Memaparkan catatan dengan label SAKIT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SAKIT. Papar semua catatan

Rabu, 22 Oktober 2014

Saranan Profesor Yang Mengujakan

Bismillahirahmanirahim
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw


Jin blog sedang menguasai aku heheheheh... terlebih rajin sudah untuk menulis.  Cuti masih banyak berbaki...  aku rehat yang panjang kali ini, bermula bulan 6 hari tu semasa masuk wad di GH Melaka.  10.11 ni insya Allah dah boleh masuk sekolah... ermmmm...sekolah...!!!

Penyakit aku dikesan oleh seorang profesor di PPUKM.  Kali pertama beliau datang ke katil, aku hanya mampu buka sebelah mata, pun dalam keadaan tertutup dan terbuka sambil aku angkat tangan... "maaf, saya tak terdaya!" dan beliau berlalu pergi.  Hari ke 8 aku di hospital, beliau datang kembali.  Duduk di tepi katil dan aku masih lagi tersandar lemah.  Dia mula bertanya itu dan ini ...  dia maklumkan penyakit aku yang istimewa ini, (hanya orang istimewa menerima sakit ini kerana 1 dalam 1000 kelahiran).  Nak menyebutnya bukan main susah sampai terpaksa suruh doktor eja hehhehheh... Arnold Chiari Malformation.  Arnold nama orang yang jumpa penyakit ni ye....

Aku tak banyak nak cakap, cuma tanya, "Sekarang macammana?"
Dia keluarkan sesuatu dari poketnya, macam tin gula2 batuk tu.. tidaklah aku telitikan, aku kan pemalu hahhahhah (geli tekak).  Aku dok terpikir, awat mulut aku busuk ka dia nak bagi gula2...posa ni!!  Aku tunggu seterusnya... Tak pula dia hulurkan pada aku apa2.  Pastu dia bangun dan bagitau, "ini lada putih ya" lalu tekan belakang telinga, jari tangan dan jari kaki kiri.  Dia tanya la, sakit macam kena hiris ke apa ke... aku jawab la sakit kesan tekan :)

Dia cakap, sakit ni boleh dikurangkan tapi kena ubah gaya hidup.... ermmmmm... macammana tu?? Maksudnya, aku kena buat kerja yang sangat minima, tak boleh la nak supermom sangat, stress2 bagai... macam agak mustahil saranan profesor ini.  Cadangan untuk kurangkan berat buku yang dibawa.. itu aku tak de masalah sangat sebab murid2 Alauddin memang sangat membantu (ye?) tapi bab nak kurangkan kerja di rumah ni....  lalalalalalalala.....

Dia juga mencadangkan sesuatu yang memeranjatkan dan ini sebabnya aku rajin nak menulis ni.  Nak share sesuatu dengan yang rajin dok layan blog ntah hape2 ni.... Tahu cadangannya?  "Beginilah.... saya beri masa 3-4 bulan pada puan untuk cari rawatan alternatif secara islam untuk mengubati penyakit ni.  Lepas tu kita jumpa balik, kalau tak ada perubahan kita terpaksa operate lah....". Dia ulang beberapa kali, duduk di melaka ye...duduk di melaka ye... Ntah terkejut ke hape, aku tak tertanya "prof pandai ke rawatan cara Islam?" Dari dalam nak tanya tapi tak la pulak terluah.  Bila dia dah berlalu, baru nak geram...awat la tak tanya. 

Aku terkejut bukan apa, inilah dr yang pertama yang aku jumpa yang suruh aku pergi buat rawatan cara Islam. Aku tertanya2 juga, kenapa ye.... Kejap tadi, rasa kepala dan mata selesa untuk membaca aku cari juga tentang jin etan ni... waaaaaaa... Allah memudahkan.  Tahu apa dapatan aku?

Rupa2nya, bila jin memasuki ke dalam badan manusia, dia selalu dok duduk dalam otak dan di tulang belakang (spinal cord) berdekatan dengan urat saraf kita.  Tu yang dok duduk sakit kat bahagian pinggang, otot2, tengkuk, bahu, sendi2, rahim, perut dan kadangkala ganggu pernafasan seseorang cubalah lawat quranhealing.blogspot.com/p/gangguan-jin-dan-sihir.html?m=1 ... baca sendiri kat situ. Sakit aku ini, memang la ada sakit tengkuk, bahu, otot... ditambah dengan kebas tangan, kaki dan muka.  Bila ada shooting pain... macam roket masuk kepala oiiiiii heheheheh... berdengung telinga!! Kalau jalan nampak lantai menari2 hehehehe....  Allah hu Rabbi.. Maha Kaya Allah jadikan segala jin dan manusia, jadikan bermacam2 penyakit untuk dinikmati.  Kadang2, seminggu tak rasa roket masuk kepala aku jadi rindu hehhehheh... agak perit tapi nikmat untuk di rasa.  Tak percaya.. minta dari Allah nak rasa :p

13.1.15 temujanji untuk jumpa profesor tersebut.  Aku masih tak cari2 perawat.  Rasa macam tak berapa nak yakin pun ya setelah kejadian 2006 dulu tapi entahlah...tengoklah pada apa Allah nak beri.  Yang pasti, berdoa itu senjata utama tika ini
Dan Tuhan kamu berfirman, "berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu............ QS 40 : 60

Ada sahabat kata aku seperti tidak mahu pulih dari penyakit ini.  Bukan begitu... teringat kisah nabi Ayub as yang menderita sakit. Baginda hanya merintih pada penciptaNya:
(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan yang Maha penyayang di antara semua yang penyayang. QS 21 : 83 

Teringin nak menjadi sesabar baginda sehinggakan Allah memuji baginda:
Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar.  Dialah sebaik2 hamba.  Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya. QS 38 : 44

Aku reda pada apa jua ketentuan Allah, terima titipan kasihNya ini seadanya.  Diberi nikmat aku bersyukur, diberi ujian aku bersabar.  Sakit ini ujian Allah bagi menguji keimanan.  Baru tahu, iman itu sekadar di lisan atau bagaimana.  Bukankah Allah berfirman:
Apakah manusia mengira bahasa mereka akan dibiarkan mengatakan "kami telah beriman" sedang mereka belum diuji (dengan sesuatu cubaan)  QS 29 : 2
Sakit ni mula2 memang perit tetapi percayalah, lama kelamaan akan menjadi teman yang baik hehhehheh... sakit jadi nikmat baq hang....
Aku cuma berdoa dengan harap agar aku dapat terus bersujud hingga ke hujung nafas yang terakhir dan aku dapat menguruskan diri sendiri tanpa menyusahkan orang lain biar apa juga titipan kasih Allah buatku.  
Bila lama sakit, bila sesekali Allah hilangkan rasa sakit di tengkuk atau di pinggang, aku pula mencari2... eh.. dah tak sakit lah, dah baik ke???? Aku mula pusing kanan pusing kiri mencari2 sakit yang biasa ditanggung hahahahhahah.... macam bengong kan tapi itulah realitinya....











ANUGERAH TERINDAH

Bismillahirahmanirahim
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW

Lama sangat tidak di sini...
Ingin berkongsi cerita buat teman2 yang sudah lama tidak aku hubungi dan enggan untuk menerima kunjungan mereka.  Maafkan ambe... ambe takut menerima tetamu kerana ambe bimbang ambe tak dapat melayan kalian dengan baik sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah

Bulan 6 tahun lepas, 28hb tak salah pada perkiraan aku masuk bilik operation untuk buat radio frequency injection...ringkasnya RF. Tujuan? aku ada masalah slipped disc pada lumber 2,3,4,5 juga pada cervical 3,4,5,6.  Nak berjalan sakit (tak sakit sangat, acah2 sakit) terutama pada bahagian pinggul. Kadang2 macam ada renjatan elektrik kat kaki.. pastu kebas..semut2.. time tido malam ahaaaaaiiillah lenguhnya hehehehe... 

Dari aku sakit tahun 2006 sampailah 2013, semua doktor yang aku jumpa sarankan operation.  Mr Huang kata...kita operate bahagian pinggang, Mr apa ntah, lupa namanya kata kita operate kat cervical... aku pulak kata, tak nak lah operate di mana2.  Sehinggalah 2009 rasa macam nak operate, buat temujanji dan masuk wad.  Ntah macammana doktor yang nak operate ada urgent n operation ditangguhkan ke tarikh lain.... aku apa lagi, "ini signal Allah supaya jangan operate!!!"  Dengan muka ala2 comel (uuwwweeekk) aku pun cakap, saya balik dulu...kita set tarikh kemudian.  Sampai ke sudah aku tak datang hospital dan menanggung kesakitan sendirian huhuhuhuhu

Tahun 2013, rasa tak tertahan... pergi kecemasan minta masuk wad (itu cara aku dari dulu selamanya untuk dapat rawatan cepat... ,memang berkesan) Jumpa dengan Mr Zaki dan inilah orang pertama yang cakap.... kita jangan operate tapi kita buat RF. Dahlah hensem, bijak pulak tu...baguih sungguh.... dah pilih2 tarikh, masuklah OT. Bagaimana Allah nak tolong, darah aku naik mendadak... terus dipengsankan dan tidaklah aku merasakan kesakitan injection tersebut...subhanAllah, Alhamdulillah.  Setelah sedar.. menyedari belum solat zohor, aku pun bergegas turun katil nak ke bilik air.. makkkkkkkkkkkk.... kaki kanan tak boleh angkat!! 4 jam aku tak boleh berjalan, mak aku panik dan aku tentulah lebih lagi tapi maintain cool... 

Dr Zaki datang petang tu dengan muka comelnya, aku cakap tanpa sempat dia bertanya... "saya tak boleh berjalan"  terlopong dr.. dan aku sambung, "tapi tak pe... nanti2 ok lah ni insyaAllah. Jangan risau, saya takkan saman hehehehehe" Kata dr Zaki, inilah kes pertama yang dia buat, patient tak boleh berjalan. Rasa istimewa di situ hehhehheh....
Lepas 4 jam kaki boleh di angkat sikit2 dan cuba bertatih2 jalan. Esoknya dah boleh berjalan tapi sakit tak hilang malah bahagian pinggul tak boleh disentuh sebab rasa pedih terbakar.
Itu kisah RF.....

Hari tu... raya Aidil Adha kedua, aku check in kat PPUKM, wad 4J katil 15. Tak naklah citer wad yang bercampur lelaki pompuan yang hampir buat aku sawan. Lupakan kenangan pahit tersebut. Disebabkan kat GH Melaka tak dak spine surgeon (Dr Zaki dah pindah ke Mahkota... sape banyak duit n ada masalah spine...p jumpa dia. Dia dr terbaik yang aku pernah jumpa), Dr Akmal tolak aku ke PPUKM. Dr Hisam ambil alih tugas tetapi Dr Johan yang buat injection untuk matikan saraf.  Aku menderita di OT PPUKM. Kenapa?

Kalau nak masuk OT, dr kan pasang jarum pada tangan kita, kan... Nak solat macammana, debu tayamum lupa bawa.  Nak tepuk debu kat dinding memang boleh tapi nanti2 nak kena qada solat semula.  Yang lama2 dulu ntah dah habih qada belum tak tahu, nak tambah lagi.  Idak le teman.  Aku pun cabut plaster yang melekat tu n ambil wuduk macam biasa dan lepas tu lekatkan balik, siap minta tape kat misi. Bila nampak jarum tu macam terkeluar, aku cucuk masuk balik. Sakit? Pedih oiiiii tapi lagi pedih nak qada solat. Bila masuk OT, nak masukkan ubat tak boleh, tengok2 jarum dah bengkok.  Kena cucuk baru. Lumat tangan mak... urat tak jumpa. Semua urat kecik2 belaka. Memang ujian mak... dah tak boleh, dr teruskan misi cucuk belakang. Sakitnya ya Allah... mengenangkan gugur dosa2 kecik aku yang melambak, besar jangan cakap... aku tenang mengucapkan astaghfirullah... dr godek lagi dalam isi dan tulang aku... aku ucapkan Allah hu Akbar. Aku berselawat, aku beristighfar, aku bersyahadah dan segala2 hinggalah aku surrender...aku dah tak tahan menanggung sakit setelah setengah jam dr menggodek belakang aku. Letih baq hang.... sekali lagi tangan aku yang montok ini menjadi mangsa... cucukan yang kelima baru boleh... barulah ubat pengsan diberikan... lalu pengsanlah aku.  Jam 1 ketika azan belakang aku mula digodek, pukul 3.30 barulah aku buka mata. Punyalah lama sedangkan kata dr kejap saja... tak taulah apa masalah depa....

Aku balik wad... cuba angkat kaki. tak boleh. Sah...jadi balik!! Aku tak boleh jalan. Aku panggil misi, nak p juga bilik air sebab kali ini aku janji dengan diri aku, tak nak manja2. Dapat la pengalaman jatuh dalam bilik air hehhehheh... aku insaf dengan nikmat kaki yang Allah beri... MasyaAllah tabarakallah. Susahnya hidup dengan satu kaki... semua kena dibantu, solat pun atas bangku... sedih!! 

Lepas Asar dr Johan datang .  Aku cakap, aku tak boleh jalan.  Sekali lagi aku menyaksikan cara dr terkejut.  Aku pun bina ayat " nanti ok dr, insyaAllah. dulu pun sama, 4 jam kaki tak boleh gerak. Kalau apa2 jadi pun, saya tak saman aihhhh" Kelihatan wajah kecinaannya sedikit lega dan aku bahagia tengok kelegaannya. Hingga pagi esok aku masih tak boleh jalan, aku mula suspen... awat lama sangat hehehehe..... Datanglah semua pakar segala pakar... aku mengadu, " saya tak boleh jalan, tak pe la tapi sakit bertambah sakit. Macammana agaknya eh..." Sungguh aku sakit, lebih sakit dari sebelum buat injection. Duduk pun senget.  Masing2 aneh....tak boleh jalan. Orang depan dengan tepi...cucuk pagi, petang boleh balik. cucuk tengahari esok boleh balik tapi aku.... haiiiiiii lah....

Mereka putuskan...hilangkan sakit dengan pain killer pethidine dengan 3 kali suntikan.  Aku punyalah gerun sebab aku tahu, badan aku memang menolak segala jenis pain killer. Aku bersedia untuk mabuk! Tolak punya tolak... lepas zohor kena juga inject. Apa lagi....tak bangunlah mak.. bukan tak bangun, nak angkat mata pun tak boleh. Solat pun baring. Dah nampak macam gitu, waktu subuh masih lagi nak cucuk. Aku cakap udah2 le...tapi sape nak dengan rayuanku.. cucuk lagi. Lagi aku merana. Aku tak boleh bangun, tak lalu makan dan badan aku gatal2. Nak cucuk kali ke 3, aku kata, nak aku mati, cucuklah... Alhamdulillah... rayuanku didengari.  Aku memang merana di PPUKM tetapi aku sesungguhnya menikmati setiap detik... aku ni banyak dosanya, demikian Allah kasih, aku senang untuk meraikannya biiznillah

Bila tak boleh jalan, semua dr pakar dari beberapa unit dipanggil akhirnya terbongkarlah rahasia.... sakitku lain tapi dirawat cara yang lain... slipped disc memang ada tetapi tidaklah begitu teruk... aku sebenarnya penghidap chiari malformation. 1 dalam 1000 kelahiran.  Terasa bertuahnya 

"Beruntung za ni.... dapat sakit ni" 
"Untung hape....sakit!!" jawab suamiku
"Ape tak untungnya, 1 dalam 1000. Kalau macam tu, kira istimewalah... orang lain tak de, kita ada.  Mudah2an demikian, za juga istimewa di cc Allah.... beruntung jadi orang pilihan Allah ni lah....."
Dia diam....tidak terkata apa2
dan aku....
mahu terus tersenyum meraikan anugerahNya yang terindah meski sakit dirasa tidak tentu kala ketika...

****************
Lama di wad...
penanggungan rasa...
membuatkan hati tak ingin berhubung dengan sesiapa
maafkan saya.....