Khamis, 10 Disember 2015

Penawar Bagi Hati

Sedikit sedutan dr pengajian tauhid n penawar bg hati :
-Dia itu Allah.. 
Apa Dia beri jangan persoalkan...
Tak payah nak banyak-banyak komen!!

Allah suruh buat amal, buat je
Tak payah nak banyak-banyak soal

FAHAMAN SESAT dibawa oleh orang yang jahil, bodoh dalam agama!!
Samakan Allah dengan makhluk:
Kata Allah itu bertempat
- Bereskan -syariat
                  -tauhid
                  -tasauf yg asas
dh beres, baru cebur diri dalam tareqat.

Kalau tak ada penapis... bimbang nanti terima je apa yang orang cakap
Sampai ikut yang sesat sebab nampak macam betul...
Orang yang cakap pakai jubah serban.
Anggap cakapnya betul.
Sebab apa? Penapis tak de... mana dapat nak tengok hampas bagai...
- tareqat bagus, ada amalan khusus untuk sempurnakan amal

Ada amal - zahir
                - bathin
Ada guru bimbing
Ada bacaan khusus pagi petang siang malam untuk jaga hati
- bersyariat tanpa tareqat boleh sampai kepada Allah...tak ada masalah
Cuma kalau tareqat ada khususiat
Masa nak lagho tak de... sebab ada amalan kena bawa.
Masa tak berlalu sia2

APA YANG PERLU... PASTIKAN ADA PENAPIS SUPAYA KITA NAMPAK MANA YANG BETUL DAN MANA YANG TAK BETUL!!
jangan main hentam semua tareqat sesat!
Kopek kulit betul2... baru dapat isi...
Baru boleh jinak2 dengan ilmu keTuhanan


JANGAN tinggalkan yang wajib untuk buat yang sunat
Contoh : malam tu ada majlis ilmu dan zikir...
Kita tak pergi majlis ilmu sebab nak pergi majlis zikir
Nyatalah: TEPERANGKAP SUDAH DALAM JERAT SYAITAN

-fokus sunat tanpa qada' = terpedaya dengan syaitan
Yakin ke solat tanpa ilmu Allah terima?
Mesti buat ansur2...jgn tak buat langsung. Mudah2an  Allah brbelas kasih ampunkan

- wajib belajar - feqah
                        - tauhid
                        - tajwid
                        - tasawuf
TAK BELAJAR... BERDOSA!!

-Tafsir dan hadith fardhu kifayah. Sorang buat yang lain tak payah... tapi kalau belajar lagi bagus la
- bila sebut WAJIB.. tak bole tinggal.
Kuat sedekah mcmmna pun,
Allah tetap tuntut
-akidah
-solat
-hal2 wajib TERMASUK BELAJAR ILMU
- Bahagikan masa untuk yang wajib2....
tak ada istilah nanti untuk yang wajib!!
Letakkan ilmu tu tinggi dlm hati
- klu tak belajar....
Mcmmna akidah nak betul?
Mcmmna solat,puasa dan yang sama waktunya nak diterima Allah?
Mcmmna nak baca quran dengan betul tak belajar tajwid
Mcmmna nak bersihkan hati kalau tak belajar tasauf
Allah tu bersih..suci... tak terima yang kotor2 (sy tambah dari ilmu guru2 terdahulu)
Saya kulluhumkn 2 pengajian...
Sikit je sedut...
Mudah2an  brmanfaat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan