Isnin, 21 November 2011

Vitamin Untuk Sang Raja

Teringat perbualan dengan seorang pencari Tuhan malam tu...  Antaranya "Macammana kalau raja kita lemah, kak?"   Persoalan ini buatkan aku teringat tentang vitamin...


ermmm... akulah antara ibu bekerjaya yang sangat sibuk pada waktu pagi. Akulah yang macam tarzan sebelum pergi ke sekolah.  "Adik...Abang... dah makan vitamin atas meja tu? Jangan lupa, minum coklat tu dulu!"  Ada ketika, anak2 lupa.. akulah yang akan bungkus vitamin2 tu dengan tisu dan bawa masuk ke kereta.  Kalau coklat lupa mereka minum, aku bawakan mereka air tersebut sedang mereka sudah dalam kereta....


Kalau di sekolah...ada saja saranan kawan2.  "Ku, akak ada bawa contoh vitamin ni.  Kawan akak kata elok untuk minda anak2.  Anak dia yang lemah belajar, dah ok, ku!  Ku nak cuba tak?"  dan aku???  sebagaimana ibu2 yang lain, yang mahu minda anaknya cerdas, badan cergas aku akan beli mesti harganya... wOw!


Itulah pentingnya vitamin dalam kehidupan... aku tidak..tapi aku pentingkan anak2..mahu mereka menjadi bijak pandai dan bila di tanya tentang raja yang lemah...aku terkesima!


Ya... Raja juga perlukan vitamin.  Tetapi yang nyata...perhatian hanya kepada anak2,kepada diri sendiri tanpa fikirkan raja yang lebih utama....Kerana kurangnya vitaminlah, raja sering dimanipulasi tentera yang sering mempunyai niat jahat.. Raja tak mampu pun menangkis pujukan demi pujukan tenteranya.  Berapa ramai yang sedar akan keadaan ini?  Raja semakin hari semakin lemah dan lama kelamaan akan mati.  Apa akan jadi dengan kita?


Kasihan raja...!


Jadi...ayuhlah kita berikan raja kita vitamin supaya raja kita menjadi kuat dan mampu untuk menangkis apa jua serangan.  Mahal ke vitamin untuk kita berikan sang raja?  Ya Allah.. tidaklah semahal vitamin yang kita perlukan untuk anak2 menjadi cerdik, untuk menjadikan wajah kita yang mula nak kedut ni tegang...


vitamin untuk raja kita tak perlu dibeli dengan wang ringgit...vitamin untuk raja kita boleh kita dapatkan dengan kerajinan dan mujahadah...  Mudah,bukan?  Kita berzikir...Kita mengaji al Quran..kita cuba fahamkan apa inti pati al Quran... itu memadai bagi menjadikan raja kita kuat dan terus kuat.  Kalau ada kesempatan, pergi majlis ilmu.. huh! Jamin... Raja akan menjadi perkasa.  Dengan kekuatan yang dimiliki sang raja, dapatlah raja kita mengalahkan pujukan demi pujukan tentera yang rakus yakni nafsu!  Itulah raja yang perlu kita pertahankan yakni HATI


Mudah bukan... cuma perlukan sedikit kekuatan!


Jom....kita zikir

15 ulasan:

  1. tp kesibukan akan menyebabkan kita lupa nk bg Raja vitamin...bila dh lapang cikit, barulah ingat nk bg Raja vitamin...itupun kejap aje...huhu....

    persoalan skg, ramai ka yg beri perhatian kpd Raja spt mana beri perhatian penuh kpd anak-anak2, kwn, atau family?

    BalasPadam
  2. kekuatan raja bergantung kepada sokongan kita...
    mintalah pada Allah agar sibuk tidak menjadikan kita hamba yang gagal...

    semuanya bergantung pada diri masing2, pada kesedaran masing2 :)
    tepuk dada, tanyalah iman... apa mahunya kita!

    BalasPadam
  3. mcmna nk beri sokongan pd raja? kesibukan harian slh satu tipu daya dunia pd manusia...bab ni, ramai yg failed

    BalasPadam
  4. Kita tak akan pernah jadikan kesibukan dunia sebagai alasan. Apabila Allah inginkan seorang hamba tu,ekin... Dia tak akan biarkan dunia melalaikan hambaNya.

    Para sahabat lagi sibuk,ekin....

    Bila zikirullah dah sebati...dah tak dak masalah.. mulut berbicara tapi hati masih tetap mengingati Allah... :)

    BalasPadam
  5. LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMIN... :(

    hati ingat dgn cara fikir mcmni " Ya Allah, ini dugaan untuk aku ke? Allahu Akhbar"

    BalasPadam
  6. tiada daya dan kekuatan kita,hamba jika tiada pertolongan Allah...

    la haulawala quwatailla billahil'ali yil'azim
    selalu2lah lafazkan...

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. InsyaAllah..blh dijadikan wirid jg itu...

    BalasPadam
  9. sangat berkhasiat....
    rugi tak dijadikan makanan :)

    BalasPadam
  10. :) list ke-14 rasenya...huhuhu....makan kdg2 cikit je...klo byk, cpt ngantuk...

    BalasPadam
  11. bila rasa mengantuk dengan makanan yang cukup berkhasiat itu...itu musibah!

    BalasPadam
  12. musibah? huhuhu..terangkan cikit...

    BalasPadam
  13. tp klo bdn penat2 blk dr keje..pastu makan makanan itu byk2.... + dgn makanan yg lain2, mmg ngantuk....cara mudah x nk ngantuk, amik dlm kuantiti yg sedikit...asalkan makanan itu berkualiti....

    klo ari cuti, x dak plak ngantuk klo amik makanan byk2 spt biasa....

    BalasPadam
  14. musibah tu petaka....

    tidakkah dengan tidak berdaya untuk membuat kebaikan itu musibah? Adakah kita harus bergembira tatkala mengantuk ketika pengisian rohani?

    BalasPadam
  15. musibah la tu...kebaikan pun x mampu nk buat, mmg malang diri mcmtu...pengisian rohani penting untuk tubuh batin, cuma tubuh zahir yg lemah...

    BalasPadam