Jumaat, 11 November 2011

Macam Mana Nak jadi ISTERI IDAMAN???


Macam mana nak jadi ISTERI IDAMAN??? Hehe...pertama, kena la tengok tingkah laku seorang isteri yg aqidahnya benar, misalnya:

1)      Dia hanya bersahabat dengan wanita yang baik.
2)      Selalu bersungguh-sungguh dalam beribadah kpd Rabbnya.
3)      Boleh menjadi contoh bagi wanita lainnya...


Bab Penampilan pula......

Isteri yg solehah harus selalu memperhatikan penampilannya di rumah,lebih-lebih jika suaminya berada di sisinya. Maka Islam sangat menganjurkan untuk berhias dengan hal-hal mubah sehingga menyenangkan hati suaminya.

Jika keluar rumah pula...isteri solehah perlulah meneliti hal-hal ini:-

  • Harus minta izin suami
  • Harus menutup aurat
  • Tidak menampakkan perhiasannya
  • Tidak memakai wangi-wangian
  • Tidak banyak keluar kecuali untuk tujuan syari atau keperluan yang sangat mendesak...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan