Sabtu, 19 November 2011

Sihat Sebelum Sakit

Melangkah ke hadapan....
Bergerak ke belakang...
Langkah ke kanan
Langkah ke kiri...


yang ada cuma mereka yang berpakaian putih bersih... tapi dalam 2 keadaan yang berbeza.  Sebahagian mereka yang ke sana ke mari membawa ubatan, alat suntikan, alat mengepam darah...
Sebahagian lagi..muka yang resah..wajah yang gelisah...riak yang bosan..


Memandang dan terus memandang..yang kelihatan cuma ada tubuh yang berselirat dengan wayar, ada tubuh terbaring lesu sedang di urut lembut anak yang berbahagia, ada yang bertopeng dgn topeng oksigen... aduhai...semua keadaan ini meruntun hati dan jiwa...


kupandang wajah ibu mertuaku...yang ternyata pucat merenung lemah.  Saat kupandang wajahnya dan wajah2 lesu yang lain...teringat aku akan pesan Rasulullah kesayanganku...

Pergunakan masa mudamu sebelum datang masa tuamu
Pergunakan masa luangmu sebelum datang masa sibukmu
Pergunakan waktu sihatmu sebelum datang waktu sakitmu
Pergunakanlah waktu kayamu sebelum datang waktu miskinmu
Pergunakan hidupmu sebelum datang matimu

Ya Allah...Rasulullah tak pernah berdusta...pesan Rasulullah tak boleh dipandang mudah.
Saat terbaring lemah begini, dengan wayar berselirat di tubuh, dengan jarum yang ada di belakang tapak tangan, dengan pampers yang tak pernah kering...bagaimana dapat mereka menghadap Allah yang Esa sebagaimana biasa!


kubisik pada ibu mertuaku, "dah zohor,mak...kita solat ya?"
Sayu aku dipandangnya, "dah berapa waktu solat mak tinggalkan, za?"
Perlahan aku khabarkan, "10 waktu,mak."
"Macammana mak dan solat, mak tak bersih..najis!"
"Za bersihkan, za amikkan mak wuduk, bahagian tangan yang ada jarum tu, kita tayamum, mak dah boleh solat." aku pujuk dan pujuk...
"Tak bersih... kalau dapat mandi, mak yakin sikit. Kalau basuh kat atas katil ni, hati mak syak" kata ibu mertuaku perlahan


Allah hu Akbar... apa lagi yang mampu aku katakan..melainkan tersenyum dan berseloroh aku kata aku akan catat dalam buku hutang... berapa banyak hutang dia dengan Allah! Dia tersenyum dan dengan yakin berkata bahawa dia akan qada sebaik sahaja wayar2 tersebut dibuang.  Dan aku cukup yakin akan ibu mertuaku kerana dia adalah hamba Allah yang tak pernah culas dengan ibadah dan akan khatam ada ketikanya seminggu sekali.  Semoga Allah merahmatimu,mak dan kembalikan kesihatan yang baik agar dapat terus menjalankan ketaatan.


Aku panggil anak2ku dan nyatakan ada pengajaran yang berguna untuk mereka sekiranya mereka mahu mengambil ingat.  Aku katakan pada mereka...lihat keadaan nenek..pandang diri sendiri.  Kalau hari ini, semasa tubuh kuat lagi sihat tidak mahu beramal...nak tunggu bila lagi.. Bila dah sakit dan lemah begitu..apa lagi mampu kita lakukan?  Allah bagi kita ruang dan kesempatan....rebutlah kerana kalau tidak...kita akan menyesal seumur hidup bukan saja sesal ketika lemah di atas katil tapi sesal jua saat kita di negeri kekal.  Insaflah,anak2!


Ya Allah... sentiasalah beserta kami semua... teruslah mendidik hati kami agar kami sentiasa melakukan ketaatan

7 ulasan:

  1. sayu ketika membacanya....sofea patut baca kisah nie, x dak nak salahkan faiz...huhu..apa2 pun, semoga diberi kekuatan dan ketabahan dr Allah keatas nenek dan semua ahli keluarga....semoga cepat sembuh..

    BalasPadam
  2. Sy mendidik faaiz dan adik menghargai orang tua... sy nak diaorang tengok...tanggungjawab seorang menantu...

    banyak yang sy nak dioarang belajar..sbb tu sy susun tugas masing2 untuk jaga nenek. faaiz dapat jaga arwah datuk dengan baik dulu,Alhamdulillah..

    BalasPadam
  3. bagus dh cara akak didik anak2....semoga ramai yg jd ikutan akak dlm cra mendidik anak..."terkenang arwah nenek moyang"...

    masing2 ada tugas...mmg patut pun sibuk...huhuhu....ok la tu, anak2 akak mmg anak2 yg baik

    BalasPadam
  4. Anak2 tu amanah...setakat mana diaorang menjadi...itu dikembalikan kepada Allah...

    haah...adik jaga sampai kul 9mlm td. sekarang giliran sy pulak. esok pagi faaiz amik alih..

    BalasPadam
  5. akak kt hospital ka nie? duk wad ccu ka?

    AMANAH tu la yg akan dipertanggungjawabkan kelak...itulah plg berat sekali

    BalasPadam
  6. haah...kat hospital.

    banyak amanah yang kita bawa yang gunung ganang tak sanggup nak terima kecuali dunia ni yang terima :)

    BalasPadam
  7. biasanya klo seranagn jantung msk wad ccu...

    amanah itulah den takut...

    BalasPadam