Khamis, 5 April 2012

Susah Ke Nak Masuk Syurga Hai Nisaa'

Kadangkala bila belajar hadith...buat hati jadi kecut. Pandang diri...aduhaiii..banyak kurangnya. Dengar celoteh ustaz, buat diri malu sendiri...macam disindir2 pulak rasanya.  Menunduk lagaknya dara pingitan tapi sebenarnya menyorokkan rasa malu pada dinding, karpet, sejadah, mikrofon dan semua yang ada di surau masjid.... sungguh tersentuh dan disentuh...

Ustaz menyebutkan bahawa Rasulullah pernah bersabda bahawa ketika baginda menjenguk ke syurga, baginda nampak kebanyakan penghuninya adalah orang2 miskin....
Baginda menjenguk pula ke neraka, kebanyakan penghuninya orang perempuan.

Aku pandang mak cik kat kanan, mak cik kat kiri...  aku tunjuk diri aku... "pompuan ni!" tersengih2 mak cik... 

ermmm... tak hairan kan kalau ramai orang perempuan dalam neraka kalau difikir dari segi logik akal sebab nisbah lelaki pompuan akhir zaman 1:50.  Logik akal la.... tapi rasanya..tak susah sangat kot nak masuk syurga cuma kita orang pompuan je tak nak amik peluang dan kesempatan. 

Benar kata ustaz, bukan susah sangat pun nak masuk syurga... jaga beberapa perkara..selamatlah.  Ustaz kata ada beberapa ciri wanita yang selamat... aku menadah telinga dan tidak melepaskan pandangan daripada ustaz....

Perkataan ustaz menusuk ke telinga.... perempuan yang selamat tu mereka yang jaga aurat.  Aku pun pandang diri aku... rambut tutup, badan tutup, kaki tutup...InsyaAllah..semua tutup... InsyaAllah selamat.  Aku tersenyum... (hok aloh... terperah santan aku seketika)

pastu ustaz sebut, mereka yang jaga lisan.  Erkkk.... terbeliak sket biji mata yang memang sedia bulat ni hahahhaha..... tak lepas ni, ya Allah...tak lepas! fikiranku mula menerawang ke sekolah... huhuhu... rasa macam nak meraung tanpa suara... tenang,azmiza...tenang.... istigfar..istigfar.. sunat taubat memang tak boleh tinggal walau sehari...tak boleh!

lagi...baru le hal2 lain... harta ke, nafsu ke.... senyum2 ustaz cakap, nafsu pompuan ni 9... semua nak...tu nak, ni nak... yang ni, InsyaAllah... harta tak de le nak kumpul banyak2..cukup apa ada...kete pun tak tukar2 lagi ni... simpanan pun tak de banyak sangat.. emas memang tak de. lepas..lepas..
nafsu pulak? rasanya tak bernafsu sangat kot ngan benda2 segala...biasa2 je... cukup apa ada,insyaAllah... tak le pulak pernah memaksa cik abang beli itu ini.. kalau teringin sangat, tengok dompet sendiri n penuhi keinginan tapi tak de kot sampai membazir...

Maknanya, senang sangat nak masuk syurga ni ek... tak de le susah sangat. ye ke tak susah????

Ada orang kata, "masuk neraka pun kejap je...nanti2 keluar masuk syurga gak sebab kita orang Islam" Errrgghhh... dalam quran pun ada  ayat2 lebih kurang macam ni....
"kami tak akan disentuh api neraka melainkan beberapa ketika". Aku pun macam ingat2 lupa... dalam surah apa aku temukan.

Tapi terpikir oleh otak aku yang sangat dangkal ni... larat ke nak tanggung walau seketika ek....  cuba tanya diri sendirilah kan... sehari kat dunia 1000 tahun kat sana atau 1000 tahun kat dunia sehari kat sana! gunalah akal yang Allah bagi tu... kena api sikit pun menjerit2... apatah lagi digantung rambut, digunting lidah, dibakar dan bagai2 lagi.... kalau aku...aku memang tak sanggup! Biarlah orang pandang tak cantik bertudung litup, semua berbungkus.... asalkan Allah pandang cantik.. CCChheewwaahhhhhh...

Terakhirnya...wahai diri terperi...
hati2lah dalam kehidupan...rajin2lah baca tafsir..tengok2lah surah Tahrim...semoga boleh jadi panduan hidup...semoga dapat masuk syurga..dapat tengok Allah, dapat bersama2 Rasulullah...

Aku nak sangat jadi seperti wanita dalam rumahtangga Rasulullah, yang memang dijanjikan syurga...Allah tak pernah mungkir..tak pernah!
-sentiasa bertaubat
-sentiasa abdikan diri kepada Allah
-sentiasa puasa
-sentiasa hayati ayat2 dan tanda2 kebesaran Allah
-bersih suci
-jaga maruah.....

tak mau la jadi macam isteri nabi Noh dan nabi Luth...tak mau...
sah2 pengkhianat...khianat kepada Allah dan Rasul...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan