Memaparkan catatan dengan label MAJLIS ILMU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAJLIS ILMU. Papar semua catatan

Khamis, 10 Disember 2015

Penawar Bagi Hati

Sedikit sedutan dr pengajian tauhid n penawar bg hati :
-Dia itu Allah.. 
Apa Dia beri jangan persoalkan...
Tak payah nak banyak-banyak komen!!

Allah suruh buat amal, buat je
Tak payah nak banyak-banyak soal

FAHAMAN SESAT dibawa oleh orang yang jahil, bodoh dalam agama!!
Samakan Allah dengan makhluk:
Kata Allah itu bertempat
- Bereskan -syariat
                  -tauhid
                  -tasauf yg asas
dh beres, baru cebur diri dalam tareqat.

Kalau tak ada penapis... bimbang nanti terima je apa yang orang cakap
Sampai ikut yang sesat sebab nampak macam betul...
Orang yang cakap pakai jubah serban.
Anggap cakapnya betul.
Sebab apa? Penapis tak de... mana dapat nak tengok hampas bagai...
- tareqat bagus, ada amalan khusus untuk sempurnakan amal

Ada amal - zahir
                - bathin
Ada guru bimbing
Ada bacaan khusus pagi petang siang malam untuk jaga hati
- bersyariat tanpa tareqat boleh sampai kepada Allah...tak ada masalah
Cuma kalau tareqat ada khususiat
Masa nak lagho tak de... sebab ada amalan kena bawa.
Masa tak berlalu sia2

APA YANG PERLU... PASTIKAN ADA PENAPIS SUPAYA KITA NAMPAK MANA YANG BETUL DAN MANA YANG TAK BETUL!!
jangan main hentam semua tareqat sesat!
Kopek kulit betul2... baru dapat isi...
Baru boleh jinak2 dengan ilmu keTuhanan


JANGAN tinggalkan yang wajib untuk buat yang sunat
Contoh : malam tu ada majlis ilmu dan zikir...
Kita tak pergi majlis ilmu sebab nak pergi majlis zikir
Nyatalah: TEPERANGKAP SUDAH DALAM JERAT SYAITAN

-fokus sunat tanpa qada' = terpedaya dengan syaitan
Yakin ke solat tanpa ilmu Allah terima?
Mesti buat ansur2...jgn tak buat langsung. Mudah2an  Allah brbelas kasih ampunkan

- wajib belajar - feqah
                        - tauhid
                        - tajwid
                        - tasawuf
TAK BELAJAR... BERDOSA!!

-Tafsir dan hadith fardhu kifayah. Sorang buat yang lain tak payah... tapi kalau belajar lagi bagus la
- bila sebut WAJIB.. tak bole tinggal.
Kuat sedekah mcmmna pun,
Allah tetap tuntut
-akidah
-solat
-hal2 wajib TERMASUK BELAJAR ILMU
- Bahagikan masa untuk yang wajib2....
tak ada istilah nanti untuk yang wajib!!
Letakkan ilmu tu tinggi dlm hati
- klu tak belajar....
Mcmmna akidah nak betul?
Mcmmna solat,puasa dan yang sama waktunya nak diterima Allah?
Mcmmna nak baca quran dengan betul tak belajar tajwid
Mcmmna nak bersihkan hati kalau tak belajar tasauf
Allah tu bersih..suci... tak terima yang kotor2 (sy tambah dari ilmu guru2 terdahulu)
Saya kulluhumkn 2 pengajian...
Sikit je sedut...
Mudah2an  brmanfaat

Sabtu, 6 April 2013

Pilihan Allah

Rasulullah bersabda, "Barangsiapa merintis jalan mencari ILMU maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga"

hebatnya ilmu.... mau akhirat dengan ilmu, mau dunia juga dengan ilmu... tapi percayalah.. betapa susahnya nak istiqamah dalam mencari ilmu.  Mana tidaknya, inilah salah satu perkara yang paling tak disukai oleh si etan2 yang berkeliaran, yang duduk di kiri kanan, depan belakang... bukankah syaitan itu paling takut orang berilmu berbanding dengan si abid... yang duduk berteleku atas sejadah sepanjang masa.

Menuntut ilmu itu wajib bagi kita muslim tapi kenapa masih ramai yang enggan jejakkan kaki ke majlis ilmu.  Kenapa majlis ilmu sepi ... lupakah akan pesanannya kekasih agung?
"Menuntut ilmu wajib atas tiap muslim" 
Sibuk sangatkah dengan dunia hingga tak punya masa untuk duduk sekejap menghadap wajah guru. 

