Sabtu, 14 April 2012

Bahagianya Menjadi Pilihan Allah

Bertamu di Baitul Qura'.. mencari makanan bagi rohani.. disajikan oleh Syeikh Nuruddin al Banjari sungguh membahagiakan.. terasa tenang memandang wajahnya... terima kasih Allah kerana memberi ruang dan peluang untuk aku bertemu beliau....

Bersama beliau menikmati hidangan hadith 40 Iman al Nawawi... terasa cepatnya masa berlalu..  selain memandang ibu bapa, memandang orang soleh itu ibadah....lalu aku tidak melepaskan peluang untuk menatapi wajahnya saat menyampaikan ilmu.

Benarlah kiranya kata as Syeikh,kebaikan berkumpul bersama orang soleh, bersama ahli2 zikir, hati pasti menjadi bening dan mendapat banyak kebaikan...  Mudah-mudahan dengan menghadiri majlis ilmu dan mendampingi ulama, aku semakin hampir dengan Allah s.w.t.
Benarlah jua kata ustaz zul ketika menyampaikan kuliah beliau pada 8/4/2012... tak semua orang dipilih Allah untuk hadir ke majlis ilmu, ke pengajian... ada saja yang menghalang kalau mereka tidak Allah kehendaki.  Halangan yang paling malang sudah tentu malas...
Aduh...memang malang...kerana tidak suka akan ilmu.  Kalau nakkan dunia, kita mesti punya ilmu.  Begitu juga kalau mahukan akhirat, ilmu juga yang mesti kita ada. Awat la dok malaih....

mereka yang terpilih untuk hadir ke majlis2 ilmu itulah yang  terdedah kepada keluarbiasaan nikmat.  Terngiang2 kata ustaz zul dalam kuliah lepas, Allah bersabda yang sekiranya kamu bersyukur atas nikmat yang Aku berikan maka Aku akan tambahkan nikmatKu, Kalau kufur, azabKu amat pedih dan menyakitkan.  Beruntung mereka yang rajin ke majlis ilmu kerana darjat mereka akan diangkat.  Demikian juga keluasan ilmu bagi mereka, keinginan untuk terus beribadah dan InsyaAllah...Allah akan memudahkan mereka untuk membuat ketaatan..  Maha Suci Allah.. betapa bahagianya mereka yang menjadi pilihan Allah untuk hadir ke majlis2 ilmu.. betapa besar nikmat Allah bagi... memang benarlah.. mereka yang terpilih ini memang terdedah kepada keluarbiasaan nikmat!

Benarlah kalau Allah nak memuliakan seseorang... itu adalah semuanya kehendak Allah jua dan berbahagialah mereka... Allah tidak pernah melihat pada pangkat, darjat, kemahsyuran,  harta dan sebagainya. Semuanya boleh jadi sekelip mata andai Allah berkehendak...pasti seseorang itu akan melalui jalan yang dimuliakan Allah.
Begitu juga andai Allah nak hinakan....Allah akan cabut segala nikmat dan duduklah orang berkenaan dalam dukacita. na'uzubillah... AKu berlindung dengan Allah dari dihinakan. 
Semoga aku termasuk dalam kalangan mereka yang dimuliakan Allah... sentiasa merasakan nikmat dalam lautan rahmat Allah... Amin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan