Rabu, 23 November 2011

Jom..Kita Cari Ilmu, Beramal Dengan Ikhlas

Semalam, pergi jemput abang ipar dan biras yang baru pulang dari menunaikan ibadah haji.  Aku tahu nak pergi KLIA tapi aku tak tahu mana nak tuju untuk berkumpul dengan anak2 buah aku.  "Kita harung je, abang.  Allah izinkan, sampailah kita." 


Aku tak pergi dengan anak2 buah dan orang lain sebab diaorang bertolak jam 6 dan nak singgah2 dulu.  Aku pula, nak selesaikan maghrib dulu sebelum pergi lagipula, orang haji sampai jam 9. 


Masuk saja kereta, aku sumbat telinga aku dengan ear phone dan aku pun memulakan pemanduan.  Sepanjang jalan,  aku ditemani suara ustaz yang dok cerita tentang ilmu, tentang nafsu.  Menarik... sebab apa menarik? Kerana ceramah ustaz shamsuri menjadikan aku ingat apa yang aku lupa dan aku mampu mengaitkan cerita ustaz dengan diri aku sendiri. 


Betul cakap ustaz, macam2 orang ada kat dunia ni.  Ada yang rajin pegi surau masjid untuk dengar kuliah.  Pantang dengar majlis ilmu, mesti pergi tapi sayangnya tak nak beramal.


Ada yang beramal, pulun habis tapi sayangnya tak ikhlas.  Masih lagi riak, 'ujub, takbur....

Kita ni yang mana agaknya ye?  Punya masa ke kita nak pegi cari ilmu?  Maklumlah badan penat uruskan hal dunia.  Rajin ke kita pegi dengar ustaz bagi kuliah?  ermmm... surau masjid jauh sangat... penat rasanya badan nak pegi.  Lepak2 depan TV pun best...apatah lagi musim sukan ni.  Tengok orang berenang ke, angkat berat  ke, gimnastik ke hehehhehe.... Huh... release tension seharian kat opis !
Ishhh... tak terniat pun... orang nak tengok boleh dapat emas ke tak.... ke situ pulak dia ni..
hek..hek..hek...
Bila hadir kuliah, mata kita segar ke terpejam dan mengiyakan je kata2 ustaz heheehe... Ye lah, dah tersengguk2..macam kita mengangguk la pulak jadinya.  Betullah kan bak kata ustaz Azhar...bab2 ilmu ni, memang setan bergayut je kat mata... Cuba time mengumpat hahahhaha... ada ke rasanak lelap je.. Ada?  hehehehe...Kalau ada... u memang hebatlah!  Kalau i, mata i yang sedia besar ni, akan bertambah besar lagi hahahha.... telinga i pun dah melebar selebar telinga gajah.. hik..hik...


Kita dengar ustaz pesan-memesan, agak2lah....masuk tak apa yang ustaz cakapkan tadi ke hati kita?  Kita ingat tak?  Kita bawa balik ilmu, kita beramal ke tak atau kita lupa apa yang kita belajar tadi.  Atau kita ingat apa yang ustaz bagitau cuma kita tak punya banyak masa untuk amalkan.  Allah hu Akbar, rugi kita ni kan... susah2 pegi cari ilmu,  sampai sakit2 pinggang duduk mengadap ustaz... paling tidak 1 jam.. bila kita balik, kita lupa.  Kalau ingat pun, kita tak mampu nak amalkan sebab ye lah.... orang sibuk!  Rugi kan?


Atau... Kita balik. kita amal sungguh2.. kita bermujahadah melawan nafsu malas.  Lepas tu, kita mula bercerita pada kawan2 tentang amal kita, tentang perubahan kita... Kita cakap betapa mengantuknya kita kerana qiam sepanjang malam.. Kawan2 terlopong mendengar dan mengungkapkan betapa hebatnya kita.  Dan hati kita mula terbuai2....
Kita pun budget je heheheh (betul ke istilah remaja hari ni aku gunakan!) Orang ni tak betul, orang tu tak betul...kita je yang betul. Maklumlah...kita ni banyak ilmu dan amalnya....
adddeeiiihhhhhhh.... sekali lagi rugi kita... rugi! 


Takkan kita nak jadi orang rugi seumur hidup kot!


malas cari ilmu, rugi
dah rajin cari ilmu, tak mahu beramal...pun rugi
dah beramal..punyalah rajin... tak ikhlas pulak... rugi lagi...


sampai bila nak rugi??  Asyik rugi je...bole muflis tau hehehehe....


Apa yang tertulis ni bukan untuk orang lain...tetapi untuk peringatkan diri aku sendiri sebenarnya.  Kalau anda seperti aku...tak mahu berterusan rugi seumur hidup...ayuhlah kita baiki kesilapan kita... supaya kita tidak menjadi orang yang muflis di hadrat Allah. Jom kita sama2 cari ilmu, kita beramal dengan ilmu yang kita dapat dan kita ikhlaskan diri kita.  Tidaklah kita berbuat sesuatu itu melaiankan kerana Allah, untuk Allah, bagi Allah....


aku nak ceritakan tentang peringkat nafsu sebenarnya dan bagaimana aku "terdidik" malam tadi hehehehe... tercerita pasal amal lak tapi tak kisahlah... asalkan ada pengajaran di sini..


saya sayangkan anda semua, yang mengikuti blog saya tanpa jemu kerana Allah.
Ada yang tak kena, berikan teguran.  Ada yang menyimpang dari kebenaran...tolong betulkan.

9 ulasan:

  1. yg ini.....huuwaaaaaaaaaaaaa.....den nangis ni...bankrup sudah!!!

    BalasPadam
  2. bole mulakan balik perniagaan....hehehhe...tenang!

    sedar muflis sebelum mati itu lebih baik bagi mereka yang beriman....

    Ada 3 cerita dalam kisah Salman al Farisi dengan Abu Darda... sy baru bagi 1...
    semua nak bagitau kita tentang pesan Rasulullah supaya kita besederhana dalam segala hal...

    sy kenangkan sahabat berdua ini punya kisah...hati saya teringatkan awak...

    BalasPadam
  3. TENANG!? huhu....SIBUK itu wat diri ini terbuai sudah....lalai n lalim...khdpn sdh berbeza...xtau nk maintain mcmne... :(

    ada lg 2 cerita...cpt2 update..( takut muhasabah diri kejap je, pastu ilang..mcm masa kt sekolah dlu..bila cikgu marah, insaf la kejap..cikgu kuar kelas, smua ilang..huhu..)

    teringat sy? huhuhuhu...Alhamdulillah...bkn senang tuan punye blog nk teringat kt pembacanya... :)

    BalasPadam
  4. bila bertenang, kita akan buat keputusan yang bijak. Bila kita gopoh, syaitan akan beserta.

    tentang puasa dan beramal...awak harus baca hahahahha....

    BalasPadam
  5. tp boss nak cepat2 je...klo lmbt, boss mengajuk...huhu

    pinjam buku tu

    BalasPadam
  6. buatlah sekadar mampu....

    sy dengar cerita ni dari kuliah 2 tahun lepas. buku tak dak cuma sy terpandang nota sy...jadi teringin lak nak share...

    BalasPadam
  7. tengok mana yang sesuai dengan tajuk santai2 saya tu hehehehe

    nanti salam sy buat rosa dengan lafaz Assalamualaikun wbt... pesan kat rosa...senyum la sket hahahahha

    BalasPadam