Jumaat, 25 November 2011

Sekadar Berpesan2 Kepada Adik2

Firman Allah : "Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kedekut.  Apabila dia ditimpa kesusahan, dia berkeluh kesah dan apabila dia mendapat kebaikan, dia amat kedekut"

Amat benarlah firman Allah itu...


Begitulah kita manusia.. tanpa segan silu berkeluh kesah apabila diuji tanpa kita sedar...kita diuji kerana kita sedang diperhatikan.  Seharusnya kita bersyukur seadanya kerana masih dipandang Allah.  Apakah hilang semua masalah apabila kita berkeluh kesah... tidak...tidak sama sekali malah masalah akan bertambah dan bertambah.


Apa yang harus dilakukan?  Bukankah lebih baik, kita bermuhasabah...kenapa dan mengapa aku diuji.. tidak ada sesuatu kejadian pun yang Allah turunkan tanpa hikmah...


Aku bukan sesiapa...aku cuma seorang guru yang masih tercari2 sinar... aku pernah berada di lorong yang maha gelap...dan aku teraba2 mencari cahaya.  Dalam aku meraba2 laksana orang yang kehilangan mata, aku sering bertanya Allah... dimana cahayamu, Ya Allah...?


Hari ini, aku sering dikunjungi adik2 yang masih mencari2 diri (kunjungan mereka sebenarnya adalah ujian Allah untuk aku...aku sedar tu!).  Masing2 dengan masalah tersendiri tapi sebenarnya sama...MEREKA SEDANG DIUJI!


Aku tak terkecuali adik2...malah ujian aku amat berat sekali tapi aku sentiasa ingatkan diri aku akan firman Allah bahawa ujian yang Dia turunkan berdasarkan kemampuan hambaNya.  Jadi meski ujian itu amat berat, aku selalu katakan pada diri aku...Allah tidak pernah berdusta.  Aku direkrut dengan dahsyat sekali bersesuaian dengan permohonan aku... "tunjukkan aku cahaya dan aku terlalu ingin berkasih denganmu"


Ermmmm... kesudahannya...aku kehilangan suami, anak2, ibu bapa dan saudara, kehilangan pekerjaan jua.   aku hilang semuanya! Yang tinggal hanya aku...aku sendirian!  Boleh anda bayangkan????  Anda tak ada rumah untuk berteduh...rumah anda hanya kereta.. anda ke hulu ke hilir berkereta cuma untung saat itu...wang simpanan anda masih bersisa.  Ke mana anda nak tuju? Kepada siapa anda nak mengadu? Apa yang anda punya saat itu?


Ujian yang begitu berat aku lewati menjadikan aku semakin mengerti...sms aku sedang dibalas oleh Allah... Saat bersendirian begitu, aku punya masa yang sangat banyak dengan Allah...aku punya banyak masa untuk bertafakur..setiap saat aku hanya dengan Dia!


Kalau anda dizalimi, anda marahkah?
Tentu sangat marah,kan??
Tentu rasa ingin membalas segala keburukan orang pada kita,kan??


Apa yang boleh aku nasihatkan, jangan marah! yakinlah...bahawa Allah izinkan kita dizalimi kerana Allah ingin mendidik kita...Allah ingin memberikan kita sesuatu!  Andai kita reda, andai kita ikhlas... kita pasti akan menikmati buah sabar yang cukup lazat.. percayalah!


3 tahun aku dalam ujian... perit!!..tetapi aku tak pernah berkeluh kesah jauh sekali menyalahkan takdir .  Sudah tertulis, aku diuji sedemikian tupa... itu tarbiyah Allah swt...dan aku terima dengan reda meski aku hilang semuanya!  Allah tak pernah berdusta dalam janjiNya untuk orang2 yang bersabar... hari ini aku dapat menikmati semuanya... dengan lebih indah dari dulu!  Aku hanya berasa sakit, perit 3 tahun tetapi InsyaAllah...Allah akan memberikan aku kebahagiaan sepanjang usiaku... (aku sentiasa berbaik sangka dengan Allah)


Aku sangat bahagia hari ini dengan keadaan aku sekarang...
Bukan sahaja berkaitan hubungan dengan Allah tetapi dengan manusia jua...
Hari ini, aku semakin menikmati apa jua ujian yang Allah turunkan,InsyaAllah
kerana kekuatan aku untuk menikmati ujian itu cuma 1...
"Allah uji kita berdasarkan kemampuan kita"
Itu satu motivasi untuk aku terus kuat mengharung takdir...
Tiba saatnya, ujian itu pasti ternoktah!


Adik2... kenapa harus ditangisi pada masalah?
andai....kita kehilangan kasih sayang dia yang bernama kekasih..ingatlah dik... Allah mahukan yang terbaik untukmu.  Lelaki itu pasti bukan yang terbaik..Bukankah ALlah lebih tahu,  Kita sangkakan sesuatu itu baik untuk kita tetapi dalam pengetahuan Allah itu tidak...justeru Dia terbalikkan! jadi..la tahzan.. pandang af'al Allah dik...kamu akan lebih kuat.


Kenapa sehingga hari ini saya tak boleh ada anak sendiri kak?
Sulit sangatkah kamu mahu faham mesej Allah,dik...
Apa masalahmu sekarang?  Kamu sering sakit2,kan? Ada ketikanya kamu terbaring berhari2?  Suami sering ke luar kota kerana bertugas.  Bukankah Allah itu lebih tahu daripada apa yang kamu tahu jika kamu mengandung..jika kamu punya anak dalam keadaan kamu sekarang ni.


Kenapa ibu mertua saya tak boleh nak terima saya,kak?
Allah mahu mendidik hatimu,dik.
Allah mahu berikan kamu syurgaNya. Syurga Allah tu mahal harganya.
Lihat keadaanmu hari ni,dik... kamu kasar sangat meski kamu baik sebenarnya. 
Tidakkah dengan demikian, kamu berusaha memenangi hati ibu mertuamu.
Kamu akan masakkan dia makanan yang enak2, kamu akan berlemah lembut dengannya demi tidak mahu memancing masam wajahnya.  Kamu akan berusaha mengambil hatinya bersungguh2 dan hasilnya...nah! tidakkah berbeza kamu yang dulu dan sekarang?  Yang penting, kamu sudah bertudung dengan manis sekali demi memenangi hati ibu mertuamu hahahahha.... (bertudung dgn niat untuk mertua pada awalnya..InsyaALlah...akan datang buat semua tu kerana ALlah nanti. Ibu mertua hanyalah asbab) 


Allah mahu memberikan kita yang terbaik...justeru redalah pada apa jua yang Dia turunkan. Nikmatilah!  Kalau mahu menangis...menangislah tapi jangan berkeluh kesah.  CUba cari...apa Allah nak beri sebenarnya.. Allah tak pernah zalim,dik... yang zalim itu kita! Diri kita sendiri... Ayuh... kita belajar untuk reda...


Ingat...ada orang di luar sana yang sedang mengharungi ujian yang lebih hebat dari kita!

20 ulasan:

  1. Allahu Akhbar...byk perkara yg dpt arini..ilmu, muhasabah diri n penuhkan qalbi semula....

    setiap kita akan mengalami perkara yg sama cuma cara penyelesaian yg berbeza dan bergantung pd cara pemikiran individu tersebut...jika melihat dr sisi Allah, insyaAllah x ada masalah...klo dr pandangan iblis, ahhh...yg nie byk masalah akan wujud dgn izin Allah...

    BalasPadam
  2. sekiranya tidak dipandang af'al Allah... tindakan kita akan bersesuaian dengan galakan nafsu dan kita akan terdidik oleh syaitan....

    InsyaALlah selamat..jika kita memandang pada didikan Allah untuk hati dan jiwa kita!

    BalasPadam
  3. manusia diciptakan mmg byk kelemahan n kekurangan....benda baik atau musibah, smua dr Allah...

    beruntung bg sesiapa yg melihat sesuatu masalah itu dr sisi Allah

    BalasPadam
  4. adindaku sayang.... tidak Allah menjadikan sesuatu itu sia2

    apa yang mampu menampung kelemahan dan kekurangan, tuan puteri?

    Bukankah ilmu... dengan ilmu semua beres, InsyaAllah beserta dengan rahmatNya jua...

    Bila ada ilmu...kita akan pandang af'al Allah setiap apa jua kejadian dan musibah..

    kita kaya...itu ujian, musibah sebenarnya. Bagaimana kita nak atasi ujian itu agar kita jadi hamba berbahagia...justeru kita perlu ada ilmu....

    BalasPadam
  5. benar..semua yg diciptakan ada hikmahnya tersendiri dlm pandangan Allah..hanya Dia meliputi segala sesuatu..

    ilmu lah yg dpt mengisi kekurangan n kelemahan dgn izin Allah Ta'ala juga...

    kena ada ilmu akhirat, klo pakai ilmu dunia dlm meneliti masalah, lain jadinya....( sy hnya ingat kisah kaum Nabi Musa a.s dimana bila mereka dpt nikmat mereka kata ia dr Allah, dan bila dpt musibah, mereka salahkan Nabi Musa a.s sehinggalah Allah berfirman: semuanya samada baik atau buruk dr-Nya..

    kaya miskin sama aje kan...dua2 kategori ini sdg diuji...kita hidup didunia ini sbb Allah nk uji kita sebenarnya..betul x ni?

    BalasPadam
  6. segala apa jua...dengan Rahmat Allah belaka....

    Jika disebut ilmu, harus bermanfaat sama ada untuk kita hidup di dunia atau untuk akhirat kita. bila memiliki ilmu, kita InsyaAllah..boleh hidup dengan seimbang.

    sungguh benar...kaya miskin itu ujian. jika miskin bertaqwa tidaklah ia akan kufur... sbb itu sy kata...sy nak kaya...sy nak jadi orang kaya bertaqwa... :)

    BalasPadam
  7. bukankah ilmu yg manfaat itu ilmu yg dpt mendekatkan diri kita kpd Allah?

    klo kaya tp x bersyukur, kufur jg...

    BalasPadam
  8. ya...demikian pentingnya ilmu bermanfaat....
    ada ilmu tak amal tak guna
    amal tanpa ilmu lagi hancur...
    ibarat yahudi dan nasrani
    golongan yang sesat dan golongan yang dimurkai....

    tidak ada manusia yang tidak bersyukur andai memanfaatkan ilmu....

    BalasPadam
  9. jika ada ilmu mengenal Allah, insyaAllah kita pasti akan bersyukur...jika pakai ilmu dunia n x kenal Allah, pasti manusia akan ckp, 'Aku berjaya atas usaha aku sendiri'

    BalasPadam
  10. jadi........
    bersedialah untuk turut menerima nasib sebagaimana qarun

    BalasPadam
  11. jgn minta mcmtu....mane ada hamba yg mahukan kemurkaan dr Allah... :(

    semua ingin nikmat2 yg baik2 dr Dia

    BalasPadam
  12. baca dan fahamkan maksud saya baik2...

    catatan ekin "aku berjaya atas usaha aku sendiri" itu sama seperti kenyataan qarun...
    kalau mahu jadi seperti qarun, bersedialah untuk menerima nasib sebagaimana qarun.

    itu maksud saya..... merujuk kepada hamba yang begitu sombong dengan Allah...

    BalasPadam
  13. huhuhu....copy ayat qarun la tu..tp sy pnh jg dengar manusia ckp apa yg dia miliki atas usaha dia sendiri...

    maksud sy, jgnlah akak minta sy ckp mcm ayat qarun..sy x nak kemurkaan Dia..

    BalasPadam
  14. "..saat hati berkata ingin,namun Tuhan berkata..TUNGGU...
    saat air mata harus menitis..Tuhan berkata..TERSENYUMLAH..
    saat semua terasa membosankan..Tuhan berkata..TERUSLAH MELANGKAH..
    kerana Tuhan lebih dulu tahu rancangan apa yang mndatangkn kebaikan dlm hidup kita hari ini.....

    BalasPadam
  15. subhanAllah...Dialah maha segala...

    Jangan Kau serahkan diriku kepada diriku sendiri walau sekelip matapun, ya Allah...

    BalasPadam
  16. 'niti p'hidupan b'gelar manusia, sy bljar bnyk bnde...m'genal mnusia m'buat'k dri lbih knal Sang Pencipta.. m'buat'k dri lbih m'gagumi k'bsaraNYA.. jg m'buat'k dri lbih kental dlam m'nrus'k p'jlanan hdup... b'liku mgkin... msekan mse'k p'jlan hdup kte sume lrus je kan..?? itux mgkin krne Allah dh atur sgale'y....

    BalasPadam
  17. dugaan dapat jg mendewasakan jiwa kita kashaf.....kisah silam mmg byk bg pelajaran pd kita ttg khdpan di dunia nie...huhu

    BalasPadam
  18. sekali lagi kolam mata berkaca biarpun beribu kali berjanji pada diri; tiada lagi rasa sedih atau air mata untuk meratapi sebuah ketentuan takdir yang tersurat. Biarlah hati menerima dengan rsa penuh lapang dan pasrah atas segalanya.......sudah pasti inilah yang terbaik untukku....bukankah Allah Maha Mengetahui apa yang ingin diberikan buat hambaNya....

    BalasPadam
  19. tiada perancang dan pelaksana yang paling sempurna selain Allah yang Maha Segala...
    Berlapang dadalah pada setiap apa jua yang mendatang.. Allah sedang menilikmu...bersyukurlah!

    BalasPadam