Selasa, 15 November 2011

Pesanan Rasulullah Bahagian 1

TELITIKAN PESANAN RASULULLAH BERKAITAN MAKANAN:

1...Allah tidak menjadikan penyakit melainkan dijadikanNya juga ubatnya kecuali mati.  Firman Allah, bahawa sesiapa yang hidup menurut petunjuk al Quran akan lanjut usianya.


2.   Asal segala penyakit ialah sejuk.  Oleh itu, makanlah apabila anda kehendaki atau perlu dan jangan makan apabila tidak perlu.


3.   Perut itu rumah penyakit dan puasa raja segala ubat.  Oleh itu, jadikanlah ini kebiasaan kita.


4.   Pada pandangan Allah, makanan yang paling baik ialah makanan yang dimakan beramai-ramai.


5.   Makan seorang diri semasa sarapan pagi ialah makan dengan syaitan.
       Makan dengan seorang lain ialah makan dengan raja yang zalim.
       Makan dengan 2 orang lain ialah makan dengan para Nabi a.s


6.   Biarkan makanan agak sejuk sebelum makan kerana MAKANAN PANAS TIDAK BERKAT.


7.   Apabila makan, tanggalkan kasut kerana dengan itu kaki lebih rehat.


8.   Ada keberkatan pada makanan ditengah pinggan.  Oleh itu, mulakan makan makanan yang di tepi pinggan dahulu. 


9.   Ada keberkatan dalam 3 perkara.  Dalam sarapan pagi, dalam roti dan dalam sup.


10.  Berus gigi dengan 'miswak' selepas makan dan kemudian berkumur2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan