Ahad, 13 November 2011

Suatu Hari Pada Hari Isnin Nan Indah

"Ku, minta tolong gantikan Hazalida...ngajar BM kat kelas 5 MPV 2 minggu ni, boleh?" kata Kak Umi pada satu hari Isnin nan indah :)


Aku pandang muka kak Umi, "5MPV,kak?" Dengan air muka yang tak tahu nak aku tafsirkan.


"Haah..Hazalida jaga PMR.Ku tolong ganti ek!" lemah aku dengan suara lembut kak Umi hehehhe... Sebrutal2 aku boleh cair dengan kelembutan..


Aku menyatakan persetujuan dan hepi rasanya...bila tengok air muka kak Umi yang ternyata lega. teringat aku akan hadith kelebihan kita memudahkan orang lain dan aku reda......


Melangkah ke bilik guru, aku terfikir2...apa nak buat dengan budak2 kelas MPV. Semua guru kalau masuk kelas tu boleh histeria...boleh migrain hahahahha... dan aku menanti hari Rabu dengan penuh debaran.  Jantung aku memang berdegup kencang. Berpeluh! hahahha.... Allah hu Akbar


Masuk ja bilik guru, selesaikan rutin aku dengan al Kholiq...aku mula berselawat minta Allah berikan aku petunjuk...apa yang nak aku buat dengan budak2 yang macam tak nak belajar ni.  Pegang itu tak kena, pegang ini tak kena dan di minda aku hanya tergambar wajah anak2 5MPV. Macammana aku nak buat ni ya Allah... Macammana kalau aku tak boleh kawal diri...Berilah aku pertolongan, ya Allah... Kau maha kuat...pinjamkan aku sedikit kekuatanMu...


Berselawat,berdoa..itu yang mampu aku buat dan aku diberikan Allah ilham...Alhamdulillah.  Aku bukan takut akan budak2 kerana takut aku hanya kepada Dia yang satu.... cuma aku tak mahu terjadi yang bukan2 di dalam kelas apabila aku hilang sabar huhuhu......


Hari Isnin berlalu dengan indah setelah hadirnya pertolongan Allah.... dan aku semakin meyakini...Rabbi yassir...Wala tu'assir...Ya Karim...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan