Ahad, 13 November 2011

Ada Peringatan Ke Tentang Bahaya Ikut Nafsu Ni?

Mahunya tak ada... ! ada...ada...

"Nampakkah engkau (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhan yang dipuja lagi ditaati?  Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?" - Al Furqan :43

Mana satu Tuhan ni??? Allah ke nafsu??? Fikir...fikir...


Kenapa kita jadi zalim?  Dera anak., bunuh orang, sepak binatang, tinggalkan mak bapak tepi jalan.....

"Bahkan orang2 yang zalim itu menurut hawa nafsu mereka dengan tidak berdasarkan ilmu pengetahuan." - Ar Rum : 29

Cukup? Nak lagi...boleh...yang ni lebih best dan ramai yang buat...

"...Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami berikan kepadanya pengetahuan mengenai ayat2 (kitab) kami.  Kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar daripada mematuhinya, lalu ia diikuti oleh syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah ia daripada orang2 yang sesat.
Dan kalau kami kehendaki nescaya Kami tinggikan darjatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat2 itu.  Tetapi ia bermati2an CENDERUNG KEPADA DUNIA dan MENURUT HAWA NAFSUNYA.  maka bandingannya adalah seperti anjing.
Jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya termengah2 dan jika engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya termengah2...." - Al A'raf : 175-176

Panjang sangat ye...tak boleh nak buat apa lah... sebab ini ayat al Quran...tak best la potong2... baca dan fahamkan... tentang apa ni?


sikit lebih kurang, tidak akan hilang sesuatu jalan hidayah yang dibukakan oleh Allah kepada hambaNya dan
tak juga ditarik semula sesuatu kebaikan yang dikurniakan ke atasnya melainkan....
dia turut hawa nafsu...
Salah sendirilah,kan.....???
Ringkasnya.... perbuatan yang tak sahut seruan hidayah dan kebenaran sebabnya kerana ikut hawa nafsu.... jalan dah terbuka tapi tak mau ikut sbb nak jadi kaldai.... apa nak buat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan