Selasa, 15 November 2011

Kata-kata Hebat....

SHEIKH MOINUDDIN CHISTI: KATA2 TERAKHIR KPD PENGIKUTNYA SEBULAN SEBELUM PULANG KE RAHMATULLAH

Cintailah kepada semua orang
Janganlah benci kepada sesiapapun
Berasa senang dengan ucapan2 saja tidak memberi manfaat
Berbicara tentang keTuhanan dan keagamaan
Dalam kata2 saja tidak membawa anda ke mana2
Timbulkan semua kuasa terpendam dalam diri anda
Zahirkan kegemilangan diri anda yang hakiki itu
Di mana saja anda berada
Ke mana jua anda pergi


Jadikan diri anda api kebenaran yang menyala-nyala
Jadikan  bunga cinta yang semerbak indah
Jadikan ubat kedamaian yang menyamankan
Dengan cahaya kerohanianmu
Hapuskan gelap kejahilan
Padamkan api permusuhan dan peperangan
Sebarkan kedamaian dan keharmonian
dalam kalangan manusia


Jangan sesekali
Menerima pertolongan dan bantuan
Daripada sesiapa selain Allah
Jangan anda pergi ke hadapan pemerintah
Jangan enggan membantu fakir miskin, janda, anak yatim
Jika mereka datang ke pintu rumahmu
Inilah tugas dan misi kita
Berkhidmat kepada manusia
Laksanakan tugasmu dengan penuh tanggungjawab dan berani

3 ulasan:

  1. sy nak p rumah sifu sy la mcmni...sy nk berurusan dgn sifu dan minta pertolongan dr Allah...boleh ke?

    BalasPadam
  2. Kalau jumpa sifu setakat untuk ini "Berbicara tentang keTuhanan dan keagamaan
    Dalam kata2 saja tidak membawa anda ke mana2".. lebih baik tido kat umah hahahhaha.... pastikan perbicaraan meresap jauh ke dalam jiwa sehingga kira rasakan tiada apapun kita ni...

    pegi umah sifu, sampaikan salam sy ya...dengan lafaz Assalamualaikum wbt

    BalasPadam
  3. hehehe....berbicara dgn sifu amatlah bertuah..bkn senang nk dpt ilmu Allah, bkn senang nk msk dlm jiwa dan bukan senang nk amalkannya pula...huhuhu

    ntah bila dpt p umah sifu lg.... akhir bln 12 agaknya...x pun 10 muharam..tp keje...jadi kena tgu ari jumaat atau ahad.. :(..insyaAllah

    BalasPadam