Isnin, 21 November 2011

Takburkah Kita?

TAKBUR...
Inilah benteng terbesar merintangi jalan ke syurga?  Tak risau ke? Isshhh... saya juga sedang bermuhasabah diri sendiri...tidak bermuhasabah diri orang lain....
Takburkah aku??  Ada sedikit...?? ouuwwhh... Harus buang semuanya agar tidak bersisa...
Ayuh... kita nilai diri kita sama2...


Ingat ya sahabat... Allah akan memalingkan tanda2 hidayah dan pertolonganNya daripada orang yang takbur.


"Aku akan memalingkan (hati) orang2 yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar daripada (memahami) ayat2Ku (yang menunjukkan kekuasaanKu)...
-Al A'raf : 146

erghh... takut..takut...


Menurut Imam tersohor..Imam al Ghazali :


1.   Tidak mampu untuk berasa gembira terhadap para mukmin lain sebagaimana ia menyukai sesuatu kebaikan itu  berlaku pada dirinya sendiri


2.   Tidak mampu untuk merendah diri dan bersikap tawadhuk


3.   Tidak mampu untuk menepis rasa dendam


4.   Tidak mampu untuk terus-menerus bercakap benar


5.   Tidak mampu untuk meninggalkan rasa marah


6.   Tidak mampu untuk menahan kemarahan


7.   Tidak mampu untuk meninggalkan perasaan hasad dengki


8.   Tidak mampu untuk memberi nasihat secara lembut


9.   Tidak mampu untuk menerima nasihat orang lain


10.  Tidak terlepas daripada memperkecil orang lain dan mengumpat mereka


erkkk... tu tanda2 orang sombong takbur.. ada ke?


Jom...kita baiki diri kita...kita buang kalau ada antaranya melekat pada diri kita..
Kalau tak ada...semua lepas..Alhamdulillah... pertahankan sifat mulia yang anda ada..


Diri saya????  Biarlah rahsia hahahahahha....
Hanya Allah dan diri saya sendiri jua yang tahu...


ayuh..bermujahadah...

5 ulasan:

  1. kalo jenis berdiam diri aje, mcmne plak? termasuk dlm takbur jg ka? sbb x mampu bercakap benar,hanya diam je...

    BalasPadam
  2. Diam tu lebih baik daripada berkata2.
    Banyak cakap, banyak tipunya
    banyak tipunya, banyak jua dosanya...

    diamlah jika itu mampu mendidik hati...

    BalasPadam
  3. diam tp akan menangis ketika menghadap Kekasih...lg malu, sbb leh nangis smpai tersedu-sedu... :( terasa sgt diri lemah mcmtu....

    BalasPadam
  4. biar lemah di depan Allah kerana dengan demikian kita akur akan kekuatan Dia.... kenapa nak malu kerana kita lemah...kerana sesungguhnya kita memang lemah, kita faqir, kita hina, kita tak punya apa2 kalau tidak kerana Dia... waima untuk menggerakkan hujung jari!

    BalasPadam
  5. huhu...sy pun x tau bila depan manusia, kena marah masih mampu untuk senyum....mcm x dak perasaan..tp masa jpa kekasih...hati lemah,sayu n mcm2 perasaan... :( sdgkan hnya ucapkan Engkaulah sebaik-baik pelindung dan penolong bagiku...

    BalasPadam