Sabtu, 12 November 2011

Cairan Yang Keluar Daripada Kemaluan

SOALAN:

Adakah cairan yang keluar daripada kemaluan wanita itu dikira najis?

JAWAPAN:

Semua jenis cairan yang keluar daripada kemaluan wanita adalah KOTOR dan BOLEH MEMBATALKAN WUDUK.  Pakaian dan anggota badan yang terkena cecair ini haruslah dibasuh.  Namun begitu, sekiranya cecair ini keluar tidak henti2 seperti istihadah dan rembesan air kencing (sebab penyakit), seseorang itu harus mencuci najis tersebut dan mengambil wuduk setiap kali ingin solat

Rasulullah pernah bersabda kepada seorang wanita yang mengalami pendarahan yang tidak henti2, maksudnya:
"Berwuduklah setiap kali akan solat"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan