Ahad, 9 Disember 2012

Pesanan Tetamu Istimewa Kedua (1)

Sedang asyik melayan rasa
menyelami apa mahunya jiwa
di mana titik bermula
di mana akhirannya
terdengar pesanan diterima

Deng
amalkan surah al kahfi deh...
Moga dijauhkan fitnah dajjal
dijauhkan u dari kesesatan
dan fitnah agama yang sesat

U ingat deh...
mulut membaca... lidah mengucap... hati bertasdiq
getaran jiwa terasa
apabila terucap
getaran tubuh menafikan segala
air mata mencucuri
hati dan jiwa bertaut
Moga dengan Allah u berpaut
***************
Setelah sekian lama
munculnya tiba2
kirimkan pesanan tidak terduga
buat hati tertanya2

Ini kejutan kedua
terdahulu menerima tetamu istimewa
setelah kunafikan pergantungan pada manusia
dia pula datang mengetuk rasa..

Haiiissshhh...
apapun..
bersyukurlah adanya
terima kasih, Allah
Semua yang datang dan pergi
sungguh indah.
Semakin cinta terasa
hanya padaMu jua
tiada kedua ketiga
dan seterusnya.....


2 ulasan:

  1. Menurut Syeikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah ‘alaih di dalam kitabnya Sirrul Asrar, Ruh, Nur, Qalam dan ‘Aqal yang dimaksudkan adalah merujuk kepada perkara yang satu iaitu Hakikat Muhammadiyah. Hakikat Muhammadiyah disebut sebagai Nur (Cahaya) kerana ia bersih dari segala zulmat kegelapan. Hakikat Muhammadiyah juga disebut sebagai ‘Aqal yang mana di kalangan Para Failusuf mereka menamakannya sebagai ‘Aqal Awwal kerana ia yang menemukan segala sesuatu dan ianya juga disebut sebagai Qalam kerana ia yang menjadi sebab perpindahan ilmu sepertimana pena yang menjadi sebab perpindahan ilmu ke alam huruf dan menyebabkan ianya tertulis. Ia juga disebut sebagai Nur kerana ia bersih dari segala zulmat kegelapan dan ia juga disebut sebagai Ruh kerana ia merupakan suatu urusan Amar Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

    -rujuk pada kitab dan guru sebelum mengambil erti tulisan ini ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. uuru sy tlh pergi...pd satu kehidupan abadi... semoga tenang rohnya bersemadi..bersama doa sy kirimi...

      In shaa Allah
      semoga Allah menunjukkan sy kebenaran

      dan barangsiapa beriman kpd Allah, nescaya Allah akan mmberi petunjuk kpd hatinya
      64:11
      semoga sy dlm kalangan mereka yg mndpt petunjuk..aamiin

      tkasih pd setiap prtlgan,awak..
      bersyukur pd apa yg Allah kurniakn...
      Alhamdulillah

      Padam