Sabtu, 12 November 2011

Cecair Berwarna Coklat

SOALAN:
Apakah hukum yang harus diikuti sekiranya keluar cecair berwarna coklat selepas beberapa hari darah haid habis keluar?

JAWAPAN:
Sekiranya seseorang wanita yakin bahawa darah haidnya telah habis keluar dan dia telah mandi wajib, maka dia wajib menunaikan ibadah wajib.

Namun begitu, sekiranya terdapat cairan yang berwarna coklat keluar beberapa hari kemudian, cairan tersebut dikira sebagai haid dan tidak wajib baginya untuk menunaikan solat.

Bagi wanita, cairan berwarna putih yang keluar selepas darah haid habis menandakan bahawa wanita tersebut telah suci dan boleh beribadat

p/s
Haid sehingga 15 hari 15 malam.
Lebih daripada tempoh tu,,, itu dikira istihadah... sila solat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan