Jumaat, 11 November 2011

Mahu Anak Berakhlak

MAHU ANAK BERAKHLAK...

Ya Allah, Ya Kholiq, Ya Barari', ya Musowwir
Sesungguhnya Engkau yang maha mereka cipta, dan kreatif
kami memohon kepadaMu,
sedikit daya cipta,daya reka, dan kreativitiMu bagi membolehkan kami memikirkan dan melaksanakan pelbagai pendekatan,cara dan kaedah yang berkesan dan praktikal untuk kami membentuk akhlak anak2 kami.

Kami sudah tidak berdaya lagi, kami sudah berusaha pelbagai cara namun tidak berhasil.
Engkau ya Basir melihat bagaimana hebatnya musuhMu daripada kalangan syaitan dan manusia yang mahu menyesatkan anak2 kami. Kami berharap sepenuhnya kepadaMu
Ya Allah, Ya Kholiq, Ya Barari', ya Musowwir.

Bukakan kami jalan ya Fatah yang maha membuka dan kurniakan anak2 kami hidayahMu ya Hadid, ya Nuur, Allah yang maha memberi hidayah dan memancarkan cahaya. Kami bersyukur kepdaMu atas pertolonganMu ya Allah


Gambar Orang Berwudhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan