Rabu, 30 November 2011

Pedih Hatiku Kerana Perkataan Wali


Ya Allah...Kau permudahkanlah aku membina catatan ini
Kau permudahkan jua pemahaman mereka yang mahu mengerti
Kau bekalkanlah sedikit rasa ihsan dalam hatiku dan hati2 mereka.....

Catatan ini kubuat dengan seribu rasa...berjuta gelora jiwa.  Jantungku berdenyut kencang, terasa berpeluh badanku meski kipas berpusing kencang... aku benar2 tak keruan.

Wahai sahabat2ku, bumi memang sudah tenat...memang sudah tidak mampu menanggug dosa hamba2 Allah agaknya... marilah kita beristigfar dan terus beristigfar bagi memohon keampunan pada dosa2 kita kecil ataupun besar, nyata atau tersembunyi, sengaja atau tidak kita sengajakan...

"Ku tahu tentang wali?"
"Ku tahu tak yang budak muda pun jadi wali?"
"Orang kat situ tu...mengaku dia wali"
"Nak sangat rasanya berubat dengan wali tu"
"Tukang ubat tu kata dia dah tahap wali,ku!"

Telinga aku disumbat dengan ayat2 yang boleh membuatkan aku terkesima. Perkataan "wali" terlalu tinggi untuk aku...wali itu penolong agama Allah..!


Sesetengahnya baru tahu sikit ilmu Allah, sudah mengaku wali Allah. Rasulullah tidak pernah mengaku wali sedangkan kalian tahu bagaimana Rasulullah,kan?  Kalian tahu pengorbanan Rasulullah,kan?  Baginda cuma mengaku nabi akhir zaman, itupun setelah turunnya wahyu.  Begitu juga para sahabat, mereka adalah penolong agama Allah yang cukup hebat, berjasa besar tapi tak pernah mengaku wali.  Ya Allah, kenapa hari ini, terlalu ramai yang mengaku wali ?  Kasihan mereka yang tak punya ilmu yang akan menerima bulat2 kenyataan tersebut dan akan terus taksub sehingga dapat menyekutukan Allah. ergghhhh... aku tension!  SEORANG MUKMIN YANG SEJATI TAK KAN MUDAH DAKWA DIRI DIA WALI WALAU BANYAK JASA DIA PADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA tau!

Kita ni, baru tahu sedikit ilmu Allah, boleh cakap sampai orang terlopong, telah masuk banyak tareqat, sudah sampai tahap hakikat, boleh mengubat orang sket lebih kurang, boleh masuk alam ghaib bagai...sudah mengaku sampai tahap wali! Ayuhlah... pandang semula ke bumi...lihat apa yang ada di bumi.. jangan asyik mendongak ke atas sayang, kerana takut tersadung di bumi!  Aku jua ahli tareqat, aku juga pengamal tareqat, aku jua punya ramai kenalan yang istimewa tapi aku tak pernah melihat mereka sebagai wali dan mereka juga sering mengatakan... ini istidraj...ini istidraj! Sape aku nak dapat karamah.  Yeah...itu sepatutnya!

Wali tu taat pada Allah, depan atau belakang orang! Bukan belagak baik depan orang, zuhud tapi belakang, subuh pun tak bangun!  wali tu ialah mukmin yang bertaqwa. 
Sabda Rasulullah "Wali itu ialah orang2 yang apabila dilihat oleh orang lain, mereka dapat menggalakkan orang lain itu berzikir kepada Allah"

Wali Allah juga orang yang mengasihi ALlah dengan melakukan semua perkara yang dikasihiNya dan menghampirkan diri kepadaNya dengan melakukan perkara yang diredaiNya.  Cuba tengok kita ni, kalau masih berdengki, berhasad, cakap kita yang suka menyakitkan hati orang lain, masih suka tengok susuk tubuh wanita yang indah... letaklah tahap diri kita di mana, sayang!

Wali Allah ialah mereka yang mendalami ilmu syara'.  Ilmu tu kan asas pada amalan, ilmu tu juga akan jadi pemimpin manakala amalan jadi pengikut.

Mereka juga kasih akan Allah dan Rasul.  Tak kira dalam apa keadaan mereka akan ikut dan taat.  Mereka takkan culas menekuni amalan fardhu.  Buat pula dengan seikhlas mungkin dan tak dak niat lain selain Allah.  Dah bagus amalan fardhu, amalan sunat pun banyak dilakukan.  Inilah amalan yang dapat menampung kekurangan amalan fardhu.  Ibaratnya kain koyak, nak kita tampal...nak ambik kain yang mana kalau tak dak lebihan kain.  Jadi, kena la buat amalan sunat banyak2 sehingga dikasihi Allah.  Pernah dengar/baca hadith ni?,
"HambaKu tidak menghampirkan diri kepadaKu dengan satu amalan seumpama amalan yang Aku fardhukan ke atasnya.  Sentiasalah hambaKu menghampirkan diri kepadaKu dengan amalan sunat sehingga aku mengasihinya.  Apabila aku mengasihinya, Aku adalah pandangan yang ia melihat denganya, pendengaran yang ia mendengar dengannya, tangan yang ia membentang dengannya dan kaki yang ia berjalan dengannya"
ermmmmm.... dah jadi wali, dikasihi Allah, taklah telinga kita ni suka dengar perkara2 tak elok, umpat itu ini, dengar lagu2 yang mengkhayalkan, tak le kita gunakan mata untuk tengok susuk tubuh wanita nan indah, tengok lenggok si kekasih hati, tengok yang menjadikan mata kita terzina, kaki lak..tak de le menghala ke tempat tak senonoh sebaliknya lebih gemar berjemaah di masjid,surau!  Rajin ke anda yang mengaku wali ni berjemaah atau sekadar berjemaah depan masjid negara ;)

Selain tu, wali ni gemar berdakwah kepada masyarakat selain zuhud terhadap dunia.  Tak de le sikit2 duit, sikit2 duit!  Tadak duit, susah hati.  Dunia ni kenderaan je menuju akhirat.  Sape yang cinta sesuatu kerana Allah dan benci sesuatu kerana Allah? ha...tu le wali Allah bukan wali syaitan!  Bila tengok hukum Allah dicabul, memang le marah, tak de apa kepentingan untuk mereka pun melainkan mereka buat tu sebab mereka telah merasai kemanisan iman! 

Bila kelihatan orang ikut nafsu dan ahli bida'ah...mereka takkan ikut.  Bukan ke Allah dah melarang orang beriman bergaul dengan orang yang suka ikut nafsu dan ahli bida'ah?  Cuba tengok sikap Rasulullah kepada Ka'ab bin Malik ngan 3 yang lain yang tak mau pergi berperang.  Kita bole buat ke?  Lagi... mereka ni bersikap wara' dan meninggalkan perkara syubhah juga amar maaruf nahi mungkar.  Apa jua tindakan mereka, mereka sangat bertawakal kepada Allah...semua serah kat Allah kat mana pun mereka berada. 

Akhlak mereka sangat mulia...kalau bercakap dengan lemah lembut, adakan hubungan dengan orang2 Islam secara molek, tak suka marah2, boleh menahan marah yakni sabar (kalau orang kutuk pun, tenang je...cakap elok2 nak pertahankan diri bukan dengan cara memaki bagai.....), kalau makanan terhidang, mereka tak mencela (sedap makan lebih, tak sedap makan sket..habis citer!), pantang dengar orang sakit, mereka akan ziarah, hormat orang lain dan semualah yang berkaitan akhlak.  kita ni, kalau masih penting diri, sket2 nak marah, sket2 nak marah, cakap kalau tak maki tak sah... rasanya..elok kita muhasabah diri kita dulu sebelum mahu melihat diri kita ni wali! ayuh...bermuhasabah

Lisan mereka pun terjaga... takkan cakap benda yang sia2 dan tak penting, tak suka cakap bohong, mencaci, melaknat, mengumpat, adu domba dan semua yang berkaitan lisan.  Kita bole ke jaga lisan kita.  Sabar ke kita kalau orang kutuk2 kita... Nasib tak  baik kita pun turut sama jadi bodoh sama dengan orang yang kutuk kita padahal orang tu Allah kirim untuk uji kesabaran kita.  Kalau ini pun tak lepas...udah2 le... beramal lagi terus beramal sehingga kita berakhlak mulia, ok!

Hati2lah sayang...antara wali Allah ngan wali syaitan!  Syaitan ni bawa jarum yang halus, kita tak perasan pun kena tusuk.  Makin alim orang tu, makin suka syaitan kacau.  yang datang kat orang banyak ilmu ni bukan le prebet2 ni... jeneral yang ambil tugasan!  Kita ni manusia yang selalu leka...jadi jangan sangka kita tak mampu dipengaruhi syaitan.  Sedangkan orang yang beriman pda Allah spanjang hidup dia akhirnya mati sesat kerana syaitan...kita ni, sapelah...kan...kan...
Jom...kita beristigfar...
smile!



11 ulasan:

  1. dan alam terhenti berbicara..... :D

    BalasPadam
  2. alam x pnh berhenti berbicara..sentiasa bertasbih memuji-Nya...

    wali Allah...bkn sng nk dpt 'title' tu

    BalasPadam
  3. alam terhenti berbicara melihat rakus manusia,ekin

    yang tak pernah berhenti...ialah bertasbih! :)

    haah...ingat mudah! wali sendiri tak tau dia wali...
    yang dok heboh dia wali tu....kuali je hahahhahaha

    BalasPadam
  4. mesti alam sedih dgn tingkah laku kita kan....sbb hnya kita 'manusia' yg akan dpt balasan di atas perbuatan kita manakala mereka tidak...

    sungguhpun mereka x diseksa kelak, tp mereka sentiasa bertasbih...kita yg akan diseksa, lalai jg nk bertasbih kpd-Nya :(

    kuali baru keluar dr kilang...hehehe

    BalasPadam
  5. apa nak katakan...itulah nikmat jadi manusia!
    kat dunia, kita tebang pokok, kita cemarkan sungai, kita bakar sampah tak kira tempat hehehhe...
    kat sana giliran kita la pulak ditebang, dibakar hehehhehe

    rasanya kuali tu dah tebakar bontotnya heheheh..dah digunakan.. :)

    BalasPadam
  6. nikmat mmg nikmat...x dpt nk dustakan...huhuhuhu....kita kelak ditebang n dibakar..skg nie, pokok yg ditebang n dijadikan kayu api...kelak, kita plak jd bahan2 api neraka...huhu

    kuali fresh pun leh terbakar bontotnya..mesti x dak ISO n x tahan lama kualitinya :(

    BalasPadam
  7. na'uzubilillah...sama2lah kita minta rahmat Allah. Kita tak masuk syurga oleh sebab amalan kita tapi dengan rahmat Allah jua... Kalau bersandarkan pada amalan...harus ke neraka jawapannya.

    hehehe... itulah kuali... jadi jangan kita jadi kuali..

    BalasPadam
  8. mudah-mudahan kita ditempatkan dibawah panji-panji Nabi Muhammad SAW di kiamat kelak n mendapat syafaat Baginda dgn izin Allah Ta'ala...amin Ya Rabb.


    klo benar2 kuali berkualiti, mesti pyh jumpa...sbb terlalu berharga, sukar ditemui...

    BalasPadam
  9. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu curahan rahmat dari sisi-Mu, yang dengannya hatiku mendapat petunjuk, terkumpul segala yang bercerai-berai dan terhimpun segala yang terpisah-pisah, tertolak segala fitnah atas diriku dan bertambah baik urusan agamaku, terpelihara segala sesuatu yang jauh dariku dan terangkat apa yang dekat denganku, disucikan segala perbuatanku dan dicerahkan wajahku, diberi ilham menuju petunjuk dan terpelihara diriku dari segala sesuatu yang jelek.

    BalasPadam