Memaparkan catatan dengan label SAHABAT RASULULLAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SAHABAT RASULULLAH. Papar semua catatan

Khamis, 15 November 2012

Abdullah Dzul Bijadain

Tiba-tiba cemerlang mataku
saat mereka diulit mimpi
teralih mindaku
kepada Allah yang satu
pada Dia hatiku terpaku
Sendiri di birai katil
terimbau aku padanya dia
tersemat di ingatan tak pernah mati
lantaran kasihnya Rasulullah akan dia
saat dia dibenci
diburu kerabat sendiri

Andainya aku bersama
turut berserta
menyaksikan kasihnya Rasulullah
betapa cintanya Allah akan dia......

ABDULLAH DZUL BIJADAIN
pemilik dua kain
yang asalnya satu
pemberian ibu
Satu disiat untuk bahagian atas
satu lagi bagi menutup pada bawahnya

Sungguh dikau kaya harta
ihsan paman derhaka
tapi miskin sesudahnya
hanya kerana meninggikan Islam
Sungguh tiadalah kau miskin iman
kau kaya dengan kasih sayang
juga kecintaan
Rasulullah kekasih Allah

Engkau terusir
bersama kelaparan
ditelanjangi tanpa kasihan
hanya kerana kalimah tauhid
Laa ilaaha Ilallah
Muhammad Rasulullah

Nyata miskin di mata makhluk
hakikat kaya pada pandangan Allah
Saban hari
hatimu di isi cinta
dituang kasih sayang
oleh baginda rasul
rahmat Allah melimpahimu
pada setiap turun naik nafasmu

Kau di jemput Allah
saat kau miskin harta
tika kau kaya iman
Tangan baginda yang mulia
menggali penginapanmu
Detik kau di baringkan
menuju penghidupan abadi
tangan rasulullah yang mulia
mesra di pipimu
sedang air mata mulia baginda
bercucuran membasahi
bukan sj pada wajah cemerlang baginda
tapi basah di pipimu  jua

Berbahagialah dikau
wahai Abdullah
mendapat redanya baginda
kerana reda baginda
redalah Allah jua
akan dirimu wahai Abdullah
Tenanglah engkau di sana
bersama kebahagiaan
yang tak pernah akan sirna


ANDAI SAJA..... YANG DIKUBURKAN ITU AKU...
ALLAH....