuh badan yang sihat, aqal yang afiat
tambah akan aku ilmuMu, ya Allah...

2 ulasan:

  1. soalan ni yang payah nak jawab...

    kalau nak cari guru, biarlah guru tersebut boleh rawat rohani kita... dia tahu bila rohani kita sakit dan tolong rawat. Ingatkan kita saat kita alpa.. dia punya mata hati yang padanya penuh nur...

    ermmm... kalau kita rajin cari, rajin bertanya, rajin ke kuliah2.. jumpa nanti,InsyaALlah

    BalasPadam