Khamis, 17 November 2011

Wahai Isteri

1.  KALAU SUAMI LALAI.. ingat2kanlah...tak salah.  Jangan dibiarkan suami terus lalai kerana kita adalah pasangan bagi suami dalam segala hal.


2.  JANGANLAH MEMBEBANI SUAMI.. janganlah meminta sesuatu yang mampu suami adakan.  Kasihan dia kerana bimbang,demi memenuhi tuntutan isteri yang tercinta, dia pula dibebani hutang.. lebih parah kalau berhutang dengan Ah Long.


3.  PERJALANAN TANPA MAHRAM... Sabda Rasulullah, "tidaklah seorang wanita keluar kecuali ada seorang mahram bersamanya."


4.  SIMPAN KUKU PANJANG... Sabda Rasulullah " Ada lima perkara yang termasuk fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu kemaluan, MEMOTONG KUKU, mencabut bulu ketiak dan mencabut misai."


Di riwayatkan daripada Anas bin Malik, "Rasulullah saw menentukan untuk mencukur misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan cukur bulu kemaluan iaitu tidak lebih daripada empat puluh malam"


Silakan potong kuku sebelum sampai 40 malam ya....


5.  MEMAKAI WANGIAN...Sabda Rasulullah," Wanita yang memakai wangian,lalu di hadapan sebuah kaum sehingga mereka tercium wangian itu maka wanita itu telah berzina.:
Nak pakai wangian boleh...tapi janganlah sampai boleh terhidu berbatu2... atau masih meninggalkan bau setelah meninggalkan laluan itu...


6.  MEMILIH TEMAN...Sabda Rasulullah, "Teman yang baik dengan yang buruk diibaratkan seperti penjual minyak wangi dengan seorang tukang pandai besi.. Berteman dengan penjual minyak wangi boleh memberi kamu minyak wangi atau kamu membeli daripadanya dan setidak2nya dapat mencium wanginya.  Sedangkan berteman dengan tukang pandai besi boleh  membuat baju kamu terbakar atau mencium bau yang tidak sedap."


7.  TIDAK REDA TERHADAP TAKDIR ALLAH...Redalah...siapa kita untuk menidakkan apa yang Allah tentukan..
"Katakanlah, sekali2 tidak akan menimpa kamu melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami.  Dia pelindung kami dan hanya kepada ALlah orang2 yang beriman harus bertawakal.: - At Taubah : 51


8.  MENGINTIP RUMAH ORANG...Janganlah dok buat pasal.  Dalam keadaan rumah kita yang bersebelahan (rumah teres), rumah flat... kita dok intai2 umah jiran nak tengok hiasan dalaman dia...berdosa...tak boleh...haram
Sabda Rasulullah," Barangsiapa yang mengintip ke rumah suatu kaum tanpa izin mereka, maka dihalalkan bagi mereka untuk mencungkil matanya."


9.  TERLALU BANYAK KETAWA... Sabda Rasulullah, "Janganlah kamu membanyakkan ketawa kerana sesungguhnya ketawa itu dapat mematikan hati."
Nak bergurau2 dengan suami, kira ok lah...jangan pulak sampai tak mahu bersenda gurau dengan suami kerana takut hati mati... nanti suami bosan, cari lain..kita marah..kan dah bertambah dosanya...! mengharamkan yang dihalalkan agama..poligami! (sensitif)


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan