Khamis, 10 November 2011

Semoga Kita Tidak Termasuk Dalam Golongan Ini.....

10 GOLONGAN YANG TAK DITERIMA SOLATNYA....

1.     Orang tidak berjemaah setelah mendengar azan ( menurut ulama, azan tanpa     pembesar suara yakni menggunakan suara asli)

2.     Orang yang tidak mengeluarkan zakat

3.     Orang yang berzina

4.     Pencuri / Penyamun

5.     Minum arak meskipun setitik

6.     Makan dan minum yang haram sama ada haram mutlak atau haram kerana bukan hak. Haram mutlak - babi, biawak, harimau, katak dan lain2 yang sewaktu dengannya
Haram kerana bukan hak - amik tanpa izin...

7.     Pemakan riba
Perasan2kanlah.... riba ke tak riba bila buat pinjaman..bila buat tabungan...

8.     Hamba yang lari daripada tuan
Mengikut kata ulama - suami yang lari tinggalkan isteri juga maksudnya. Tinggalkan isteri digantung tidak bertali...

9.     Menjual yang haram
Nak cari pendapatan lebih, jual biawak kepada orang bukan islam untuk dibuat lauk... eh.. jangan.. tak boleh...

10.     Perempuan yang masam mukanya
yang ini... ermmm... ada ke isteri yang tak pernah bermasam muka dengan suami?
muhasabahlah diri masing2... Allah hu Akbar.. apa resepi sabar agaknya???? kata nak dapat pahala syahid...karenah suami pun tak mampu ditangani..


Wahai sahabat2 yang diredai Allah:
saat kita berdosa begitu, amalan kita tergantung2... marilah kita naikkan amalan kita ke hadrat Allah dengan BERTAUBAT. Dengan taubat, jadilah kita hamba yang berbahagia...

7 ulasan:

  1. x lupa kpd isteri yang dimarahi suami...pun solat x diterima..dan imam yg dibenci oleh makmum juga x diterima solatnya....adauhai......suami isteri kena sentiasa menjaga hubungan baik antara mereka.. :)

    BalasPadam
  2. solat suami yang meninggalkan isteri,dgantung tak bertali...itu tak diterima.
    perkahwinan tu penuh duri...cabutlah pelan2..agar selamat..hehehehhe

    BalasPadam
  3. menakutkan betul alam perkahwinan...tp org ckp rugi x kawin...tp den rasa, mcm byk tgjwb n amanah yg pelu dipikul..

    BalasPadam
  4. kalau tidak besar peranan isteri,tidaklah Rasulullah bersabda kepada seorang perempuan yang bertanya bahawa kalau ada luka pada suami, nanah tersebut dijilat oleh si isteri belum lagi tertunai hak suami.
    besar pun hak suami....
    sbb tu,nak kawin kena ada ilmu... kalau tak,syurga yang diharapkan,neraka yang menyambut...
    na'uzubillah

    BalasPadam
  5. kisah perkahwinan pd zaman Rasulullah byk pengajaran sekaligus wat sy seram nk kawin..takut x tertunai tgjwb

    BalasPadam
  6. tak kawin tak tahu....jadi kena kawin hahahah...

    InsyaAllah..kalau ada ilmu,semua beres!
    Masam sket..Ingat amaran Allah...pasti akan bermanis muka semula

    BalasPadam