Khamis, 19 November 2015

Istighfar Yang Hebat

Bismilahirahmanirahim
Segala puji bagi Allah yang menjadikan alam semesta 
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad  saw


Permulaan untuk mengenal, guru tidak mengajar apa2pun yang berat melainkan beliau suruh aku pulang dan banyakkan istighfar.  Setiap kali bertemu, "Ku, istighfar!" dan aku hanya membalas dengan senyuman dan aku tak pernah sekalipun rasa hairan, kenapa asyik disuruh istighfar.  

Bila orang bertanya, apakah permulaan zikir yang diberi oleh guru, aku menjawab jujur... ISTIGHFAR.  Terkejut mereka!  Istighfar je? Tipulah!

Laa haulawala quwatailla billah.... memang itu je. Bukankah istighfar itu bertujuan untuk memohon keampunan daripada Allah.  Memang kita kena lakukan untuk membersihkan diri kita dari segala dosa dan kesalahan. Dan kamu mohonlah keampunan daripada Allah, sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang - Al Baqarah : 199

Aku jadi hairan bila orang hairan sekadar itu yang diberi oleh guruku.  Teringat kata2 guru keduaku, guru yang baik tidak akan memberatkan muridnya dengan wirid yang terlalu banyak.  Langsung mindaku berputar pada guru pertamaku.  Sekadar itu yang diberikannya dan aku sendiri tidak pernah mempersoalkan...  apa yang utama ialah sebelum berguru, khatam al Quran dalam tempoh seminggu perlu aku lakukan dan memang perlukan mujahadah yang subhanAllah... setiap masa tak boleh dibiarkan berlalu sia2 melainkan aku perlu karib dengan al Quran.  Pun terlebih masa 4 hari untuk khatam.  Selepas itu bermulalah perjalanan berguru beserta ujian yang aduhaiiii... takut nak menoleh ke belakang semula.  

Setelah lepas semua ujian, barulah diberikan amalan2 yang perlu dibawa berupa hizib.  Demikianlah.... sehingga apa yang aku ada hari ini, aku bersyukur kepada Allah dan sangat berterima kasih pada beliau meskipun aku 'menyepikan diri' kerana rajukku setelah 3 tahun bersama.  Terasa gagal di sini, kerana tak mampu nak bersabar dengan cara guru (saya terpukul dengan tulisanmu tentang ADAB BERGURU - PATUH DAN SABAR!! Saya rasa tersindir huhuhuhu....).  Sedih !!!  Menoleh kembali pada amalan istighfar yang beliau berikan, itulah wirid yang paling hebat aku terima.  Aku ini memang hamba yang terlalu sarat dengan dosa... hampir tenggelam dalam lautan dosa.. Syukur Allah kirimkan seseorang untuk menyelamatkan aku dari terus tenggelam, Alhamdulillah.

Ketika berguru dengan guru yang kedua, beliau berkata wadah yang hendak diisi air perlu dibersihkan.  Kalau tak dibersihkan, masukkanlah air, air itu tetap takkan jernih.  Cuci bersih2 dulu, kemudian baru masukkan air.  Bukan sahaja bersih tapi jernih... Aku semakin faham apa yang sebenarnya cuba dilakukan oleh guru yang pertama.  Rasa sayang semakin bercambah dalam jiwa tapi rasa merajuk buat aku pergi membawa hati yang lara hehehhe... hampeh!!

Ketika orang sibuk memperkatakan teruknya aku ... hanya berjalan dengan istighfar, tercari2 juga aku apakah sebenarnya kelebihan istighfar ini ( ada aku utarakan dalam entri sebelum ini dan ternyata mengundang ramai pengunjung blog... ramai rupanya yang mencari2 tentang istighfar).  Antara yang kuperoleh :

Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan as-Sunnah, terdapat beberapa kelebihan yang akan diperolehi dari istighfar yang kita lakukan.
  1. Mengampunkan segala dosa dan kesalahan
  2. Terhindar dari seksaan Allah SWT di dunia dan akhirat
  3. Memperolehi kenikmatan dan kesenangan yang baik
  4. Mendapat hujan apabila musim kemarau
  5. Memperolehi harta benda dan zuriat
  6. Menambahkan kekuatan badan (fizikal) dan rohani
  7. Menyembuhkan penyakit
  8. Menimbulkan kemarahan syaitan dan membinasakannya
  9. Menghilangkan dukacita, kesedihan serta menambah rezeki
credit : Nasbun Nurain

SubhanAllah... bukankah banyak kelebihan istighfar tu.  Aku tidak memandang pada yang lain selain dari mengharapkan keampunan Allah.  Sabda Rasulullah Demi Allah, aku sungguh beristighfar pada Allah dan bertaubat padaNya dalam sehari lebih dari 70 kali - HR Bukhari.  Rasulullah yang nyata2 maksum melazimi istighfar yang ada hadith mengatakan 100 kali sehari... siapa kita ni yang enggan istighfar?  Kita hanya pandai makan asam pedas yang diisi daun kesum je pun... 
Allah.....

Teringat pula akan bicara seorang teman yang pernah menjadi guru buat seketika dan selamanya dia guru kepadaku atas ilmunya :

"Macam yang saya katakana tadi, tak peduli samada dia seorang ulama fuqaha yang tinggi ilmunya, seorang sultanul tarekat mahupun hakikat yang hebat sehingga boleh berzikir di udara atau melepasi lautan dengan hanya berjalan kaki, namun jika menolak adab untuk beristighfar kepada Allah maka ketahuilah bahawa betapa hinanya manusia tersebut yang sombong, bodoh lagi biadap serta tidak selayaknya dianggap sebagai seorang muslim apatah lagi untuk diangkat sebagai guru mahupun mursyid. 

Keras amaran Allah dan Rasul tentang adab istighfar ini jika ditolak. Malahan ianya digenggam kemas oleh kesemua ahli Allah. Jangan dakwa diri hampir atau telah mencapai makrifat jika adab pertama (istighfar) ini diketepikan begitu sahaja"

Terima kasih atas ilmu awak dan saya sandarkan kepada Allah untuk membalas segala kebaikan awak.

"Terima kasih abg din atas didikan yang amboiiii... tak tertanggung rasanya tapi syukurlah, saya sedang menikmati hasilnya Alhamdulillah.  Semoga Allah merahmatimu dan menambahkan lagi nikmat hidup berumah tangga dengan menambahkan isteri ke 3 dan seterusnya insya Allah hehehehe"






Tiada ulasan:

Catat Ulasan