Isnin, 10 Disember 2012

Peringatan Allah

"dan sekiranya Kami menghendaki nescaya Kami akan tinggikan (darjat)nya dengan (ayat2) itu TETAPI DIA CENDERUNG KEPADA DUNIA DAN MENGIKUT HAWA NAFSU, maka perumpamaannya SEPERTI ANJING,  jika kamu menghalaunya dijulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya ia menjulurkan lidah (juga).  Demikianlah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat2 Kami.  Maka ceritakanlah kisah2 itu agar mereka berfikir" - Al A'raf : 176

Errmm... sampai pada baris ni, rasa macam semacam...rasa bermacam2..
Sangat buruk perumpamaan yang Allah buat eh... ku ulang2 baca nak dapatkan faham...
ANJING? . termenung seketika.

Inilah klu menurut tafsir, perumpamaan kepada seorang alim Bani Israel yg mustajab doanya bernama Bal'am bin Ba'ura. Hanya kerana harta dunia...dia sanggup doakan nabi Musa dan akhirnya  dia mati kufur dgn lidah terjelir hingga ke dada seperti anjing.

Pernah tok guru baca kitab...bila sampai bab dunia...kena zuhud.. katanya... "dunia ni umpama bangkai... yang dok kejar bangkai ni, anjing saja.  Bukan saya kata, tapi Rasulullah yang kata.  Jadi tuan2 cuba ambik fahamlah apa yang Rasulullah nak sampaikan.  Kerapkali anjing yang rajin dok pi kais sampah2...cari apa2 bangkai yang boleh dimakan... " Masa ni bodoh lagi...masuk telinga kanan, keluar telinga kiri... muhasabah tu kurang!

Tertangguh pembacaan pada ayat tu agak lama... aku cuba menilik2 diri.. kecenderungan diri di mana.  Adakah aku terlalu mengejar dunia hingga melupakan akhirat. 
Apakah aku ni tunduk pada hawa nafsu hingga cenderung kepada dunia dan segala kemewahan yang ada di dunia ni..
Hai lah...malang sungguh kalau asyik sangat diulik dunia...

Tak salah pun nak kaya, nak hidup mewah...jadi tak perlu meminta2.  Bukankah kita kena kerja bersungguh2 seolah2 nak hidup 1000 tahun lagi.  Tak salah pun, duit banyak, boleh infak banyak... seronok juga tapi masalahnya kalau kita tak boleh nak imbangkan antara dunia dan akhirat.  Pulun punya pulun nak kaya...akhirat ntah ke mana...

Bagus juga sesekali kena kejut macam tu eh... baru rasa nak muhasabah diri... dah muhasabah... memang muhaBASAH le jawabnya...cedih hehehhe

Tetapi apapun...baca baris berikutnya...resah terubat bila Allah memujuk... Aduhaiii manis sekali... 

"Barangsiapa diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk dan bagi siapa disesatkan Allah, maka merekalah orang2 yang rugi " - Al  A'raf : 178

Allah itu sebagaimana yang kita sangkakan...maka aku berdoa dengan harap semoga aku adalah antara mereka yang memperoleh petunjuk dan akhirnya mampu berbuka puasa dengan bahagianya sehingga mataku boleh memandang wajahNya jua....

6 ulasan:

  1. salam.sy suka blog camni.truskan berdakwah ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tkasih ziarah di sini.
      Beri teguran jika tersalah
      :-)

      Padam
  2. Pada suatu hari Abu Yazid Al Bustami berjalan bersama rombongan muridnya di sebuah jalan yang sempit. Tiba-tiba ada seekor anjing berjalan kearah yang berlawanan. Ketika berselisih, Abu Yazid Al Bustami berhenti untuk memberi jalan kepada anjing tersebut.

    Karena itu, seorang murid Abu Yazid Al Bustami berkata, “Allah telah memuliakan manusia di atas semua makhluk. Dan Abu Yazid adalah rajanya ilmu pengetahuan, tetapi dengan segala keutamaan pribadi bersama murid-muridnya, dia memberi jalan kepada anjing. Bagaimana itu bisa terjadi?”

    “Sekalipun nampak diam, anjing itu memohon kepadaku, hai anak muda,” Kata Abu Yazid pada muridnya. “Dia bertanya tentang kesalahan yang telah dia lakukan dan kebaikan apa yang telah aku lakukan sehingga dia memakai pakaian kulit sebagai anjing sedangkan aku diberi pakaian hormat sebagai raja pengetahuan. Itulah ucapan yang berhasil kutangkap sehingga aku memberi jalan kepadanya. Ya, tak ubahnya sikap saling menyayangi terhadap ciptaan-Nya yang juga berarti menyayangi Dia.”

    MORAL CERITA..hehe
    Kak Cik, sebetulnya saya yang tak reti apa ini cuma berpendapat tidak memandang makhluk Tuhan dengan pandangan yang silap. Hanya anjing tersebut menjadi najis jika ia kebasahan atau kita yang kebasahan lalu tersentuh...malahan itu pun dapat disucikan dengan 6 air mutlak dan tanah. Pendapat saya tafsiran yang Allah ingin sampaikan ialah sifat menjulur lidah, bukan bab najis. Emm...tapi Kak Cik cakap betul juga jika dari segi apa yang Kak Cik faham. Saya faham mafhum Tuhan tersebut dengan version lain pulak. Jangan mare Pu3 !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah tuan..
      Itu perumpamaan pd seorang alim bani israrl yg mustajab doanya. Hnya krn tamak dunia...

      Allah yg pnjangkn lidahnya ke dada... sbb tu Allah umpamakn sedemikian.. bgaimana buruknya perumpamaan Allah berikn... itu ada pd ayat seterusnya...

      Maaf lh eh.. sy yg kaitkn anjing dgn najis sbb dia mmg najis klu basah n trsentuh akn dia tetap 7 kali basuhan... sy krg ilmunya..mohon d tegur apa adanya

      Bknkh rasulullah jga umpamakn dunia mcm bangkai n hnya anjing sj merebut bangkai? Hadith dhoif?

      Padam
  3. askm. terima kasih peringatannya. mudahan sama dapat manfaatnya.

    BalasPadam
  4. tkasih kerana bersama d sini.
    :-)

    BalasPadam