Setiap kali keluar dari rumah, hati aku memang senang sekali demi teringat akan hadith Rasulullah
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka dia berada di jalan Allah sampai dia kembali" 

Perkara yang baik memang susah untuk kita lakukan kerana kita selalu kalah dengan nafsu.  Kita tak pernah mampu pecahkan nafsu dan menginjak2 nafsu lantaran lemahnya kita.  Hati rasa membuak2 ingin ke majlis ilmu tapi bila tiba masa untuk pergi... dari dalam diri terlahir seribu satu macam alasan tapi benarlah... KITA BUKAN PILIHAN ALLAH....
Kenapa tidak dipilih Allah... harus muhasabahlah... lihat apa silapnya dengan ALlah hingga Allah tidak memilih kita.  

Doaku tak pernah putus agar aku yang sentiasa berdosa ini sentiasa menjadi pilihan Allah. Aku ini lemah justeru sangat berhajat pada yang maha kuat.... 

Aku ingin menyahut seruanmu wahai Rasulullah....untuk melunaskan perkara wajib ke atas diriku...
Aku ingin bersenang2 di bawah sayapnya para malaikat...

"Selamat datang wahai orang yang menuntut ilmu, sesungguhnya para penuntut ilmu itu akan dinaungi oleh sayap-sayap para malaikat yang saling bertindihan satu sama lainnya sampailah ke langit dunia, ini kerana kecintaan mereka kepada orang menuntut ilmu"


Jumaat, 8 Mac 2013

Mencari Ilmu di Baitul Qura'

Bila orang bertanya...aku tak risau ke sebagai kakitangan kerajaan pergi belajar di Baitul Qura' aku jadi hairan. Kenapa?  OOhhh... pondok tu rupanya dikatakan dipunyai oleh orang PAS.  Aku dengan rasa tak bersalahnya cuma cakap....kalau UMNO atau PKR  atau sesiapa saja yang sediakan pengajian agama yang bagus...yang 1 hadith boleh dikupas berminggu2... 3 ayat al Quran dikupas tidak selesai dalam masa 1 jam setengah, aku tak pernah akan lepaskan peluang. Aku akan pergi biar siapapun penganjurnya... aku tak kisah itu ustaz PAS atau UMNO...tak peduli!!!

Ya, aku bekerja dengan kerajaan...tetapi adakah dengan demikian aku tak boleh menuntut ilmu dengan orang yang tidak memihak kepada kerajaan?  Apalah dosanya ilmu?  Aneh lagi pelik bertambah ajaib semua ni... ni semua POYO hahahahhahah... POYO tu apa eh... ehhehehehhe....

Di Baitul Qura' aku dapat bertemu mata dengan Syeikh Nuruddin Marbu al Banjari...belajar hadith 40 aku bisa bertemu dengan Baba Li dari Thailand..belajar tauhid. Maknanya berguru dengan mereka...MasyaAllah Tabarakallah.... bukankah itu suatu nikmat... Bukan itu saja... Baitul Qura' juga yang hadirkan Habib Umar, Habib Abdur rahman yang semuanya ahlul bait.... hadirkan juga melaut manusia dengan membawa Ustaz Azhar Idrus...  semuanya dengan izin Allah bersama keikhlasan pemilik Baitul Qura', Ustaz Zul.
Aku bersyukur sangat kerana Allah hadirkan Rabiatul Adawiyah untuk mempelawa aku bersamanya bagi menimba ilmu di sana dalam saat aku tercari2 tempat mengaji terutamanya tafsir dan hadith. 

Kalau orang tak bagitau bahawa pemilik Baitul Qura' orang PAS... aku tetap meyakini yang Ustaz Zul memang orang PAS hehehe... dari penampilannya sendiri aku tahu.. pasti Islam yang dimahukan beliau. Tetapi seperkara...setelah lama di sana...baru minggu lepas aku tahu Ustaz Zul ialah Ketua Majlis Ulama... ermmmm...patutlah ada orang tak suka aku belajar di Baitul Qura'

Tapi seperkara ya.... aku sangat menghormat beliau...beliau tak pernah sekali menghina mencaci memaki mengeji pihak lawan...tak pernah!!! malah beliau sempat memuji2 Ketua Menteri Melaka yang turut bersama2 dengan Habib Umar di Masjid al Azim, Melaka.  Beliau juga memuji Ketua Menteri dan beberapa orang lagi  belajar ilmu agama dari sorang ustaz...addduuhh...lupa la pulak...Ustaz Nooh Gadot kalau tak salah.  Kalau tak salah, betul in shaa Allah tapi mesej di sini aku nak beritahu bahawa...segala yang baik semua ustaz Zul cakap dalam kuliah malah Ustaz Zul marah2 pada anak buahnya yang masih enggan datang untuk belajar sedangkan mereka semua itu akan diangkat jadi pemimpin nanti... Jadi...apa penilaian yang boleh dilakukan pada Ulama Pas ini...yang mengajar di Baitul Qura' penuh keikhlasan.  Beliau tak pernah mengeji pihak lawan tetapi pegangan beliau tetap al Quran dan hadith.  Bukankah itu cara berdakwah yang benar.  

Aku hadirkan catatan ini hanya sekadar mahu membuang prasangka pada hati sebahagian manusia.  Pergi ke majlis ilmu orang PAS tidak bermakna aku ini PAS.. boleh jadi aku ni BEBAS, sape tahu! heheheh... Aku ni kerja dengan kerajaan, terima rezeki yang diberikan Allah... janganlah dok prasangka beb... Aku pergi Kelantan, cari juga Tuan Guru Nik Aziz sebab aku memang suka berjumpa ulama.  Rumah aku pernah juga Dr Mahathir datang.... rumah ayah kat kampung la... Jadi, aku ni PAS atau UMNO... suka hati aku lah hahahahaha.... 

Jomlah cari ilmu....usah difikirkan ilmu orang PAS atau orang UMNO atau orang PKR atau orang BEBAS... yang penting ilmu diberi untuk kita manfaatkan di dunia sebagai bekalan untuk akhirat.  Pergi je belajar... jangan belajar ilmu memaki mengeji dah le..  Luasnya ilmu Allah... kalau ambil air laut untuk jadikan ink... kering air laut belum habis ditulis segala ilmu Allah...

JOM MENGAJI!!!










Sabtu, 14 April 2012

Bahagianya Menjadi Pilihan Allah

Bertamu di Baitul Qura'.. mencari makanan bagi rohani.. disajikan oleh Syeikh Nuruddin al Banjari sungguh membahagiakan.. terasa tenang memandang wajahnya... terima kasih Allah kerana memberi ruang dan peluang untuk aku bertemu beliau....

Bersama beliau menikmati hidangan hadith 40 Iman al Nawawi... terasa cepatnya masa berlalu..  selain memandang ibu bapa, memandang orang soleh itu ibadah....lalu aku tidak melepaskan peluang untuk menatapi wajahnya saat menyampaikan ilmu.

Benarlah kiranya kata as Syeikh,kebaikan berkumpul bersama orang soleh, bersama ahli2 zikir, hati pasti menjadi bening dan mendapat banyak kebaikan...  Mudah-mudahan dengan menghadiri majlis ilmu dan mendampingi ulama, aku semakin hampir dengan Allah s.w.t.
Benarlah jua kata ustaz zul ketika menyampaikan kuliah beliau pada 8/4/2012... tak semua orang dipilih Allah untuk hadir ke majlis ilmu, ke pengajian... ada saja yang menghalang kalau mereka tidak Allah kehendaki.  Halangan yang paling malang sudah tentu malas...
Aduh...memang malang...kerana tidak suka akan ilmu.  Kalau nakkan dunia, kita mesti punya ilmu.  Begitu juga kalau mahukan akhirat, ilmu juga yang mesti kita ada. Awat la dok malaih....

mereka yang terpilih untuk hadir ke majlis2 ilmu itulah yang  terdedah kepada keluarbiasaan nikmat.  Terngiang2 kata ustaz zul dalam kuliah lepas, Allah bersabda yang sekiranya kamu bersyukur atas nikmat yang Aku berikan maka Aku akan tambahkan nikmatKu, Kalau kufur, azabKu amat pedih dan menyakitkan.  Beruntung mereka yang rajin ke majlis ilmu kerana darjat mereka akan diangkat.  Demikian juga keluasan ilmu bagi mereka, keinginan untuk terus beribadah dan InsyaAllah...Allah akan memudahkan mereka untuk membuat ketaatan..  Maha Suci Allah.. betapa bahagianya mereka yang menjadi pilihan Allah untuk hadir ke majlis2 ilmu.. betapa besar nikmat Allah bagi... memang benarlah.. mereka yang terpilih ini memang terdedah kepada keluarbiasaan nikmat!

Benarlah kalau Allah nak memuliakan seseorang... itu adalah semuanya kehendak Allah jua dan berbahagialah mereka... Allah tidak pernah melihat pada pangkat, darjat, kemahsyuran,  harta dan sebagainya. Semuanya boleh jadi sekelip mata andai Allah berkehendak...pasti seseorang itu akan melalui jalan yang dimuliakan Allah.
Begitu juga andai Allah nak hinakan....Allah akan cabut segala nikmat dan duduklah orang berkenaan dalam dukacita. na'uzubillah... AKu berlindung dengan Allah dari dihinakan. 
Semoga aku termasuk dalam kalangan mereka yang dimuliakan Allah... sentiasa merasakan nikmat dalam lautan rahmat Allah... Amin.