Selasa, 29 November 2011

Isteri Solehah


Kita mahukan suami yang soleh bagi memimpin kita,anak2 kita...
Kita mahukan suami soleh bagi menemani hari2 kita...
tapi
Mampukah kita menjadi isteri yang solehah???
Bagi menjadi pendamping suami

Cuba fikirkan...adakah kita ini mampu membatasi pandangan hanya pada suami.  Kita sentiasa menundukkan pandangan, tak de nak pandang orang tu hensem..orang ni hensem heheh... boleh?  Kalau boleh..andalah isteri atau bakal isteri solehah

Kita tak suka keluar rumah kecuali penting sangat.  Tak de le sket2 boring, sket2 boring... fikir..fikir...

Kita bukanlah pendendam sebaliknya suka meminta maaf meskipun kita yang dizalimi.  Kita malas nak panjang2kan cerita... ermmm... ada?

Kita mampu memenuhi hak2 suami selain mengasuh anak2 dengan sempurna.  Tidaklah sket2 mengungkit, penat jaga anak.  Tidaklah bila suami berkehendak, kita menolak. Ingat, marah je suami, malaikat laknat sampai ke pagi.  Berpeluh??? Memang harus berpeluh (dunia bercinta dan perkahwinan jauh berbeza...jauh sangat!)

Masa kita kat umah, kita kena cantik2, kena wangi2.  Bukan saja itu, kita harus berlemah lembut, tak boleh macam tarzan, jerit2 bila bercakap hehehehe... boleh control ayu ke...Boleh?

Setiap kali suami nak keluar, hantarkan le ke depan pintu, bila balik kena le bersambut.  Marah ke, tak marah ke... mesti buat! Mudah,kan?  Jangan lupa, sediakan air, sediakan rotan (ingat cerita Siti Fatimah puteri Rasulullah dengan orang yang mendahului beliau masuk syurga?) Cuba buat macam tu hehehe... Allah hu Akbar, saya tak terbuat!

Kena pandai masak, jaga kebersihan dan rumah tangga, (addeiihh..bab2 masak ni...)  Beruntung le yang pandai masak...tapi jangan masak je, umah berkecah... tak masuk list isteri solehah tau!

Kita harus bijak dalam bertindak.  Jangan le nak cerita sesuatu yang menyusahkan hati time suami balik keje, suami penat.  Kena pandai cari ruang.  Relaks2 dulu, baru cerita...baru tenang!

Jangan dok buat loglarq tunjuk kat suami yang tak sepatutnya hehehhe... Contohnya la kan, kita period..pastu tertinggal pad kat dalam bilik air. Hissshhh... jangan..jangan.. Benda2 yang kotor yang biarkan suami tengok.  Baru le kita bole jadi isteri yang best!  Semua kita jaga..dari yang kecil sampai yang besar

Nak ikutkan, memang banyak yang sepatutnya ada pada isteri solehah..tapi itulah antaranya.
Pernah ada yang  berkata.. "Alah..asyik kita je nak jaga!"
Alamak... Jangan la macam tu.. jaga la selagi mampu.  Kita kan kena ada kekuatan bila masuk alam  perkahwinan. 
Yang penting kan... sebelum tido, salam dengan suami dan minta reda dari dia..kalau kita mati malam tu...InsyaAllah..matilah kita dalam reda suami justeru kita jua mendapat reda Allah...

Belum kawin macammna? eh..belum kawin pun bole muhasabah diri tau... tengok keadaan kita ngan "boya friend" kita hehehehe.... Macammana kita dengan dia... Yang patut2 je lah.. addeeiihh... bab2 layanan mesra...itu tak termasuk list aaaa.... Saya tak mahu diperhitungkan di akhirat nanti hehehhe.... Hanya kita yang kenal diri kita,kan?

Ayuhlah Ku Azmiza
Ayuhlah sahabat2...
Kita perbaik diri kita bagi mencari reda Allah....
Jommm....

7 ulasan:

  1. hehehe......dr atas hingga bwh, hnya senyum je ketika membaca....ilmu disampaikan mampu membuat diri ini tersenyum sorang2.....

    BalasPadam
  2. Semoga Allah mencurahkan saya rahmat kerena mampu membuatkan awak tersenyum :D

    rahmat jua untuk awak hendaknya...

    BalasPadam
  3. ada ilmu dan ada keceriaan dlm penulisan....blh dpt full marks mcmni...

    semoga diberkati Allah...

    BalasPadam
  4. Amin ya Allah

    Semoga Allah memberikan kita faham..
    memudahkan semuanya yang kita lakukan kerana Allah, untuk Allah, bagi Allah

    BalasPadam