Memaparkan catatan dengan label VITAMIN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label VITAMIN. Papar semua catatan

Isnin, 21 November 2011

Vitamin Untuk Sang Raja

Teringat perbualan dengan seorang pencari Tuhan malam tu...  Antaranya "Macammana kalau raja kita lemah, kak?"   Persoalan ini buatkan aku teringat tentang vitamin...


ermmm... akulah antara ibu bekerjaya yang sangat sibuk pada waktu pagi. Akulah yang macam tarzan sebelum pergi ke sekolah.  "Adik...Abang... dah makan vitamin atas meja tu? Jangan lupa, minum coklat tu dulu!"  Ada ketika, anak2 lupa.. akulah yang akan bungkus vitamin2 tu dengan tisu dan bawa masuk ke kereta.  Kalau coklat lupa mereka minum, aku bawakan mereka air tersebut sedang mereka sudah dalam kereta....


Kalau di sekolah...ada saja saranan kawan2.  "Ku, akak ada bawa contoh vitamin ni.  Kawan akak kata elok untuk minda anak2.  Anak dia yang lemah belajar, dah ok, ku!  Ku nak cuba tak?"  dan aku???  sebagaimana ibu2 yang lain, yang mahu minda anaknya cerdas, badan cergas aku akan beli mesti harganya... wOw!


Itulah pentingnya vitamin dalam kehidupan... aku tidak..tapi aku pentingkan anak2..mahu mereka menjadi bijak pandai dan bila di tanya tentang raja yang lemah...aku terkesima!


Ya... Raja juga perlukan vitamin.  Tetapi yang nyata...perhatian hanya kepada anak2,kepada diri sendiri tanpa fikirkan raja yang lebih utama....Kerana kurangnya vitaminlah, raja sering dimanipulasi tentera yang sering mempunyai niat jahat.. Raja tak mampu pun menangkis pujukan demi pujukan tenteranya.  Berapa ramai yang sedar akan keadaan ini?  Raja semakin hari semakin lemah dan lama kelamaan akan mati.  Apa akan jadi dengan kita?


Kasihan raja...!


Jadi...ayuhlah kita berikan raja kita vitamin supaya raja kita menjadi kuat dan mampu untuk menangkis apa jua serangan.  Mahal ke vitamin untuk kita berikan sang raja?  Ya Allah.. tidaklah semahal vitamin yang kita perlukan untuk anak2 menjadi cerdik, untuk menjadikan wajah kita yang mula nak kedut ni tegang...


vitamin untuk raja kita tak perlu dibeli dengan wang ringgit...vitamin untuk raja kita boleh kita dapatkan dengan kerajinan dan mujahadah...  Mudah,bukan?  Kita berzikir...Kita mengaji al Quran..kita cuba fahamkan apa inti pati al Quran... itu memadai bagi menjadikan raja kita kuat dan terus kuat.  Kalau ada kesempatan, pergi majlis ilmu.. huh! Jamin... Raja akan menjadi perkasa.  Dengan kekuatan yang dimiliki sang raja, dapatlah raja kita mengalahkan pujukan demi pujukan tentera yang rakus yakni nafsu!  Itulah raja yang perlu kita pertahankan yakni HATI


Mudah bukan... cuma perlukan sedikit kekuatan!


Jom....kita zikir