Sabtu, 12 November 2011

Najis Daripada Luka dan Pecahan Jerawat

SOALAN:

Adakan luka atau benda asing seperti DARAH dan NANAH yang keluar daripada jerawat yang sudah pecah itu sebagai najis?  Adakah darah dan nanan itu boleh membatalkan wuduk?

JAWAPAN:

Darah dikategorikan NAJIS dan wajib dibersihkan bagi tuntutan solat.  Sekiranya darah tersebut banyak, darah tersebut boleh membatalkan solat.  Lelehan daripada pecahan jerawat TIDAK NAJIS dan TIDAK MEMBATALKAN SOLAT.

Harus diingatkan supaya kita membersihkan terlebih dahulu jerawat yang pecah atau luka sebelum memulakan solat.  Tempat luka itu hendaklah ditampalkan dengan kapas atau alat yang boleh menahan supaya jerawat tersebut tidak meleleh keluar. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan