Jumaat, 11 November 2011

ILMU YANG WAJIB DIPELAJARI OLEH SETIAP MUSLIM

ILMU TAUHID:-
Ilmu tauhid juga dikenali sebagai ilmu usuluddin atau ilmu sifat 20 atau ilmu usul. kesemuanya sama sahaja. Ilmu tauhid ialah ilmu pegangan akidah kita supaya kita tidak terjerumus dalam syirik. Ilmu tauhid ini wajib dipelajari oleh manusia yang menggelarkan dirinya muslim kerana ia adalah ilmu farduain. Contoh ilmu tauhid ialah; Kita t...idak boleh sujud kepada makhluk kerana makhluk biasa seperti raja atau ibu bapa tidak sama dengan Allah SWT. Hanya Allah yang layak disembah. Barangsiapa yang sujud kepada makhluk lain, maka dia telah syirik kepada Allah.

ILMU SYARIAT:-
Ilmu syariaat juga dikenali sebagai ilmu feqah atau ilmu ulum syariah. Ilmu syariah ialah ilmu berkaitan hukum-hakam di dalam islam seperti hukum wajib, harus, sunat, haram & makruh. ilmu syariat ialah ilmu disiplin di dunia ini. Jika tiada ilmu syariaat, maka, akan hancurlah bumi ini kerana tiada hukum-hakam & pantang larang. Brangsiapa yang tidak mentaati syariaat Allah, maka, dia telah kufur kepada Allah. Contoh ilmu syariaat ialah; Setiap umat islam diwajibkan untuk solat lima waktu sehari semalam. Jika tidak solat, maka, kita sudah berdosa besar.

ILMU TASAWUF:-
Ilmu Tasawuf juga dikenali sebagai ilmu HAKIKAT atau ilmu MAKRIFAT. Ilmu tasawuf ialah ilmu penyucian hati bagi mengenal diri & mengenal Allah. Ilmu Tasawuf hendaklah diamalkan bagi menyucikan hati. Ilmu Tasawuf ini ialah ilmu khusus untuk beramal. Walau setinggi manapun ilmu tasawuf kita miliki, tetapi, jika kita TIDAK beramal, maka, samalah kita dengan orang awam biasa. Ilmu Tasawuf ini termasuk dalam ilmu ghaib atau ilmu rahsia Allah kerana ilmu ini akan melalui peristiwa ghaib jika diamalkan. Ilmu Tasawuf inilah yang wajib diamalkan oleh setiap muslim kerana ilmu ini adalah ilmu turun temurun yang diamalkan oleh para rasul & ambia.

APABILA DAH TAHU... CARI, PEGANG, & BERAMAL...INSYAALLAH..

ILMU TANPA AMAL SEPERTI POKOK YANG TIDAK BERBUAH, AMAL TANPA ILMU SEPERTI TANAH YANG GERSANG.

2 ulasan: