Sabtu, 12 November 2011

Menegur Ahli Keluarga Melakukan Kemungkaran

SOALAN:

Jika melihat salah seorang keluarga berbuat kemungkaran, apakah yang harus dilakukan?

JAWAPAN:

Wajib menegur kemungkaran itu dengan cara yang baik, menggunakan perkataan yang baik dan lemah lembut kepada orang yang melakukan kemungkaran itu.  Kemungkaran itu mungkin berlaku atas kebodohan dan perilaku yang tidak baik.

Apabila dilarang dengan keras dan kemungkaran akan menjadi semakin teruk.  Hendaklah melarang dengan dalil-dalil daripada ayat2 Quran, sunnah Nabi SAW dan berdoa agar Allah SWT memberikan taufik dan hidayah kepadanya.

Seseorang itu perlu menggunakan kata2 yang lembut dengan harapan boleh membuat orang yang melakukan kemungkaran itu menerima kebenaran

Tiada ulasan:

Catat Komen