Rabu, 24 Oktober 2012

Buatmu.....

Saya rindu cikgu...
Ermmmm... aneh fikirku
aku dirindu???
Kutitipkan kata sayang
aku akan memelukmu
saat kita bertemu...
Aku mencari bayangnya di  mana-mana
di mana jua aku bertamu
dia tidak aku temu
ke mana gerangan kau wahai perindu
sedang aku cuba melerai sendu


Kelihatan
Dari jauh jernih mata menatap
bersama senyum dia mengharap
perlahan aku menujunya
demi meleraikan janji terucap
Dia menghulur salam
tidak kujamah
pinggangnya kupaut
kubawa ketubuhku dengan ramah
kueratkan pelukan dengan cinta
kubiarkan dia meletakkan wajahnya
dibahuku lama
Aku memeluknya mesra
beserta doa
semoga engkau berbahagia
sebagai hamba
Terasa sayang mengalir
melalui urat darahku
pada dia muridku

Pelukan aku renggangkan
kulihat dia tertawa senang
kusambut dengan air mata berlinang
bersama sedikit kerlingan
Aku melangkah pergi tanpa pamit
tidak jua memandang kali kedua
dari jauh kudengar suara
suara ketawa tidak menyangka
Rakanmu berdua kaget tidak terkata
sandiwara apakah ini mereka berdua
Titisan jernih di sudut mata kusapu
terima kasih Allah memberikan ruang buatku
menghilangkan rindunya pada IBU!


Orang Mukmin itu mengasihani saudaranya seperti mana ia mengasihani dirinya sendiri.


Tiada ulasan:

Catat Komen