Selasa, 17 November 2015

CCTV

Titik begitu saja......

Ayat ini diucap perlahan
berlalu di daun telingaku
Aku titik kerana enggan
enggan bukan lantaran bosan
tapi engganku kerana baran!!

tidak pernah sekali ada jawapan
pada apa yang aku persoalkan
kau berpaling seakan-akan enggan
dan aku berpaling dengan hati yang rawan

Sebenarnya
terpisahmya kita pada jasad
seakan-akan hilang tanpa pesanan
tanpa ada sebarang pertemuan
tapi tanpa siapa pun tahu
kita tak pernah berpisah pada hakikatnya
kerana kita saling  berteman
cukuplah yang tahu itu Allah
yang menyusun perjalanan yang begitu indah

SubhanAllah
CCTV sentiasa berfungsi tak pernah rosak
merakam pada setiap gerak!!

Kini
aku reda
pada cctv yang tersedia
kerana sudah kutahu siapa pemiliknya

Dulu
sering2 cuba kutanggal tapi tak pernah berjaya
sering kulontarkan keras bicara
aduhai malu pula terasa
kau merakam semua cerita

lupakan semua kisah
kita baja cerita kita
untuk dibawa menuju Dia
kita siram kasih kita
biar menyegar hingga syurga
biiznillah




Tiada ulasan:

Catat Ulasan